Monday, September 5, 2011

Aku Cuma Saksi Bisu




Aku memandang sayu pada keping keping gambarmu.. Aku memandang dalam dalam.. Jauh aku mengenang.. Kisah dulu antara aku dan kamu.. Jauh aku terdampar pada memori pada kenangan itu.. Walau pada zahirnya, wajahmu kini bukan pada kenangan itu.. Wajahmu kini bersama dengan orang baru..

Dari seraut wajahmu kini, tersenyum indah dan menawan.. Masih lagi cantik dan tertarik aku pada kenangan lalu.. Walau sudah ada tanda tanda semakin di mamah usia.. Tapi masih lagi kamu yang dulu.. Kamu yang ku kenal dulu.. Mampu tersenyum seolah tiada langsung akan derita..



Dan Kadang Sepi Itu Ada Warnanya





Cinta itu bukan satu perkara yang harus dicuba cuba , bukan perkara yang bila gagal kamu cuba dan cuba lagi tanpa ada usaha untuk menjaganya..


Hati ini bagaikan tersiat siat apabila cinta dicurangi.. Terasa amat ngilu dan sakit.. Tiada siapa yang memahami apa rasa hati.. Dibiarkan semakin sakit dan menjadi dendam yang tak sudah sudah.. Amat kecewa dan tiada lagi harapan seolah tiada lagi hari esok..

Sepi ini telah mencengkam jiwa dan menghimpitkan perasaan.. Sedang sendirian melihat di dalam kepayahan diri mencari siapa kita di dalam diri sendiri.. Tiada siapa mahukan perasaan sepi ini, walau kemana arah kita pergi menjauh melarikan diri ke sana sini.. Sepi itu akan kunjung tiba jua..



Setelah Bercuti Panjang, Kita Kembali Pada Kehidupan Asal

.........Gambar sekadar hiasan

Masa berlalu begitu pantas, terlalu banyak yang ingin kita kejar tanpa disedari banyak pula yang kita abaikan.. kita lupa dan membiarkan sesuatu perkara itu berlalu dan pergi.. Mungkin kita tidak sedari dan langsung tiada niat di hati untuk melepaskan.. Dan mungkin jua kita terlalu asyik dengan dunia kita hinggakan kita tidak menitik berat akan sesuatu perkara tersebut..

Tak perlu diperincikan perkara perkara yang kita telah terlepas.. Dan mata kita yang memandang ringan dan jua mungkin kita tidak langsung mahu mengambil berat..