Kita bertemu di dalam waktu yang amat sukar.. Pertemuan kita mungkin adalah pada masa yang salah.. Kerana pada tika pertemuan kita.. Ada dia di antara kita.. Ada insan lain yang lebih awal dari aku.. Ada insan lain yang sedang berkasih dan sayang antara kamu dan dia.. Sedangkan aku cuma watak ketiga..
Maka katakanlah kepada diri, kali ini kita biarkanlah perpisahan ini, satu pengorbanan yang perlu kerana hidup ini hanya akan lebih bererti.. Mengapa terus hanyut dan biarkan hilang akan maruah diri tika amat memerlukan, walau kamu lebih tahu, tak ada yang lebih berharga selain darimu jua aku tak dapat melupakanmu..
Hakikatnya amat payah kita buang kerana kamu telah lama bertakhta di hati namun itu tidak cukup untuk kita meneruskan perhubungan ini lagi..
Dan kadang kita terlalu ego untuk menyatakan cinta pada orang yang mencintai kita.. Kerana kita selalu yakin si dia akan selalu berada di sisi kita.. Terlalu yakin sedangkan orang yang mencintai kita juga mempunyai perasaan dan jemu.. Takkan si dia akan selalu menunggu dalam penantian yang samar.. Dan rasa itu akan pudar dan hilang di mamah dengan kekecewaan dibiarkan menjadi tanda tanya..
Adakalanya kita perlu melangkat kebelakang untuk mengorak langkah lebih pantas ke depan.. Adakalanya kita perlu menyepi kerana tatkala ini kadang-kadang ia lebih bererti dari satu perhubungan.
Jika diri sudah tiba masanya untuk bercinta, bersedialah hati dan perasaan kita untuk di kecewakan.. Kerana sudah pastinya, tidak semua yang kita kehendaki akan menjadi milik kita.. Menyintai seseorang bukan bererti memilikinya..
Dan kadang kita bodoh dengan mencintai orang yang meninggalkan kita tapi meninggalkan orang yang mencintai kita..
Kita hanyut..
Di dalam kepentingan jiwa ini..
Kita keliru..
Dan kita terus membohongi diri sendiri..
Kerana kita,
Terlalu bodoh di dalam menilai..
Untuk menghargai insan yang menyintai kita..