Tuesday, November 1, 2011

Kita Keliru Apa Rasa Hati

Bertapa indahnya nikmat sepi itu jika bersulam cinta pada yang satu..

Kita bertemu di dalam waktu yang amat sukar.. Pertemuan kita mungkin adalah pada masa yang salah.. Kerana pada tika pertemuan kita.. Ada dia di antara kita.. Ada insan lain yang lebih awal dari aku.. Ada insan lain yang sedang berkasih dan sayang antara kamu dan dia.. Sedangkan aku cuma watak ketiga..

Maka katakanlah kepada diri, kali ini kita biarkanlah perpisahan ini, satu pengorbanan yang perlu kerana hidup ini hanya akan lebih bererti.. Mengapa terus hanyut dan biarkan hilang akan maruah diri tika amat memerlukan, walau kamu lebih tahu, tak ada yang lebih berharga selain darimu jua aku tak dapat melupakanmu..
Hakikatnya amat payah kita buang kerana kamu telah lama bertakhta di hati  namun itu tidak cukup untuk kita meneruskan perhubungan ini lagi..

Hidup kita sering saja didatangi kenangan masa lalu.. Yang sering saja berganti dengan suka duka dengan seseorang yang pernah hadir pada hidup kita.. Kadang kita tidak pernah tahu menilai erti perasaan yang hadir.. Dan sering saja kita salah dalam menilai erti rasa itu..

Manusia kadang salah dalam menilai kejujuran dari seseorang.. Dan ada kalanya bertindak di luar perasaan apabila apa yang diimpikan tidak tercapai..

Dan kadang kita terlalu ego untuk menyatakan cinta pada orang yang mencintai kita.. Kerana kita selalu yakin si dia akan selalu berada di sisi kita.. Terlalu yakin sedangkan orang yang mencintai kita juga mempunyai perasaan dan jemu.. Takkan si dia akan selalu menunggu dalam penantian yang samar.. Dan rasa itu akan pudar dan hilang di mamah dengan kekecewaan dibiarkan menjadi tanda tanya..

Adakalanya kita perlu melangkat kebelakang untuk mengorak langkah lebih pantas ke depan.. Adakalanya kita perlu menyepi kerana tatkala ini kadang-kadang ia lebih bererti dari satu perhubungan.

Jika diri sudah tiba masanya untuk bercinta, bersedialah hati dan perasaan kita untuk di kecewakan.. Kerana sudah pastinya, tidak semua yang kita kehendaki akan menjadi milik kita.. Menyintai seseorang bukan bererti memilikinya..


Dan kadang kita bodoh dengan mencintai orang yang meninggalkan kita tapi meninggalkan orang yang mencintai kita..

Kita terus hilang.. 
Kita hanyut..
Di dalam kepentingan jiwa ini..
Kita keliru..
Dan kita terus membohongi diri sendiri..
Kerana kita,
Terlalu bodoh di dalam menilai..
Untuk menghargai insan yang menyintai kita..





Comments
21 Comments

21 Orang Yang Prihatin:

Unknown said...

perghhh keliru rasa hati la...

jangan lah keliru2 sangat...

bak kata org, yg patah tumbuh, hilang pulak berganti kan?


tokyu satu!!!

umUMRA said...

Betol...sedih bila tidak dihargai..mencintai mereka yg tak mencintai kita sangat melukakan hati...

Unknown said...

best laa site nih

CikLaLA said...

Hati keliru.. hati tak tentu.. hati teringat kenangan2 lalu.. itu salah siapa? dan kenapa jd mcam nie eh.. hisshh..

Anonymous said...

satu jerk pesanan..
jgn hancurkan kebahagian orang lain demi nak bahagia sendiri..
kalau dah tau api itu panas...
jgn sesekali dekat padanya..
kite mungkin bahagian sekarang,,
kelak...
hidup itu adil..
hidup itu karma..

fatinhanafi said...

err???adew sesetgh ayat 2 , terkena btg idong sndri laaa....

Siti Asiah said...

lame tak datang singgah blog nie...rindu nak bace ayat2 puitis ANGAH....:)

aku yang mahu bermula semula said...

mak aiihh,,,hebat la,,,kite niy memang selalu BODOH,,,,yg nk kt kite,,kite xmo,,,kejo2 yang xmo kite,,,last2,,,kuciwa,,,
btw,,nice entry,,, :)amt mmbina

anGah said...

@Siti Asiah yer yer je.. hehe.. thanks ye.. huhu

anGah said...

@Zulfikar Hazritokyu ke tongyu? hahaha

Anonymous said...

aku syg大发雷霆的士腌了,,ai ling siew

Anonymous said...

serupa pula nih..
~ semkain hanyut..& terus hanyut..hendak melupakan cinta itu amat paya,t'amat paya..biakan ku undur diri kiranya itu yg t'baik..terima kasih utk cintamu..terima kasih,maaf kerna hadir dalam hidup kamu..minta maaf

Nong Andy said...

Aku tak mampu terima cintamu.. kerana aku tak mampu melupakan dia...

* hahaha.. aku jiwang lagi bila masuk blog ini :D

Anonymous said...

aku hanyalah serangga by bumiputra rockers

I.n.T said...

touching ! dan sdg pon melaluinya -keliru dgn rasa hati -_-

Anonymous said...

pk礼品味精力充沛了?十全十美女如云Loved sailormarz

Lavender Lassie Roses said...

Pengorbanan adalah satu kekuatan yang ada dalam diri seseorang individu itu, biarpun ianya amat sukar untuk dilakukan, namun penyudahnya akan memberikan sebuah ketenangan yang abadi disisi-Nya yang Maha Mengetahui apa yang terbaik, tersirat mahupun tersurat..
Melupakan seseorang yang pernah bertahkta dihati, apatah lagi setelah segala curahan kasih sayang, suka, duka dikongsi bersama adalah sesuatu yang sukar untuk dilakukan..
Biar pun sudah tidak bersama lagi,.. kenangan itu tetap akan kukuh dalam ingatan kerana ianya merupakan kenangan terindah yang pernah kita rasa dan melaluinya...
Bersyukurlah dengan kasih sayang serta kurniaan itu walaupun ianya bukan milik kita kini... bersyukur kerana kita diberi kesempatan untuk merasai kemanisan berteman dengan penuh kasih sayang,...
Jodoh, ajal dan maut segalanya ditentukan oleh-Nya..kita hanya mampu merancang dan ketentuan telah ditetapkan dari azali lagi...
dan ketahuilah bahawa,....
Menyayangi tak bermakna mencintai,...
dan...
Mencintai tak bermakna memiliki...

luahan hati said...

menarik menyentuh jiwa . . .

The Norah said...

kadang pada cinta terpalit juga dukakan
saat kita cuba pelangikan harapan
kita hanya perlu mencari cahaya didalam hati
tanya pada hati
percaya pada indah takdirNYA

:)

deathHEART said...

keliru dengan rasa hati.... ermmmmm... susah kita nk rasa seseorang tu bukan milik kita setelah kita terlalu sayang kat die kan.... mungkin ada kekurangan dari kita... apa2 pon. jdoh dan pertemuan ditangan Tuhan..

geno said...

bagus la , ceta nie . . suka sngt !