Sunday, December 4, 2011

Menanti dan Tertanya Satu Kisah Cinta

Kadang kala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya.. Dan di saat itu, tiada lagi wajah yang berada di sisi kita.. Hargailah dia sementara masih ada..

Penantian dalam samar adakah cinta itu milik kita? Adakah apa yang di rasai itu sama seperti yang si dia rasa? Adakah kita yang hanya berlebihan dan perasaan yang perasan menguasai diri?



Rasa kosong dalam diri terus menjiwai dan dibuai hanyut dalam suasana yang mendebarkan.. Di kala ini, masih mencari sesuatu kehilangan.. Dan semakin sunyi kerana hati amat rindukan si dia.. Tertanya tanya khabarnya.. Dimana si dia.. Sehinggakan terganggu kerja seharian.. Kosong dan terus kosong.. Tanpa ada dia..

Rasa ingin dibelai manja oleh seseorang yang mana kita rasakan itulah cinta kita yang abadi kadang sering menguji kekuatan dalam diri.. Dan kita selalu saja leka di buai asmara yang terus membara.. Semangat jati dalam diri seolah tercabar dan hanyut di kala mencari identiti diri sendiri..

Meminati seseorang, kemudian perasaan suka mula berkembang.. Dan bila sudah menyukai ada rasa cinta semakin menular.. Adakah si dia begitu? adakah cinta kamu bertepuk sebelah tangan? atau si dia juga merasakan cinta padamu.. Layanan si dia pada kamu seolah mempunyai perasaan yang sama.. Namun siapalah tahu isi hatinya..

Kamu akan selalu tertanya tanya di mana letaknya kesetiaan atau kejujuran si dia pada kamu.. Sedangkan masih belum ada kata putus atau janji antara kamu dan dia.. Masih dalam peringkat permulaan.. Sedangkan kamu sudah melangkah jauh.. Inginkan lebih sekadar dari seorang teman biasa.. Dan perasaan cemburu mengusai diri kamu sekarang.. Jika si dia lambat untuk membalas sms, mulalah berfikir si dia sedang bersama dengan seseorang..

Di dalam seharian, tercari cari di mana si dia.. Ternanti nanti kemana arahnya.. Mencari si dia dimana.. Mula ada perasaan rindu yang telah timbul.. Dan rindu itu semakin menyiksakan.. Semakin kuat debarannya.. Semakin dalam terasa..

Orang tidak merasakan apa yang hati sendiri inginkan.. Kita takut akan sesuatu hinggakan kita terlupa tentang soal hati kita.. Walau kita tersenyum indah, namun sedangkan di dalam hati kita menangis kesedihan..
Kamu tertanya adakah si dia mempunyai perasaan cinta dan sayang atau sekadar suka? Apakah perasaan si dia terhadapmu.. Tertanya tanya sehinggakan kadang kerja seharianmu terganggu.. Kadang membuatkan kamu termenung jauh.. Siapa kamu di hatinya.. Apa mahu si dia?

Cinta itu kejujuran kerana cinta tidak pernah memaksa..
Cinta itu murni kerana cinta memerlukan ketulusan hati..
Cinta itu kekuatan kerana cinta memerlukan ketabahan..
Cinta itu kesabaran kerana cinta menguji keimanan..
Cinta itu keredhaan kerana cinta pemberian Tuhan..
Cinta itu kemaafan kerana cinta sangat sensitif..
Cinta itu kesetiaan kerana cinta hanya pada yang satu..
Cinta itu persahabatan kerana cinta asasnya kepercayaan..
Cinta itu inspirasi kerana cinta membina kekuatan..


Menanti satu jawapan yang selalu saja menjadi tanda tanya pada kita.. Memerlukan keberanian untuk menyatakan cinta.. Jika masih dalam samar akan rasa itu, simpanlah agar tiada hati akan terluka.. Kerana hati itu adalah hati kita sendiri.. Luka kecewa bila sebenarnya kita cumalah bertepuk sebelah tangan.. Luka dalam derita kerana kita hanyalah sandaran baginya.. Luka yang tak sudah sudah kerana sebenarnya kita hanya perasan..

Akan tapi jika sebenarnya.. Si dia juga menyimpan rasa itu.. Syukur kita dan mudahan cinta itu kekal hingga ke syurga..

***

Sungguh sebuah kisah cinta yang menjadi tertanya tanya membuatkan hati selalu terusik.. Adakah si dia punyai perasaan yang sama? Cinta tarik tali.. Debaran menanti



Comments
8 Comments

8 Orang Yang Prihatin:

Lia Irdelia said...

tulisan angah selalu indah2 belaka.. :)

semoga cinta dihati sentiasa direstui Illahi..

Anonymous said...

i adore youu very much angah :)

Umie Naziera said...

belog nie sangat memberi inspirasi untuk sya..terima kasih angah

anGah said...

Lia : erk.. makasih

aien : makasih

umie: yaka.. makasih sudi singah

emeera jasniey said...

so nice la :) tapi boleh sy tany tak ??? mcmana nk buat headr cm tu ??? tlong larr ajar angah . . :(

anGah said...

@mayra jasniey angah minta tlg kwan blogger design.. pakai flash.. search dekat fb nick ayeem ayam..

Itri Zabidi said...

angah Tq...ini sedang terjadi pd diri sy..huhuh :(

Elih Japahar said...

Wow! hebat sungguh...:) salam pkenalan blog jiwa jiwa