Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan..
Kita belajar untuk menghargai orang lain tika kita di hilang di bawa arus jiwa yang lara.. Dan pergi jauh sejauhnya di dalam mencari identiti diri.. Kita terus hanyut dan lupa akan tanggungjawap yang sepatutnya kita laksanakan.. Lemas di dalam keasyikan gelora cinta yang semakin menjauh pada satu kebenaran..
Tika itu kembalikan, mekarkan saja cinta yang dulu pernah bersemi.. Kerana kita tanpa ada cinta yang suci, siapa kita untuk mempersoalkan akan sesuatu kesalahan terhadap bertapa bersihnya dan bertapa cantiknya cinta.. Indah di sulam akan gemersiknya cahaya yang ada..
Islam tidak pernah menyalahkan cinta jika berlandaskan syariat.. Berlapikkan kesopanan maruah yang dijaga, kita seharusnya menghormati akan hakikat kebenaran sebuah nama perhubungan antara manusia itu, yang digelar kasih dan sayang selagi tidak melebihi cintaNya
Pesan pada hati..
Disaat ketika kamu ingin melepaskan seseorang di dalam hidupmu.. Ingatlah jua pada saat kamu ingin mendapatkannya dahulu.. Bertapa susahnya, memujuk rayu memberi setinggi harapan, namun setelah dirinya telah kamu miliki, mudah untuk melepaskan.. Bertapa amat rasa kejam seakan tiada belas di jiwa..
Disaat tika kamu mulai tidak mencintainya.. Ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya, kenang kenanglah pada susahnya mencari gelora.. Pupuklah jiwamu agar kembali mekarnya cinta itu.. Jangan mudah menidakkan cinta sedangkan masa lalu, kamu amat ketagihnya.. Amat memerlukannya.. Begitu senang melepaskan rasa..
Disaat kamu mulai bosan dengannya.. Ingatlah selalu saat terindah bersamanya.. Rinduilah perjalanan yang telah sama sama harungi.. Cuba mengerti, apa erti cinta yang dulu kamu laungkan?
Tika disaat kamu ingin menduakannya, bayangkan bila dia selalu setia.. Dan tidak mustahil jua, jika suatu hari nanti kamu pasti akan diduakan.. Percaya dan yakin, pembalasan pasti kunjung tiba..
Saat kamu ingin membohonginya.. Ingatlah disaat dia jujur padamu.. Kerana kata kata itu tiada lagi bermakna bila kamu berani melangkaui akan kejujuran..
Dan ingatlah jua
Maka kamu akan merasakan erti dia untukmu, jangan sampai disaat dia sudah tidak disisimu lagi.. Dan kamu baru menyedari semua erti dirinya untukmu.. Yang indah hanya sementara.. Yang abadi adalah kenangan.. Yang ikhlas hanya dari hati.. Yang tulus hanya dari sanubari..
Tidak mudah mencari yangg hilang.. Tidak mudah mengejar impian.. Namun yang lebih susah mempertahankan yang ada, kerana walaupun tergenggam boleh terlepas juga..
Jika kamu tidak memiliki apa yg kamu sukai,maka sukailah apa yg kamu miliki saat ini