Friday, September 7, 2012

Bercinta Selepas Menikah, Punyai Banyak Dugaan - Part 1

Usahlah berdukacita dengan kesusahan dan penderitaan, kerana disebaliknya ada rahmat dan hikmah yang tersembunyi dalam kehidupan.. Dan janganlah juga terlalu bergembira dengan kebahagiaan dan kesenangan, kerana tidak mustahil disebaliknya sedang menanti diakhirnya penderitaan dan kesengsaraan
Andai suatu saat aku hilang daripada pandanganmu, usah kamu cari aku kerana aku tidak pernah meninggalkanmu.. Andai suatu saat aku berhenti menghubungi dirimu, usah kamu gusar kerana aku juga ingin waktu untuk diriku.. Andai suatu saat aku mengalirkan airmataku, usah kau usap kerana aku ingin membasuh kekecewaan hatiku..

Namun andai suatu saat engkau hilang daripada pandanganku, aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan dirimu.. Andai suatu saat kamuc berhenti menjawab panggilanku, ingatlah aku sentiasa ada saat saat kamu memerlukan diriku.. Andai suatu saat kamu tersenyum bahagia, aku juga akan tersenyum gembira melihat dirimu bahagia..

Cuma pesanku, andai suatu saat kamu memerlukan aku dan aku tidak bisa untuk membantumu usahlah kamu rayu aku.. Bukan kerana aku membenci dirimu tapi kerana aku takut aku akan menyakiti hatimu..

Sudah tersurat ketentuanNya pada satu perjalanan hidup kita.. Kita tidak tahu jodoh kita siapa, dan kita jua tidak menduga jodoh kita berpanjangan.. Kita hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal..



Sebuah perkahwinan itu bukanlah seperti hubungan cinta di zaman remaja..
Aku boleh mengerti dan memahami cinta itu tidak boleh di paksa dan di desak akan rasa.. Jika masih tiada lagi rasa kasih dan sayang pada hubungan kita, aku masih lagi sabar dan menunggu.. Kan ku nanti tiba saat bahagia itu ada..

Namun jika, langsung tiada akan usaha kamu menapak mencari sinar cinta pada hubungan kita.. Apalah yang ada pada sebuah penyatuan dua hati dan dua jiwa ini.. Terasing di dalam dunia khayalan sendiri yang mengundang akan sakit tidak terperi..

Jika aku mampu melepaskan semua rasa dahulu hanya kerana ada kamu dan aku kini, mengapa amat susah dan sukar buat dirimu melepaskan jua kisah lama dan memberi sepenuh hati pada kita?


Jika aku jua kuat menidakkan bisikkan rasa cinta lama yang pernah terpahat dulu, mengapa kamu harus lagi menyimpan dengan kemas seolah cinta lama kamu adalah cinta teragung..

Mengapa harus lagi ada rasa bebanan yang lalu?

Sedangkan pada kamu, siapa aku sebenarnya layak di hati?

Sedangkan kamu adalah tanggunganku, mengapa biarkan noda terus terpalit?

Sedangkan aku pada kamu sewajarnya yang terutama selepas Allah SWT dan Rasul, mengapa tepikan saja taat dan patuh itu?


Bukan aku yang menjarakkan kita.. Bukan kerana aku, kamu terus melayani cinta derita.. Itu adalah pilihan kamu, untuk terus dalam khayalan tentang cerita lama.. Yang semakin lama semakin derita akan kenangan..

Berusahalah untuk redha di dalam setiap perkara, meskipun adakalanya rebahnya jiwa, tapi bangkitlah semula.. 

Bersedih itu tak salah, kerana itu lumrah.. Cuma jangan sampai menyalahkan ketentuan Allah.. Bersabarlah duhai hati, kerana sabar itu indah pada yang mengerti.. 
Mengapa amat susah dan sukar buat hati ini berhenti menyintai seseorang yang pernah hadir.. Seolah cuba menahan kerdipan mata ini berlaku.. Semakin lama menahan kerdipan mata, semakin akan terasa sakit yang memuncak..

****
Entry ini lebih fokus pada hubungan suami isteri di mana salah seorang pasangan ini, tidak mempunyai rasa sayang dan kasih pada yang sewajarnya.. Dan salah satu pihak cuba untuk bertahan dan bersabar hingga satu masa pun tak pasti..

Kerasa sabar itu pahit, dan penghujungnya pasti ada kemanisan..

Mungkin ada sambungan~



Comments
7 Comments

7 Orang Yang Prihatin:

Ratna Sang Ratu said...

x menjadi masalah bercinta slpas kawen..skiranya terjadi perkara begini janganlah pula menuding jari antara 1 sama yg lain..cubala cari jln penyelesaian yg tbaek.sy juga bercinta selepas kawen memandangkan jodoh dipilih pihak keluarga namun Alhamdulillah semakin bahagia dan harap senantiasa begini hendaknya..adapun konflik berlaku haruslah cpt diselesaikan dan jgn hanya ambil lewa shj.mgkn benar bg seorang wanita cinta nya terdahulu sukar utk dilupakan, nmn itu bukn alasan,skiranya dia sndiri x berusaha utk menerima n mengasihi suaminya..ingatlah setiap yg berlaku ada hikmahnya :)

Sunah Sakura said...

bercinta selepas nikah memang banyak dugaannya..tapi dugaan tu kalau pandai ditangani, insya'Allah cinta selepas nikah itu sangat banyak kemanisannya...

Mak Wardah said...

Salam kenal. Percintaan lebih menikah ada juga baik dan burknya tetapi terletak kepada sikap dan penilaian manusia itu sendiri. Ikhlaslah dalam menjalani hidup bersama pasangan.

lyda darus said...

Percintaan selepas bernikah tu byk dugaan dan cabaran .. Sebolehnya dua2 perlu memainkna peranan yg penting.. Tak bercint sebelum nikha tak bermakne takleh bercinta selepas nikah.. Usaha tu kena ade..

mahmud thalut said...

Assalamualaikum. Salam berkenalan.
Dasarnya iman dan mencari hikmah , adalah pembuka jalan untuk bercinta selepas nikah

mahmud thalut said...

Assalamualaikum. Salam berkenalan.
Dasarnya iman dan mencari hikmah , adalah pembuka jalan untuk bercinta selepas nikah

Aidilfitri Awaludin said...

Cantik penulisan ni.....terima kasih atas ingatan

Leasehold vs Freehold