Friday, February 10, 2012

Walau Kamu Dan Aku Tidak Lagi Kita Yang Dulu

Kita kenang akan luka luka itu dengan kata hati yang kadang membuatkan kita terbisu sejenak.. Membiarkan bibit bibit rasa mengalir perlahan lahan menusuk ke dalam hati..

Hingga kadang membuatkan kita dalam tanpa sedar merasakan sakit dan pedih..

Andainya kamu bahagia didalam deritaku aku pasrah menepuh derita itu.. Hakikat derita rindu itu amat menyakitkan hati, setelah kamu menyalakan api cintamu lalu membakar jiwaku dan hanya aku yang hangus dalam perasaan sendiri..

Dan aku izinkan kamu pergi tapi jangan paksa aku untuk membenci kerana cintaku sudah sebati..Tak mungkin aku berpaling lagi biarlah cintaku padamu kekal dihati



Dan tika mengenali dirimu..
Sakit itu terasa kurangnya bila melihat lirikkan matamu.. Luka itu hilang bila kamu hadir.. Indahnya melihat senyuman yang terukir ikhlas darimu.. 


Kesedihan itu semakin pudar bila kepercayaan sandaran.. Kekecewaan itu semakin hilang, terasa lupa akan pedihnya bila bersama kamu



Esakan tangisan telah berkurangan bila kamu berikanku kebahagiaan.. Indah dan terasa amat menyenangkan hari hari berlalu.. Dan kerana itu telah aku lupa akan rasa benci yang dulu.. Hilang dan menjadi satu sejarah..


Telah hilang menjadi sejarah..
Jangan tanya lagi tentang itu, kerana hati ini sudah tiada jawapan, tersimpan setiap satu persoalan namun jawapannya bagaikan menepuk tangan sebelah.. 

Amat sukar untuk meramalkan sesuatu yang tempatnya didalam hati, amat sukar untuk difahami jika hatinya menyimpan rapi tentang rasa dan kisah yang menjadi tanda tanya..
Walau luka yang ada masih terpahat di jiwa.. Dan terus menghiasi sekian lamanya di dalam jiwa.. Membiarkan saja rasa itu ada.. Sakit dan berbekas luka.. Dan walau hati masih belum hilang rasa kecewa.. Mengalir air mata terasa panas di pipi.. Walau sudah sekian lama berlalu pergi.. Tapi rasa satu rasa yang tak pernah hilang.. Cinta itu masih membara..
Dan bila kamu melangkah pergi..
Kisah yang mendamba rasa rasa cinta yang dipendamkan.. Apakah salah yang telah dirasakan ini? Apakah salah minda yang meneka, sedangkan aku punya naluri yang merasakan getaran jiwamu..

Adakah rasa ini juga dari rasa cintamu? Degupan jantungku ini berdegup kencang saat aku mengingatimu.. Mataku ini sering melihat keindahan cinta darimu..


Dan aku masih lagi mengingati kamu walau kamu dan aku tidak lagi kita yang dulu..
Kita pujuk diri kita untuk terus ada satu semangat dari mengimbau rasa itu.. Kita sulamkan hati kita dengan azam untuk bangun dari perpisahan itu..
Setiap permulaan pasti ada pengakhiran.. Apabila kita meredhai sesuatu pemergian, pasti akan datang yang lebih baik untuk kita selepas itu.. Lepaskan saja, jadilah seorang yang punyai harga diri..


****
Agak lama tidak update entry.. Sibuk urusan keluarga dan kerja.. Akan ada sambungan entry ini dalam waktu terdekat..



Comments
9 Comments

9 Orang Yang Prihatin:

aku HaniAsyira said...

yeah.. kiter perlu bangkit..

Umie Naziera said...

luka sembuh,luka tak terubat

senyumSOYA said...

T.T ada parut..kadang2 sakit ~

Sya_Merpati Putih 88 said...

hurm...walaupun hubunagn tue dah berahkhir tapi harus terima hakikat dgn hati yg terbuka, tak perlu simapn dendam...mungkin ada yg lebih baik menanti..

Unknown said...

suke n3 ni...tq...
:)

Nong Andy said...

"you know you love someone when you dont hate them for breaking your heart"

aku simpan rasa cinta ini jauh dlm lubuk hati sekalipun kau dan aku bukan lagi 'kau dan aku' yang dulu...

* kalau ke mari mesti menjiwang hehe!

anGah said...

@Nong Andy eleh.. salahkan saya pulakk.. dia yng menjwang diri sendiri.. ekeke

Unknown said...

wah,welcome back blog jiwa2,rindu gila nak baca entry bru, n thanz for entry nie...ia makin buat saya bangun dari tido yg panjang,hehe... :P

fafa fadzilah said...

cdey cgt3...nyh la kisah cinta sye..sye da alami mende nyh...