Pertama sekali, ini bukanlah entry berkisah tentang jiwa jiwa.. Entry ini adalah bertujuan menyokong usaha saudara Hasrul di dalam mencari Blogger baru.. Dan berharap mendapat memberi sedikit sumbangan pada Segmen ini..
Buat satu entri dengan tajuk: HASRULHASSAN.COM: Kami Blogger Baru
- Selesai
Tulis serba sedikit mengenai diri anda dan blog anda tidak lebih dari 100 perkataan.
- Sedikit perihal tentang diri saya.. Saya adalah anak kedua dari empat adik beradik.. Berasal dari Alor Janggus, Alor Star Kedah.. Bekerja dan sudah berkahwin, syukur alhamdulillah mempunyai seorang anak perempuan yang kini sudah hampir 6 Bulan..
- Masih di kira baru lagi di dalam dunia blog kerana entry pertama saya pada 16 March 2011 dan kini baru 9 Bulan blog jiwa jiwa ini.. Masih lagi belajar di dalam menghasilkan entry entry berbentuk motivasi mengenai soal Cinta, Hati, Perasaan khasnya Jiwa..
- Amat jarang berbalas komen di ruangan blog, bukan bererti sombong tapi selalunya komen berbentuk luahan perasaan dan kebimbangan saya untuk membalasnya akan merumitkan lagi perasaan beliau (takut disalah erti)
Tempek badge yang disertakan dan link ke blog/entri ini untuk tujuan lebih ramai blogger baru yang dapat join.
- Selesai
Selesai, tinggalkan url entri anda itu di dalam ruangan komen.
- Selesai
Untuk pengetahuan, saudara Hasrul pada saya seorang cikgu yang tidak pernah loket di dalam pengetahuan dunia blog.. Banyak saya belajar dari beliau..
Pada yang sudi, silalah kunjung ke Bangku Kosong beliau dan sertai Segmen anjuran beliau
http://www.hasrulhassan.com/2011/12/segmen-kami-blogger-baru.html