Wednesday, August 1, 2012

Duhai Hati,


Duhai hati..

Hidup ini bukanlah hanya sekadar ketawa.. Dan juga bukanlah sekadar air mata.. Pasti akan selang seli dengan warna warna kehidupan yang kadang tidak datang dan sempurna seperti yang kita inginkan.. Dan ada tikanya kita terpaksa menerima sesuatu akan hakikat dengan sabar dan rela kerana itulah takdir buat kita..

Duhai hati..

Pada tika saat ujian datang merapati.. Dan tika itulah hati dan fikiran teruji.. Menjadi iaguan ia akan merisaukan hati.. Akan tetapi, siapa yang masih mampu tersenyum.. Dan tika itulah, menguji kita sejauh mana kekuatan yang ada di dalam jiwa kita.. Di dalam kita mentafsir di mana letakkan kejituan hati kita.. 

Duhai hati..
Dan juga masih terus melangkah walau meski ia hampir rebah.. Jangan terus mengalah dan membiarkan rasa sakit itu terus ada.. Bangun dan bersemangatlah untuk mencari bahagia itu..


Duhai jiwa..

Ada tikanya bila tiba masanya, kita amat memerlukan ruang untuk sendirian.. Kerana bukan semua cerita tentang kita, mereka mereka mahu mendengar.. Tapi hanya menjadi hiasan pada jalanan ini..

Kita sering salah, menganggap diri lemah pabila meratap dan menangisi perpisahan yang terjadi.. Sebenarnya kita manusia biasa yang masih mempunyai rasa pilu dan kasih.. Usah hiraukan mata memandang akan kita, seolah kita hina dan lemah bila cinta itu pergi, kita masih lagi terus bersedih..


Langkah saja kaki kita tanpa rasa kecewa dan harapan yang sudah tidak pasti.. Biarlah sejarah itu tetap menjadi sejarah untuk di kenang kenang dan bukan untuk di ulang ulang..


Kekuatan dalam diri sangat penting bagi membangkitkan kembali semangat yang telah hilang, sayap yang telah patah, hati yang telah hancur berkecai akibat luka parah yang amat dalam.. Tanpa daya tolakan yang kuat dari mental, fizikal pasti akan turut lemah dan tidak mampu untuk berdiri walaupun dibantu kuasa dan tenaga dari persekitaran..



Comments
8 Comments

8 Orang Yang Prihatin:

Syafiq A. Ghani said...

alhamdulillah, entri yang menarik. terima kasih atas perkongsian

Sunah Sakura said...

kadang2 hati dan perasaan itu tidak boleh dipaksa...biarlah rela dan sedia itu hadir bila tiba masanya...

ismi nurash said...

bertabahlah duhai hati :)

ain musrah said...

hati? siapa yg x pnah merasakan semua luka, pedih, kecewa dll. mgubat hati mngambil masa yg lama utk smbuh, namun percayalah kesedihan itu x kn lama kerana ada sesuatu yg lebih berharga ALLAH akan beri pd kita. Bila cinta tu pergi, dtg pula cinta yg benar2 mghargai kita. bersyukurlah krn dgn itu kita akn lebih kuat dan hnye bhrap smata2 kpd ALLAH shj.

Lia Irdelia said...

nice.. :)
Setelah sekian lama tanpa entry.. :)

Syafiq A. Ghani said...

betul tu :)

Best Business Brands said...

Tabahlah duhai hati... Salam,. Hari ni off day lg. not being too good lately. i mean emotionally. getting annoyed by mr. stalker. hari2 kene kacau.

Tinta Teman Hati said...

hanya org berjiwa sastera dpt menghasilkn nukilan tbaek..tahniah angah...