Sunday, July 31, 2011

Rahsia Wanita Part 3

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada difikirannya tetapi LELAKI YANG DICINTAINYA sekarang akan berada di tempat istimewa iaitu dihatinya!! Jadi, jangan cemburu kalau sesekali dia tersebut fasal "ex"nya..

22. Teman baiknya sahaja yang tahu segala yang sedang dia rasa dan lalui.. Jalinkan hubungan baik bersama teman rapatnya.. Jangan OVER sudaa ler~~

23. Wanita PALING BENCI lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata mahu menambat hatikawan mereka yang paling cantik.. Kalau kamu pernah lakukan, kamu betul-betul TAK GENTELMAN!!!!!!

24. Apabila sorang wanita mengatakan dia sedang sedih, tetapi dia tidak menitiskan air mata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya..

25. Satu ucapan "hai" sahaja SUDAH CUKUP menceriakan harinya.. Cuba laa kamu telefon dan ucap "selamat pagi" dan di akhiri dengan "sweet dream" sebelum tidur..

26. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka SEPENUH HATI.. Tolonglah lelaki, jangan mensia-siakan kami~~

27. Senjata wanita adalah air mata!! Tetapi jangan terperangkap dengan air mata palsu..

28. Wanita suka sesekali orang yang disayanginya mengadakan suprise buatnya, sekadar hadiah, bunga atau mugkin kad ucapan yang romantis.. Mereka akan terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.. Percayalah,dia tidak akan cari yang lain..

29. Wanita MUDAH jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.. Apatah lagi jika kamu membawanya ke klinik ketika dia sedang sakit.. Sumpah!! Kamulah lelaki yangpaling dikehendaki di abad ini..

30. Tidak susah menjaga hati wanita.. Dia cuma mahu kamu menyayanginya SEPENUH HATI.. Kalau benar kamu mencintainya, lihatlah bagaimana dia membalas segala kecintaan kamu itu..



* Entry ini bukan dari aku.. Share dari note note facebook.. Tak tahu sumber yang asli.. Rasanya banyak org dh share.. Menarik mengenai wanita.. Sekadar berkongsi



Saturday, July 30, 2011

Rahsia Wanita Part 2

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.. Adakalanya wanita mahu bersama kamu dalam ruang santai dan penuh senda gurau..

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan RESPON POSITIF misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tidak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai 10 minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.. Perempuan suka jual mahal!!

13. Sekuntum SENYUMAN memberi seribu erti bagi wanita.. Jadi jangan senyum sebarangan.. Biasalah, perempuan adakalanya cepat perasan dan hatinya cepat terbuai..

14. Jika kamu menyukai wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.. Kemudian biarkan diamengenalimu dengan lebih mendalam.. Jangan gelojoh kerana perempuan tidak suka lelaki gopoh..

15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tidak berminat dengan kamu..

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia terus menghubungi kamu dan menunggu panggilan dari kamu, teruskan usaha untuk memikatnya sehingga dapat..

17. Jangan sesekali MENEKA apa yang dirasakan.. TANYA dia sendiri kerana hati perempuan sukar diramal tetapi jangan salahkan perempuan sebab mereka ada pusingan hormon yang tidak menentu..

18. Selepas seorang gadis jatuh cinta, dia sering tertanya-tanya kenapalah aku tidak jumpa lelaki ini terlebih awal.. Dia lebih baik dari kekasih aku!

19. Kamu masih tercari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, cubalah rajin-rajinkan diri menyelak buku-buku cinta..

20. Dalamnya cinta, perempuan apabila menyelak album yang telah siap,gambar yang pertama dilihat adalan teman lelakinya.. Begitulah juga kala membaca zodiak.. Dirinya adalah yang kedua selepas mengetahui hal kamu, TAHU?!



* Entry ini bukan dari aku.. Share dari note note facebook.. Tak tahu sumber yang asli.. Rasanya banyak org dh share.. Menarik mengenai wanita.. Sekadar berkongsi



Friday, July 29, 2011

Hati Kita, Kita Punyai Rasa

Kesunyian ini terlalu indah.. Terlalu asyik untuk dihayati.. Walaupun pedih dan terluka.. Sunyi ini pasti kan menemani.. Walaupun pahit dan sengsara, sanggup ku tempuh.. Kerana aku keseorangan.. Kerana aku kesepian.. Kerana tiada siapa yang memahami diri kita selain kita sendiri


Kehilangan cinta yang disemai bertahun lamanya memang membuatkan seseorang itu seolah perginya separuh jiwa.. Hanyut di dalam dunianya sendiri tanpa ada belas dari sesiapa.. Lemas di dalam kesakitan yang amat sukar dibayangkan..

Menangislah kuat kuat dalam mencari kekuatan diri yang lemah.. Luahkan saja sendu kecewa itu puas puas seolah tiada lagi akan peritnya.. Kamu punya rasa.. Kamu punya sakit yang dalam.. Kamu sendirian yang tahu.. Dan kamu jua yang menanggungnya..

Jika di tanya akan aku satu soalan, adakah sesalan atas percintaan yang musnah itu perlu ditangisi.. Ya.. Kerana kita adalah manusia yang lemah.. Kerana kita insan biasa.. Tidak.. Jika hanya berpanjangan dan rapuh tiada usaha untuk bangun..

Kadang siapa yang tahu dan dapat memahami diri kita? Kadang hati kita terlalu sunyi dan keseorangan di dalam menempuh saat getir.. Saat yang merasakan betapa peritnya, betapa sakitnya, hanya kita sendiri yang rasa.. Dan teman kita cumalah diri kita dan semangat untuk bangun semula..

Hanya sekadar memandang sepi melihat kepayahan diri, hanya membiarkan sekeping hati semakin lara terbang melayang.. Tertawan dalam esakan penuh sendu.. Yang semakin menghiris hati seolah menanti belahnya jiwa..

Kita punyai rasa.. Kita punya jiwa yang kuat.. Kita bukan anak kecil yang masih mentah.. Kuatkan hatimu, cekalkan jiwamu.. Bangun dan langkah saja kaki itu.. Jangan di pandang lagi erti kekecewa jika hanya merubah menjadi lemah..

Siapalah yang dapat kasihan hati kita sendiri jika bukan kita.. Jagalah.. Pupuklah dengan nilai yang masih ada.. Percaya dan yakin, cahaya masih ada walau bertapa gelapnya dunia tika musnahnya satu kisah percintaan..

Kita masih lagi tersepit di dalam diri yang kini bagai satu mimpi yang hilang.. Mencari kekuatan yang dirasakan ada tapi sebenarnya telah hilang.. Kita lemah dan tersungkur jauh meratap sayu.. Kita mencari dan terus ternanti.. Dimana adanya senyum itu..

Pandang dalam jauh ke mataku.. Pandanglah dengan lirikan kasih yang ada.. Tenung dalam diam diam.. Katakan di antara kita tiada lagi cinta yang hadir

Hati kita, kita punyai rasa.. Jagalah dan sayangilah.. Pupuklah dengan mesra dan selamilah apa kata hati.. Kerana kita sendiri yang terluka, kita jua merasakan kepedihannya..

Sebelum membenarkan orang lain menyayangi diri kita.. Sayangilah diri kita sendiri terlebih dulu..