Wednesday, February 22, 2012

Aku Dan Kamu

Memandang akan lesu satu jarak perjalanan sebuah perhubungan lalu, di mana selalu sahaja bermain di fikiran hinggakan kadang membuatkan bertapa sesaknya dada merindui..
Aku dan kamu ketemu merasakan apa itu satu rasa.. Aku dan kamu melewati masa, hanya untuk seketika.. Aku dan kamu ada satu kisah cerita.. Dan aku dan kamu kini tinggal hanya derita ~

Dan cerita itu telah menjadi satu sejarah, akan kenangan yang tidak mungkin senang untuk di lepaskan.. Kerana ia adalah memori yang terindah tika perjalanan kehidupan ini..


Kamu.. Izinkan aku bertanya akan sesuatu?
Tika seketika adakah kamu tidak terfikir akan aku? Tidak terkenangkan kamu akan cerita kisah kita? Saban hari hariku muram, melihat segalanya hanya ada kamu.. Mendengar akan suaramu di mana mana.. Hingga kadang aku tersentak kerana wajahmu masih segar dengan senyuman yang menghiasi..

Kamu.. Masih ingatkah tentang aku? 
Masih teringatkan akan diriku kini? Yang selalu saja asyik akan rindu padamu.. Aku amat lemah dan lesu.. Saban hariku, melangkah di dalam kepayahan.. Aku masih lagi begini, hatiku masih ada kamu.. Apakah kamu tidak pernah terlintas akan namaku, senyumanku? Tiadakah ada sejarah kenangan manis antara kita dahulu yang bisa membuat kamu tersenyum?
Aku dan kamu sama sama belajar erti rindu dan rasa.. Aku dan kamu sama sama memahami antara satu lain.. Aku dan kamu cuba untuk hidup serasi bersama.. Tapi aku dan kamu tidak pernah belajar untuk melupakan antara satu sama lain ~
Kamu.. Benarkan aku berbicara?
Dan rasa ini ada.. Amat kurindukan kamu.. Rindunya pada kamu.. Dan sentiasa ingat kamu.. Kadang tikanya ada yang berlalu tempat sejarah pertemuan kita.. Aku memandang lesu.. Dengan rasa sungguh sakit di dalam.. Dan tanpa sedar air mata jernih ku mengalir.. Kerana ku tahu, tiada lagi saat kita bersama sama seperti dahulu.. Ingatkan kamu.. Ingatkan kamu.. Rindu sungguh pada kamu..


Kamu.. Boleh aku bertanya?
Apa khabarmu sekarang? Kiranya aku tahu apa rasamu.. Bahagiakah kamu di sana? Adakah langsung tiada akan rindu padaku? Tersenyum indahkah kamu? Menangis sayukah kamu seperti malam malam ku?
Dan ingin ku tahu.. Adakah telah ketemu selaut bahagia yang kamu cari, seluas angkasa indah yang kamu dambakan? Sejuta ketenangan hati yang kamu impikan?
Dan inginku mahu kamu tahu, amat kuat terasa di dalam dakap dada ini.. Serindu yang semakin menanah tanpa ada kenal erti simpati pada jiwaku.. 

Sungguh aku inginkan kamu bahagia walau kamu bukan bersamaku

Kerana..
Di saat kita bertemu.. Di saat kita bersama.. Kita hanya untuk menikmati rasa indahnya bercinta.. Tapi aku dan kamu bukan untuk untuk ketemui jodoh bersama~




***
Entry ini berkisah tentang seorang yang amat dambakan / merindui seseorang mungkin hingga kadang membuatkan telah lupa dan alpa mana asalnya.. Dan cerita ini adalah berkisar tentang kenangan lalu, sepasang kekasih mungkin atau dua hati yang bercinta (mungkin dalam diam) dan terpisah kerana tiada jodoh.. Dan masih lagi mengingati akan detik kenangan cinta lalu......


Mungkin ada entry sambungan atau kisah sebaliknya~



Comments
10 Comments

10 Orang Yang Prihatin:

Yoep lintor said...

erm....patutlah rasa nk blk cpt. klw xrindu xkn sy nk jwb. fhm2 sudah erk.

ana welshouq said...

terkesan sungguh dihati:( rindukah dia padaku,,

ana welshouq said...

terkesan sungguh dihati:( rindukah dia padaku,,

Unknown said...

hmm, asal jak malam sy rsa rindu seseorang, msti awl pg bla sy bka blog da jak entry bru dr mr.jiwa2...macam tau2 jak kn....:p..well, i miss him so much but dunt know if he miss me too....

MizzTina said...

rinduuuuu

Fenomena said...

hmm .....

ana welshouq said...

sungguh tersentuh dihati,rindukah dia padaku:(

leeyajay said...

alangkah indahnya andai kau dpt bce entry ni .
perfectly same as what i felt n0w .
hanya ALLAH yg thu betapa rindunye aku pada kau .
syg kau slamanya <3
:')

Nong Andy said...

Aku dan kamu melewati satu masa...

*indah ayat ni :)

Dalila said...

nice entry ;D