Sabarlah duhai hati yang merasakan, Allah SWT menguji dan menduga kita dengan perihal yang mampu kita hadapi.. Mengadulah padaNya..Jangan tersalah memberi hati pada insan yang tak sudi.. Pada insan yang tak mengerti.. Kerana, sekali kamu memberi, selamanya dia di hati.. Kerana, sekali kamu dilukai, sampai bila bila tetap kamu ingati..
Kata bicara penuh luka, tanpa mengenal kasih akan duka
Maafkan daku bila aku tidak seperti yang kau harapkan
Dan apalah yang pada sebuah perkahwinan jika hanya jasad sahaja yang ada namun hati itu bukan pada yang halal dan berhak.. Lebih baik hanya tiada dari ada hanya menyemai derita..
Ketemui jodoh dengan orang yang kamu cintai mungkin satu kebetulan, tapi menyintai siapa jodohmu adalah kewajipan.. Dan bercerita tentang cinta dengan bukan hak, seharusnya punyai hati untuk menilai erti cinta.. Jadilah insan yang bermaruah dan punyai harga diri, sayangilah dia yang wajib kamu cintai..
Jika malam itu terus suram, usahlah terlalu merasakan sedih dan berputus harap.. Kerana di akhir gelap itu, sinar mentari akan jua menerangi.. Jika hati itu telah dikecewakan, usahlah terlalu merasakan sedih dan berputus harap.. Kerana pasti akan ada jua, kasih akan bertaut.. Usahlah tercari cari dan ternanti nanti siapa cinta kita kerana pasti akan ada siapa jodoh kita..
Jika malam itu terus suram, usahlah terlalu merasakan sedih dan berputus harap.. Kerana di akhir gelap itu, sinar mentari akan jua menerangi.. Jika hati itu telah dikecewakan, usahlah terlalu merasakan sedih dan berputus harap.. Kerana pasti akan ada jua, kasih akan bertaut.. Usahlah tercari cari dan ternanti nanti siapa cinta kita kerana pasti akan ada siapa jodoh kita..
Apalah yang ada pada sebuah cinta jika bukan kemuncaknya dengan sebuah perkahwinan dan berpisah hanya maut?
Dan langkah aku masih lagi tersusun.. Di dalam kamar kesepian mencari suratan yang tiada jawapan dan langkah seterusnya akan aku pastikan.. Agar aku kuat.. Dalam menghayati hamparan kasih agar mengalas suratan Ilahi.. Pasti akan aku serahkan segalaNya pada takdirMu..
Menatap wajahmu, namun tiada langsung ketenangan jiwa yang dicari
Jika hari ini masih lagi tiada akan rasa, bersabarlah duhai hati.. Jika hari ini masih kukuh akan derita, tenanglah duhai hati.. Mereka tidak mengerti apa yang dilalui, hanya melihat dan memandang seolah simpati..
Sabar itu kadang punyai satu rasa yang terbeban dan susah untuk diungkapkan dengan kata kata.. Dengan harapan, suatu hari pasti akan berubah..Cintailah dia yang berhak padamu, usah dikenang sejarah lalu
Jika diduga akan ujian hingga kadang kamu merasakan tidak tertanggung akan usaha, berdoalah.. Yakin akan dugaan.. Kerana Allah SWT tidak akan menguji hambaNya dengan kesulitan yang tidak mampu dihadapi.. Mengadulah padaNya, bukan pada dunia maya yang seakan hanya mengeluh
Jika pagi ini suram tiada akan sinarnya, usahlah dibiarkan hati terus teruja kelak hilang akan serinya hingga ke petang..
Kadang kamu terpaksa melepaskan seseorang yang kamu cintai bukan kerana pudar akan rasa namun kerana kamu sedari dia tidak bahagia bila bersama kamu..
"Jika kamu tidak dapat apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu dapat"