Friday, November 4, 2011

Kerana bila kamu sudah pergi, kata-kata itu tidak ada erti lagi




Duhai kasih,
Aku selalu pesan pada hati, untuk tidak terlalu dalam mencintaimu.. Kerana aku takut, jika satu hari nanti kamu sudah tiada di sisiku.. Pasti aku kan selalu kecewa dan terluka..


Duhai kasih,
Aku selalu pesan pada hati, untuk tidak terlalu berharap.. Kerana jika suatu hari nanti, tiada jodoh pada hubungan cinta kita.. Pasti aku akan selalu derita.. Pasti aku akan terasa kehilangan..

Kerana aku takut aku kehilanganmu, pasti keadaan itu membuat aku menangis.. Pasti akan airmataku tiada henti mengalir.. Walau mampu sembunyikan kesedihan itu, hatiku pasti akan selalu jua menangis..

Jika hati ini selalu ada kamu.. Selagi aku masih sayangkan dirimu.. Selagi masih ada lagi rasa cinta ini.. Kan selalu aku, katakan tentang perasaan sayang rindu yang aku rasa.. Selagi masih ada waktu, izinkanlah hari ini kamu tahu bertapa aku menyayangi kamu..

Kerana bila kamu sudah pergi, kata-kata itu tidak ada erti lagi..


Duhai belahan hati,
Cintailah dia secara diam, agar ia semakin manis penuh keindahan setelah pernikahan.. Kerana itu menjamin agar hatiku selalu tenang.. Andai suatu hari nanti, antara aku dan dia tidak berjanjikan jodoh.. Tidak jua aku terus di sakiti dengan mainan rasaku sendiri..

Duhai belahan jiwa,
Bukan tiada cinta.. Bukan tiada sayang.. Bukan kerana aku takut.. Cuma aku berpesan pada hati, agar aku menyintainya secara bersahaja.. Kerana jika tiada jodoh antara kami, jiwa dan hati tidaklah begitu parah..

" Ya ALLAH.. Andai Telah Ditakdirkan Dia Jodohku, Maka Aku Terima Dia Seadanya.. Tatkala jodoh kami belum menyapa jagalah hati hati kami dari gundah dan resah, jadikanlh kami pasangan yang beriman, bertakwa serta beramal soleh.. Sesungguhnya Ya ALLAH.. Engkau Maha Pencipta.. Pemilik Cinta.. Nyawa dan Jiwa kami "


Bercintalah bersahaja.. Belajar mengenal erti kesakitan terlebih dahulu.. Agar suatu hari nanti jika sememangnya ditakdirkan si dia bukan jodohmu, tidaklah begitu kecewa berpanjangan..




Comments
21 Comments

21 Orang Yang Prihatin:

s u a r a h e a R t y said...

alaaa . . nak jadi blog pilihan jugak :D

yura said...

best sangat2.......

yura said...

@s u a r a h e a R t y betul2 hehehehe

Umie Naziera said...

sangat suwiitt

LYSSA FAIZUREEN said...

wahhh .rasa sedih pulak baca entry nihh ~ waaaa :'(

anGah said...

@s u a r a h e a R t yngade ngade.. huhu.. kan dah ade tu kat side bar.. huhu

anGah said...

@umie naziera suweett ke.. huhu

anGah said...

@Lyssa Faizureen erkk.. retis komen.. ada lagi entry lgi sedih...

Nong Andy said...

"bercinta sajalah.." ya! aku paling suka ayat tu hehehe...

azeemazain said...

yah,..dats true =)

Sunah Sakura said...

thanks angah....sejuk hati dengan entri ni...

Anonymous said...

misz u to someone by bawang

indahcinta roseys said...

duhai hati, duhai belahan jiwa... huhuhuhu.. bagus pesanan niyh.. skrg ini la yg penting, skrg di zamn 23 ++++ .. bkn mase utk brcinta sakan sebelum kawen.. takut merana hati.. tQ angah

aamalinaazman said...

bercintalah secara sederhana
iya!
suka!

:: My BeAuTiFuL wOrLd :: said...

salam kenal :)

rasa terharu baca dan teringat kisah lalu :(

Mujahidah Syaabah said...

suke sukee....

Unknown said...

andai cinta itu pergi.hapah sekupang pun dah tak guna...

:)

tapi hidup belum berakhir...

kamon lah.. bangun ajak kawan2 lepak minum tehtarik :)

xiexiey said...

aku suka dengan catatan ini..sungguh bersahaja..tapi amat bermakna..kerana hati ini telah terluka yang teramat sgt. kerana terlalu menyintai. dia yg telah meninggalkanku tanpa rela. akan dtg...tidak akan lg kuturut sgt rasa hati...
kerana..jika dia bukan jodohnya..maka...aku kena redha...

PriNcess aNis said...

saya suka coretan blog ni,penuh makna n tersentuh hati anis baca ni blog seakan2 kena d hati huhuhu

DieZaiRa ^^v said...

nice en3! 4low balek k...

Meraa said...

sedih :(