Friday, December 9, 2011

Menerima Suratan Atas Kita Dengan Hati Yang Rela

Kadang kala kita hairan dengan suratan, kita leka dengan kebetulan.. Semua pekara terjadi dalam satu yang manusia tidak pernah rancangkan ia, tapi tetap terjadi. Mengapa? Dan asyik menyalahkan takdir yang telah ditetapkan ke atas diri kita.. Kita tahu tapi kita selalu saja menyalahkan takdir..

Mengapa kita terus hanyut di dalam merungut ke atas takdir sedangkan itu adalah ketentuanNya.. Layakkah kita mempersoalkan tentang perkara perkara yang boleh membatalkan iman kita? Siapalah kita menidakkan takdir yang telah terjadi?

Kita selalu terlupa bahawa cinta sesama manusia kadang boleh merosakkan jiwa kita.. Membuatkan kita tiada semangat akan diri sepatutnya kita kuat dan tabah meniti perjalanan hidup ini.. Mana perginya satu azam yang kuat dulu.. 
Janganlah kamu tangisi perpisahan dan kegagalan bercinta, kerana pada hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia.. Atas kasih sayang Tuhan kamu dan dia bertemu, dan atas limpahan kasihNya jua kamu dan dia dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi.. Pernahkan kamu berfikir kebesaranNya itu?
Kita kadang selalu saja asyik dengan melayani perasaan saban hari.. Seolah itu saja yang di minda tanpa memikirkan hal lebih penting dari soal hati.. Lemah kita dalam menghadapi hari mendatang dan berkejaran mencari cinta yang seolah difikirkan sudah hilang..


Kehidupan kita kini bukan semata mata untuk bercinta berkasih sayang dengan orang yang kita suka dan mahu.. Kadang kita harus tabah menerima suratan, orang yang kita dambakan bukan menjadi milik kita.. Dan kita selalu saja merungut dan mengeluh mengenang nasib akan diri kerana apa mahu kita tidak kita perolehi..

Dalam mimpi kita punya sejuta warna pelangi, sedang dalam hidup kita hanya punya tujuh warna.. Realiti kehidupan manusia yang hanya mampu panjatkan doa.. Berusaha dan menyerah kepada Allah SWT (tawakal)
Sedarlah dan kembalilah ke alam nyata.. Cinta itu bukan milik kita lagi.. Cukup sudah merindu dan meratapi perginya rasa itu yang kita rasakan cinta.. Sebenarnya itu bukan lagi cinta sejati.. Tidak melepaskan apa yang bukan lagi milik kita.. Sedangkan masa yang berlalu tidak akan menunggu kita.. Sesungguhnya kita dalam rugi yang nyata, membazirkan perasaan dan masa hanya kerana masih lagi tidak menerima hakikat..
Bukan semua apa yang kita mahukan dan inginkan akan menjadi milik kita.. Dan kita memperolehinya dengan semudah kata bicara.. Kadang ada perkara dan benda tidak dapat kita miliki dan menjadi hak kita.. Sedarlah kita hanya mampu berusaha, dan berdoa.. Seterusnya tawakal di dalam mencari sesuatu.. 

Bila kita jatuh hati pada seseorang itu, bila Allah SWT berkehendak si dia menjadi halal pada kita, biar seluruh alam menghalang dan menyekat jodoh itu.. Pasti akan ketemui jua jodoh dengan si dia.. Dan bila tiada jodoh dengan si dia, walau seluruh isi alam menolong dan menyokong.. Bila menjadi ketentuan dariNya tiada jodoh, pasti tidak akan menjadi..

Cuma persoalan ini, kita tidak tahu siapa yang menjadi jodoh dan halal bagi kita.. Sedangkan kita sebagai hambaNya, punyai kelemahan dan kekurangan.. Yakin dan berdoalah pada Allah SWT memberi kita jodoh yang soleh/solehah di dalam kehidupan kita.. Kerana suami/isteri adalah anugerah yang teristimewa..

***
Aku bersyukur punyai kehidupan sekarang yang bahagia.. Bersyukur punyai seorang isteri yang memahami dan menerima diriku seadanya.. Jeng jeng jeng...



Comments
13 Comments

13 Orang Yang Prihatin:

Sunah Sakura said...

entri ni buat saya tersenyum... suka baca part last sekali..hahaha~ tapi betul angah... kalau dia bukan jodoh kita, walau seisi alam pun menyokong dan berusaha untuk kita, Allah tetap tak akan bagi dia kat kita...

walau apa ketentuan Allah untuk kita, redhalah denganNya...kerana Dia lebih tahu mana yang baik untuk kita kan?

Umie Naziera said...

ada satu kata2 :

kalau dh memang Tuhan katakn itu jodoh kita,biar seisi alam menentang,ia pasti jodoh kita..tapi kalau dah Tuhan tetapkan itu bukan jodoh kita,biar seisi alam menyokong,tetap tak akan bersama.

Unknown said...

errr part last jeng3 terus memblurkan otk nk komen pe haha

Yoep lintor said...

pandangan pendapat dgn perbincangan perlu utk merilisasikan persetujuan. dr itu persefahaman perhubungan akan terjalin, demi kearah matlamat yg diangankan.

reenapple said...

yaaa.. aku akui cinta sesama manusia selalu oeb-nuh dnegan kepuraan...

1 ayat yang aku belajar sepanjang aku hidup.. -Everything happens for reason~

mamaijat said...

.....redha dia bukan milikku lagi..biarlah 'mereka' berbahagia di atas keruntuhan mahligai ku...namun untuk ku bersedih tidak sekali..
kerana aku punya "DIA" tempat ku mengadu....memberi aku kekuatan untuk terus hidup di samping kesihatan ku yang semakin sihat..amin.

Nong Andy said...

"sedarlah dan kembali ke alam nyata.. cinta itu bukan milik kita lagi.."

hakikat yang menyakitkan..... dan ramai orang cuba mengelak dari hakikat itu!

blog-tips-kurus said...

belajar untuk selalu bersyukur, pasti ada hikmahnya..

anGah said...

@Sunah Sakura part last yang mana buat sunah tersenyum tu? hehe

anGah said...

@Iffah Afeefah erkk.. blur.. haha

anGah said...

@Nong Andy jiwang jiwang.. haha

anGah said...

@reenapple ada hikmah yang tersembunyi kan..

*Mrsfarahzaki * said...

uuurrgghh...tq angah sebab sudi singgah blog saya!!!!!!!