Amat berterima kasih pada mereka mereka yang sudi menjelajah setiap kata kata di dalam entry ini.. Dan membaca dengan hati pada hasil nukilan tak seberapa.. Terima kasih di ucapkan pada kamu yang selalu sudi meluangkan sedikit masa membaca setiap entry entry.. Amat aku hargai..
Pada mereka juga yang sudi meninggalkan komen komen pada entry, TERIMA KASIH yang amat sangat di ucapkan.. Kerana setiap kata kata yang dicoretkan sebagai komen amat memberi kesan yang dalam pada aku.. Memberi satu ransangan dan panduan untuk menulis lagi.. Terima kasih..
Thursday, June 2, 2011
Pada Mereka yang sudi
10 perkara perlu anda tahu selepas berkahwin
1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.
"Saya dan suami baru sahaja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang
drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segi
emosi dan fizikal. Jiwa semakin terasa keseorangan. Nasib baik kami berdua
cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan
yang bertentangan."
2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari.
"Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah
tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala anda
akan merasakan diri sudah tidak dicintai." Amat penting bagi masing-masing
mengucapkan perasaan cinta dan mencintai.
3. Anda masih perlu menghangatkan suasana.
"Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat
meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti teman sebilik
sahaja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain
dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan mata."
Wednesday, June 1, 2011
Kita bukan aku dan kamu yang dulu
Sejarah lalu yang telah berlalu pergi adalah pengalaman yang amat bererti pada kita.. Sedang kita amat asyik menghitung langkah langkah baru pergi ke depan, kita pasti terkenang akan kenangan kenangan lalu bersama insan yang pernah mengegarkan jiwa kita..
Dulu, kita pernah menjadi satu jarak.. Berjalan berdampingan menghampiri segala kekalutan.. Kita sama sama membilang begitu banyaknya bintang di langit yang kelam.. Mencari sembunyi cahaya bulan di balik awan..

