Perkara yang amat menyakitkan dan sering terjadi pada kita pabila menyintai seseorang namun orang yang kita amat dambakan kasihnya menyintai orang lain.. Terasa pedih dan hilang satu semangat baru untuk bangun.. Dan kita terus merasakan bertapa kecewa yang amat sakit.. Dan kita hanyut di dalam kesedihan yang berlarutan.. Seolah tiada lagi tempat bergantung..
Kadang diri terasa satu bebanan yang berat dalam melangkah kedepan.. Dan jiwa semakin terasa kosongnya di dalam dan selalu saja bertemankan sunyi walau pada hakikatnya kita tidak keseorangan..
Perginya dirimu meninggalkan kesan yang mendalam terhadap diriku.. Sehinggakan merobek jauh ke dalam nilai rasa hati ini.. Aku selalu sebut namamu tanpa ku sedar.. Dan kadang kadang di dalam mimpi ku dibuai asmara yang mengasyikkan kerana amat aku dambakan dirimu..
Atas nama cinta
Sehinggakan diriku selalu di dalam khayal seolah tidak dapat menerima kenyataan yang hakikatnya cinta kita sudah tiada.. Hilangnya cintamu menusuk hatiku sehinggakan ku memilih cinta yang fana.. Di dalam
harapan masih utuh lagi untuk memiliki cinta yang dulu pernah ku rasa nikmat bahagia..
Atas nama cinta
Aku ingin kamu tahu aku masih begini yang selalu hanyut di dalam khayalanku sendiri.. Ada rasa ingin berubah dan melepaskan atas nama cinta ini namun sekuat mana aku, masih erat dalam dakap dadaku cinta kan kamu..
Atas nama cinta
Aku ingin kamu tahu tiada pernah kunjung akan cinta selain pada kamu.. Walau dulu pernah aku ada kisah.. Walau sekarang aku ada cerita.. Tapi sebenar akan hakikat, belum pernah ada cinta yang ku rasa selain pada kamu.. Kamu yang selalu ku dambakan.. Kamu yang selalu terbayangkan.. Cuma kamu yang pernah mengeggarkan jiwaku..
Atas nama cinta
Amat aku rindu yang amat kuat di sini, namun ku gagahi jua rasa.. Bukan ku ego atau sombong akan diri.. Tapi aku terpaksa memendam demi kasih dan sayang aku yang bersemi..
Cintaku masih membara, rinduku masih menyala, meskipun itu tak pernah kamu rasa kerana cinta ini adalah cinta yang tertutup rapi di hatiku..
Atas nama cinta
Bila cinta kini tidak lagi aku rasa dan bermakna.. Bila cinta kini ku tinggalkan dan terus menjadi lemah dan tersungkur di dalam dunia maya..
Kesakitan cinta ini makin terasa ngilunya apabila sebuah pasangan itu hancur musnah.. Apa yang dijanjikan selama ini, menjadi dusta belaka.. Ketika baru sahaja berpisah, semuanya menjadi tak kena.. Semuanya dipersalahkan.. Terasa diri ini dihimpit oleh satu perasaan yang berbelah bagi dan tiada siapa yang ingin menolong..
Di antara dua jiwa, sebuah percintaan yang semakin mekar mahukan sebuah perkahwinan antara dua hati.. Tapi sebenarnya hidup selepas sebuah perkahwinan bukanlah berakhirnya satu epilog cinta.. Itu satu permulaan kehidupan baru.. Jauh lagi perjalanan di dalam suka dan duka suami isteri..
Bukan salah atas nama cinta jika sebuah kisah perhubungan yang kita dambakan itu tidak punyai jalan cerita seperti yang kita inginkan.. Bukan salah takdir pabila kisah cerita cinta kita musnah di tengah jalan.. Siapalah kita untuk menyalahkan takdirNya