Dunia kita jauh berbeza, namun warna pelangi tetap sama.. Hitam akan putih pasti ada tintanya..
Assalamualaikum..
Pertama sekali ini bukanlah entry berkisah tentang jiwa jiwa.. Entry ini adalah bertujuan menerangkan perihal blog jiwa jiwa ini..
Syukur hari ini genaplah 9 bulan blog jiwa jiwa ini beroperasi.. Kerana entry pertama jiwa jiwa adalah bertarikh 16 March 2011.. Dan sepanjang perjalanan saya mengendalikan blog jiwa jiwa ini ada banyak yang saya pelajari tentang soalnya hati, geloranya jiwa dan pelbagai ragam insani..
Di sini ini saya simpulkan beberapa perkara :-
1- Sebolehnya saya akan elak untuk tidak menceritakan soal luahan hati sendiri di dalam blog ini.. Dan selalu saya ketengahkan entry berkisar tentang perasaan.. Memang apa yang saya tulis dan cuba untuk ditunjukkan di dalam blog ini.. Tapi tidak semestinya penulis di dalam alam sendiri.. Sebagai contoh ada beberapa entry berkisar tentang soal rindu, sepi dan dan sayu.. Sebenarnya saya cuma mendalami beberapa watak teman atau kenalan sekeliling.. Dan cuba tonjolkan di dalam bentuk penulisan.. Bukan menerangkan tiada soal rasa perasaan sepi sunyi rindu atau sayu.. Cuma cuba untuk menjadi seseorang itu jika rasa itu hadir.. Cuba memberi gambaran secara kasar atau mendalam sesuatu bentuk rasa..
2- Blog ini bukan blog peribadi yang mengisahkan kehidupan penulis.. Dan kadang kerisauan menjadi jadi serta takut jika ada kenalan kenalan, saudara saudara terdekat mahupun jauh merasakan diri ini begitu.. Sungguh di dalam blog ini sudah ada saudara saudaraku yang membaca dan menjadi follower.. Ada juga kenalan rapatku di sini.. Itulah sebab kena identiti terpaksa dirahsiakan.. Kerana takut niat untuk menulis dan menghasilkan satu satu entry ini terbatas dan di salah tafsir.. Di dunia luar sana, kita punyai kehidupan yang berbeza dengan kehidupan di dalam alam maya ini..
3- Kadang pendapat dan pandangan penulis salah.. Kerana mungkin saya menulis mengikut hawa nafsu tanpa dikaji semasak masaknya sebelum di post.. Dan itulah amat perlukan teguran membina untuk menghasilkan yang lebih bermutu di masa depan.. Dan kadang juga rasakan gaya penulisan aku teruk.. Selalu mengunakan ayat yang berulang ulang atau frasa yang salah di dalam bahasa melayu.. Dan untuk maklumat jua, saya bukanlah seseorang yang alim, di dalam petah bicara tentang hal agama.. Kerana itu kadang saya takut untuk menghasilkan entry yang berbentuk kiasan secara amnya.. Kadang kita takut, soal agama dimainkan tanpa kita sedari..
4- Untuk menghasilkan sesuatu entry berkisah tentang perasaan ini kadang mengambil masa berjam jam.. Ada jua terpaksa di save terlebih dahulu.. Dan di sambung, selalunya mengambil masa yang lama mungkin 3 atau 4 hari.. Kerana bukan semua benda saya tahu.. Sedangkan saya juga manusia biasa.. Membuat sedikit kajian dan mencari rujukan yang sesuai untuk tatapan.. Dan selalunya 3 jam atau 4 jam untuk sesebuah entry..
5- Saya tidak mementingkan kuantiti sesebuah entry itu jika penyampaian tidak terkesan di dalam hati pembaca.. Berulang kali saya membaca terlebih dahulu sebelum di publish kepada umum.. Kerana saya cuba sampaikan sesuatu pada setiap yang membacanya.. Dan mungkin boleh memberi sedikit pengajaran atau pendoman pada jiwa jiwa yang kecewa dan kesedihan..
6- Soal yang utama, di harap pada yang membacanya, kaji dan rujuk pada pakar terlebih dahulu tentang perihal isi kandungan.. Sebolehnya jangan diterima dengan secara terus.. Dalami secara baik, menilai di mana benarnya.. Kerana saya juga manusia, takut takut memberi impak negatif dan tidak baik..
7- Dunia kita berbeza, masalah yang di timpa jua berbeza.. Mungkin cara penyelesaian hampir sama.. Saya cuma mengutarakan tentang perihal jiwa jiwa.. Tentang menyelesaikan masalah, atau sebagainya eloklah rujuk pada yang lebih arif..
***
Pada yang telah meletakkan blog jiwa jiwa di dalam bloglist blog, di harap membalas komen di bawah dan sertakan blog.. Kerana saya punyai ruangan khas untuk pada mereka mereka yang sudi meletakkan blog jiwa jiwa di bloglist blog..
Pada yang punyai persoalan dan pertanyaan bolehlah add saya di FB seperti acc profile di sebelah.. Atau terus emailkan pada romrems@gmail.com
Terima kasih pada yang sudi menjadi pembaca.. Dan jika ada salah, mohon dimaafkan~