Wednesday, December 21, 2011

Pada Jiwa Jiwa Yang Terluka


Dan bila terjadinya sesuatu kisah cerita cinta yang tidak seprti yang kita impikan, memberi kesan yang mendalam pada kehidupan kita.. Terasa amat sakit dan sukar untuk membicarakan bertapa luluhnya jiwa yang terasa..



Pedih dan terluka.. 
Hati kita terluka dan meninggalkan bekas terlalu lama.. Bahkan ada ketikanya, ujian hidup yang dilalui terasa begitu berat dan diluar kemampuan hingga kita kehilangan pendirian dan arah tuju.. Melihat akan kepayahan diri, memberi suram pada jati dan kita masih lagi begini.. Hilang di dalam samar ertinya kehidupan..
Kita terluka dan pedih terasa pabila cinta yang diimpikan kecundang di tengah jalan.. Sakitnya hingga memakan rasa hati sedikit demi sedikit.. Kita semakin terasa ngilunya hinggakan kita sudah tidak percaya lagi akan nokhtah cinta..

Kita memandang lesu pada satu kehidupan kita.. Merasakan sunyi dan sepi setiap langkah yang di aturkan.. Berbicara tentang lukanya cinta yang sakit.. Meneliti sedikit demi sedikit perasaan yang pernah ada.. Mana kita, hati yang pernah hilang?

Tidak ada siapa yang inginkan kegagalan dan tidak ada sesiapa pun yang ingin menempuh hari baru dengan penuh kekecewaan tetapi itulah yang sering kita hadapi.. Inilah warna warni kehidupan dan kita terlalu kerdil untuk mengubah arus dan gelombang kehidupan ini tetapi kita mampu mengubah layar kehidupan kita supaya perjalanan kita tetap berlangsung walau ada saat-saatnya kita terpaksa menanti hingga ribut reda..

Kegagalan bukanlah cerita untuk kita menjadikan alasan untuk terus diam dan tersungkur.. Kekalahan yang pernah menjadi luka luka itu bukan untuk terus ditangisi.. Kekecewaan bila sesuatu tidak menjadi mengikut apa yang di hajati bukanlah satu penyebab pada diri kita untuk mengalah..
Sememangnya kegagalan itu sering mencederakan jiwa kita.. Jiwa kita sakit dan terdampar kehausan kasih yang hilang.. Jiwa kita pedih di dalam kekecewaan antara cinta yang malang.. Membuatkan kita terus hanyut di dalam kealpaan hingga kini..
Bayangkan kehidupan tanpa warna.. Apa lagi yang ada pada kehidupan itu.. Tentu hari-hari barunya hambar dan menjemukan.. Warna- warni kehidupan inilah yang menjadikan kita matang hingga kita dapat membezakan antara kehidupan dan kematian..

Kehidupan ini adalah satu pendakian, hari hari baru datang bersama tugas dan tanggungjawab baru yang lebih besar dari semalam.. Semakin kita meningkat dewasa, tugas dan peranan kita juga akan semakin bertambah.. 

Kerana hidup kita bukan bercerita tentang cinta sahaja.. Bukan mengharap pada cinta sesama insan sahaja.. Terlalu asyik dengan cinta, hinggakan kita terlalu taksub akan cinta.. 


Yang lepas dan hilang satu warna itu, lepaskan saja jangan biarkan menjadi pahit untuk sepanjang kehidupan.. Biarlah menjadi sempadan agar hati kita selalu mengingati akan kepayahan dan kesulitan akan kehidupan jika kita terus hilang..

Pada jiwa jiwa yang merasakan hilang akan satu jasad, jika cinta itu tidak dimiliki.. Ingatlah, jodoh pertemuan adalah ketetapan dari Allah SWT dan pasti ada hikmah yang tersembunyi atau dengan terang.. Jangan dengan   menidakkan takdirNya.. Berdiri kamu di bumi realiti..

Pada jiwa jiwa yang masih lagi merasakan kesakitan di dalam leburnya cinta, ingatlah cinta bukan segalanya.. Kita mencorakkan apa amalan kita, bukan soal cinta yang akan bertanggungjawap.. Tanpa cinta kita mampun untuk bahagia.. Kerana kebahagiaan kita bukan terletak pada cinta semata mata.. 



Comments
11 Comments

11 Orang Yang Prihatin:

perjalanan pulang said...

salam... luka dilukai

isi hati nenek tua said...

dahsyatnye.. sedih lagi sekali pulak rsenye

Umie Naziera said...

hati terluka!!sakit kott..tp xpernah lagi terluka kerna cinta,harap2 dijauhkan

aamalinaazman said...

ingtlah!
kita takkan pernah sunyi
Allah itu ada :))

Lia Irdelia said...

cinta bukan segalanya..
Betul! tapi kita hidup dengan cinta di hati... bercintalah seadanya.. :)

p/s:
tq angah, sudi lawat n komen belog :)

Unknown said...

jiwa y luke ade ubtnye


ade tutorial ltk komen fb?

Lady Milo said...

cinta bunga, bunga kan layu,
cinta Tuhan, takkan sayu... :-)

Nong Andy said...

kalau cinta dah pudar pula...? ke mana nak ku cari warna untuk membuatnya ceria semula? en. angah..
sila la jawabkan utk saya :)

Fauzan Zain said...

sakit yang disakiti..aku rasa macam tu.

anGah said...

@Iffah Afeefah angah suh member buat.. huhu.. tak reti juga..

anGah said...

@Nong Andy cinta semakin pudar? ya.. ada.. hehe.. nt angah buat entry sal pudar eh.. 2 pihak..