Sunday, November 27, 2011

Gelora Cinta Di Pendamkan

Kemanakah perginya keindahan tawakkal kepada Allah yang kita rasakannya semasa hidup dalam ketenangan? Dimana letaknya kepasrahan yang pernah menjadi slogan hidup kita?


Perasaan cinta yang hadir pada kita adalah satu anugerah yang tak ternilai kerana cinta adalah satu perasaan yang sukar untuk digambarkan dengan kata kata.. Ianya mungkin memberi seribu erti pada seseorang jika cinta yang hadir itu ada bahagianya..



Tentang bahagia tidak semestinya kita miliki cinta bersama dengan insan yang kita sangkakan itu cinta sejati.. Begitu meluas kata cinta.. Begitu besar pengertiaan bahagia..

Kita tidak dapat menghalang cinta itu hadir.. Dan juga cinta itu pergi.. Kita mungkin saja dapat memupuk rasa cinta.. Dan menyuburkan lagi bahagiaanya cinta..

Jatuh cinta pada seorang teman yang kita kenali adalah satu situasi yang sukar ditafsirkan dengan coretan.. Satu bentuk perasaan yang selalu bermain di minda kerana si dia selalu saja di mata..

Untuk menyukai seseorang hanya mengambil masa yang sekejap saja.. Dan kadang perasaan itu akan terus di buai di hati sehinggakan membuahkan rasa cinta dan sayang.. Cuma kadang cinta itu hadir pada seorang teman yang kita kenali.. Mungkin seorang rakan sekolah, teman sepermainan, teman pejabat atau sesiapa saja yang kita kenali..

Apabila bersua dan bertemu muka, terasa debaran yang kuat di dada.. Jantung berdegup pantas seolah baru berkejaran di padang.. Dan amat terasa sayup sayup suara yang di dengar antara sedar dan tidak.. Ingin saja tatap wajah tenang itu namun geloran di hati amat terasa.. Bagai orang di keliling mengetahui rahsia tersimpan..

Dan tika berbicara manis, tubuh kadang terasa seram sejuk menutur kata kata.. Kadang kata amat berat diluahkan seolah terpaku.. Amat susah menyusan kata kata memberi satu kiasan seolah lidah menjadi kelu dan kadang terasa diri terhenti untuk berbalas bicara..

Amat perit terasa menyintai dalam diam kerana terpaksa menyimpan rahsia yang kuat.. Kadang cemburu menguasai diri bila melihat si dia bermesra atau sedang berdua dua dengan orang lain.. Ingin saja menyatakan cinta namun kekuatan diri tiada.. Terpaksa dalam diam menyimpan cemburu itu berpanjangan..

Kita kini bersendirian dalam hidup kita, hanya tangisan dan keluhan yang menghiasi hari-hari yang kita lalui, kita lebih banyak termenung dari berfikir bahkan kadang-kadang kita rasakan mati lebih baiknya dari hidup..

Tapi kadang si dia telah menegur atau mengirimkan sms.. Terasa hati berbunga bunga, seolah mahu saja menjerit sedunia kerana si dia telah menegur.. Tersenyum seorang diri sehinggakan terbawa di dalam mimpi.. Amat bermakna rasanya diri di kala itu..

Orang yang kamu cintai, pabila bertemu sua pasti terasa kelainan pada raut wajahnya.. Melihatnya memberi satu kekuatan dalam diri.. Memandang wajahnya, terasa sejuk di hati.. Seolah bercahaya menyinari harimu..

Namun di mana hendak kamu mencari satu kekuatan untuk membenarkan rasa yang tersimpan menjadi kenyataan.. Sejauh mana lagi hendak kamu sembunyikan selaut kasih itu sedangkan hari harimu meronta satu sudut dunia yang dirimu amat menyayang akan dirinya..

Kamu merasakan seolah kamu bahagia begini, hanya memandang dalam jauh.. Melihat dalam dalam di matanya menyembunyikan getaran yang tersimpan.. Jika takut berkata cinta, simpan saja hingga hilang akan dia.. Sesalan tiada gunanya jika hanya menunggu saat kehadirannya..

Memang menyakitkan hati pabila kita jatuh cinta pada seseorang itu dan cinta kita tidak diterima, di tolak hingga luka yang pedih terasa di lubuk hati.. Tetapi amat menyakitkan hati dan terus di dalam sesalan jika cinta akan seseorang namun tiada kekuatan diri menyatakan.. Kuatkan azam membentuk satu kisah antara kamu dan dia..

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan.




Comments
7 Comments

7 Orang Yang Prihatin:

Iffah Afeefah said...

hati bunge2 bace ni

xberat pun=)

umie naziera said...

agnes monica cakap --->cinta x ada logika

Nong Andy said...

Peritnya cinta dalam diam..
pedihnya cinta terpendam..
tapi lagi perit kalau cinta di tolak.. so kerana takut cinta di tolak.. baik pendam je rasa cinta ni..

Penyair SenjA said...

siapalah kita hanya hamba yang tak berdaya untuk mengeluh pada hidup dan cinta yang telah teranugerah...walau duka menyapatetaplahtak hilangkan rasa syukur...yang telah berlalu ya sudahlah...;)

salam hati

Bila Suha Memegang Pena said...

cinta tetap anugerah terindah walo begitu menyakitkan

nice entry..sy sedang belajar untuk menulis


::bicara suha::

Lia Irdelia said...

sukanya baca... :)

Anonymous said...

ia hadir tanpa kita sedari..
Tapi tak boleh meluahkan, simpan je rasa hati ni.
tak mahu mjd penyebab keretakan atas hubungan dia skrg yg mmg dah terumbang ambing..
smpan saja rasa tu.xtau smpai bila.. kalau ader jodohnya, inshaAllah ada jalannya..