Kita ini dalam banyaknya suratan kehidupan, kita tidak lebih dari seumpama bingkisan layang layang yang kadang kala terlepas dari mata memandang.. Kita disayangi oleh ramai orang tapi pada hikayat pinggiran sebuah hati dalam kehidupan, kita hanyalah seorang manusia bisu yang berdiri dalam tengah pekat gelap malam
Di dalam kehidupan ini kita sering salah di dalam menilai tentang hati seseorang pada kita.. Kita sering sangkakan itulah sebenar benarnya hanya mengikut apa yang kita sendiri mentafsir sendiri.. Mengikut kemahuan apa yang kita ingin..
Kita bukan bijak pandai dapat menyelami hati seseorang dan mendalami apa rasanya..
Hidup ini susah kita nak duga.. Kadang kadang, kita merasakan amat dekat dengan seseorang, tapi sebenarnya amat ketara apa yang dirasanya.. Amat jauh dengan apa yang kita fikirkan.. Walau kita dapat menyentuh jemarinya, belum tentu hati dia dapat kita selami..
Mungkin , kita boleh buat dia ketawa.. Mungkin kita selalu membuatnya tersenyum suka.. Dan kita selalu menenangkan jiwa yang resah.. Namun, kita tak tahu apa makna senyumannya.. Dan pabila air mata yang mengalir itu, kita selalu ada di sisinya namun mungkin pada hakikat sebenar kehadiran kita sedikit pun tak menyenangkan hatinya..
Bila kita putus cinta, kita akan menjadi terlalu benci pada manusia yang pernah mendampingi dan pernah hadir dalam hidup kita.. Kerana bagi kita, dia telah pudarkan yakin kita pada warna cinta itu sendiri.. Kita merasakan bahawa kita telah pun di butakan oleh cinta yang tiada penghujungnya dan kita meratap akan luka kuat di dalam dada.
Dalam mengejar erti cinta sejati, sering kita salah menilai.. Kadang kita katakan itulah cinta kita yang sejati.. Kadang kita salahkan bila tiada cinta bersemi.. Siapa yang salah? Cintakah yang salah? Atau kekurang diri kita sendiri yang salah meletakkan erti sebuah nilai cinta itu..
Amat beruntunglah pada pasangan yang saling menyintai dan bersama selamanya hingga akhir hayat.. Bukan semua dapat merasakan.. Kadang bercinta bertahun lamanya.. Namun tiada jodoh.. Ada juga cerita bahagia sebelum berkahwin.. Namun setelah bermula episod perkahwinan namun, hancur di tengah jalan..
"Sungguh aku sendiri masih mencari ertinya.. Kerana aku sendiri masih belum dapat selami.. Bukan niatku angkuh untuk bicara tentang cinta seolah aku amat pakar dan sempurna.. Namun aku jua dalam mencari butanya cinta akan nilai ertinya.."