Hingga kadang membuatkan kita dalam tanpa sedar merasakan sakit dan pedih..
Andainya kamu bahagia didalam deritaku aku pasrah menepuh derita itu.. Hakikat derita rindu itu amat menyakitkan hati, setelah kamu menyalakan api cintamu lalu membakar jiwaku dan hanya aku yang hangus dalam perasaan sendiri..
Dan aku izinkan kamu pergi tapi jangan paksa aku untuk membenci kerana cintaku sudah sebati..Tak mungkin aku berpaling lagi biarlah cintaku padamu kekal dihati
Dan tika mengenali dirimu..
Sakit itu terasa kurangnya bila melihat lirikkan matamu.. Luka itu hilang bila kamu hadir.. Indahnya melihat senyuman yang terukir ikhlas darimu..
Kesedihan itu semakin pudar bila kepercayaan sandaran.. Kekecewaan itu semakin hilang, terasa lupa akan pedihnya bila bersama kamu
Esakan tangisan telah berkurangan bila kamu berikanku kebahagiaan.. Indah dan terasa amat menyenangkan hari hari berlalu.. Dan kerana itu telah aku lupa akan rasa benci yang dulu.. Hilang dan menjadi satu sejarah..
Telah hilang menjadi sejarah..
Amat sukar untuk meramalkan sesuatu yang tempatnya didalam hati, amat sukar untuk difahami jika hatinya menyimpan rapi tentang rasa dan kisah yang menjadi tanda tanya..
Walau luka yang ada masih terpahat di jiwa.. Dan terus menghiasi sekian lamanya di dalam jiwa.. Membiarkan saja rasa itu ada.. Sakit dan berbekas luka.. Dan walau hati masih belum hilang rasa kecewa.. Mengalir air mata terasa panas di pipi.. Walau sudah sekian lama berlalu pergi.. Tapi rasa satu rasa yang tak pernah hilang.. Cinta itu masih membara..Dan bila kamu melangkah pergi..
Kisah yang mendamba rasa rasa cinta yang dipendamkan.. Apakah salah yang telah dirasakan ini? Apakah salah minda yang meneka, sedangkan aku punya naluri yang merasakan getaran jiwamu..
Dan aku masih lagi mengingati kamu walau kamu dan aku tidak lagi kita yang dulu..
Kita pujuk diri kita untuk terus ada satu semangat dari mengimbau rasa itu.. Kita sulamkan hati kita dengan azam untuk bangun dari perpisahan itu..Setiap permulaan pasti ada pengakhiran.. Apabila kita meredhai sesuatu pemergian, pasti akan datang yang lebih baik untuk kita selepas itu.. Lepaskan saja, jadilah seorang yang punyai harga diri..