Thursday, July 12, 2012

Jangan Kerana Cinta Lalu Memusnahkan Harapan



Hadapilah satu suratan atas sesuatu ke atas kita, dengan rasa bersyukur kerana diuji Allah SWT.. Siapalah kita menidakkan takdir buat kita.. Cuba dan mengerti akan perjalanan kita, syukuri apa yang ada kini.. Itulah letakkanya nilai murni kita sebagai Muslim sejati..

Kita di uji dan di duga dalam jarak perjalanan kehidupan kita, melihat bertapa utuhnya kekuatan iman di dalam jati diri..

Berhentilah menangisi sesuatu suratan yang berlalu.. Pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.. Usah dikenang salah lama.. Dan perkara yang lepas itu, takkan sama sekali berulang kembali.. Mustahil pada kita, hambaNya yang lemah mencari dan mengulangi, mengembalikan masa lalu untuk membetulkan kesalahan masa lampau..



Kita mencari akan satu perasaan yang sukar diterangkan.. Merasai dengan hanya kasih sayang yang ada.. Kita hilang akan diri kita sendiri.. Kita hanyut di dalam dunia ciptaan kita.. Ketenangan yang dicari, kebahagiaan yang telah hilang.. Jauh.. Dan terus alpa..

Kerana kehidupan kini lebih bermakna untuk menapak ke depan mencari bahagia..

Jika suatu masa nanti, tiada jodoh antara aku dan kamu.. Walau sedalam mana kuatnya cinta antara aku dan kamu.. Jika tidak tertulis antara aku dan kamu tidak ketemui jodoh.. Itulah perkara yang amat aku takuti.. Kerana mana mungkin dapat aku lepaskan separuh dari jiwaku..

Dan jika tiada jodoh antara aku dan kamu.. Harapanku kelak, agar aku punyai keazaman dan kekuatan untuk melepaskan kamu.. Melupakan kamu dan menerima takdirku dengan hati yang tenang dan rela.. Kerana ini tidak adil pada dia yang lebih berhak.. 

Dan aku jua mengharapkan kamu, dapat jua menerima kenyataan akan suratan atas kita.. Mohon agar lepaskan jua aku perlahan lahan.. Jangan cuba memulakan lagi kisah percintaan kita dulu, kerana itu hanya akan memberi ruang kehinaan pada kita.. 

Di saat kita berhenti dan melepaskan rasa cinta yang hadir pada seseorang bukan bererti kita sudah lelah dan penat.. Tapi kerana bertapa dalamnya cinta itu pada dia, kita tahu tak mungkin akan bersama.. Kita sedari bahagia itu tidak mungkin seiring dengan pilihan kita..

Jika malam itu terus suram, usahlah terlalu merasakan sedih dan berputus harap.. Kerana di akhir gelap itu, sinar mentari akan jua menerangi.. Jika hati itu telah dikecewakan, usahlah terlalu merasakan sedih dan berputus harap.. Kerana pasti akan ada jua, kasih akan bertaut.. Usahlah tercari cari dan ternanti nanti siapa cinta kita kerana pasti akan ada siapa jodoh kita..

Hadapilah dengan senyuman.. Walau di dalam masih tersirat derita atas suratan lalu, sekurang kurang kita masih ada iman.. Dan percaya yakinlah, kita hanyalah hambaNya.. Kita hanyalah merancang.. Tapi sebaik baik perancangan dari Allah

Sedalam kita merasakan cinta pada seseorang dan dengan rela memberi rasa pada dia namun jika masih memeluk tubuh seakan mengharap belaian kasih darinya akan kunjung tiba tanpa ada sebarang usaha itu adalah angan angan kosong yang mungkin tidak akan tercapai..

Hingga suatu masa jua akan kecundang di balik seribu sesesalan jika tiada tindakan dan penghayatan tentang ertinya cinta..

Dan jika masih memberi ruang di hati dengan mengingati kisah cinta lalu, pasti akan ada jua kesan kesan pada hati kita.. Tanpa kita sedari kita telah menyakitkan hati dia insan lain yang lebih berhak ke atas kita..

Kerana cinta lalu, telah berlalu.. Hargailah dia yang ada kini..

Sementara aku masih punyai rasa cinta dan sayang padamu lagi, hargailah aku.. Bukalah hatimu untuk menerimaku seadaanya.. Lembutkan hatimu untuk menyayangi seperti mana aku membuka ruang hatiku untuk menerimamu jua..

Jika kamu punyai kisah cinta lalu, jangan kamu terlupa aku jua punyai kisah cinta lama.. Namun kini, hanya yang ada kini cuma aku, kamu dan cinta kita 




***
P/S Belum ada sambungan lagi untuk entry Masih Menyintai Kekasih Lama - Part 1 .. Bukan terlupa, tapi terlalu sibuk.. Tapi sempat pula up entry cerita lain.. 



Comments
7 Comments

7 Orang Yang Prihatin:

Rara said...

hmmm..
tengs 4 sharing :)

Unknown said...

nice entri....sy mmg sgt bsyukur ats pe yg sy miliki skang...hmpir ilang smangat dlu..tp Allah akn berikn kbhgiaan kpd stiap insan yg bkhndakkan bhgia itu :)..Alhamdulilah

Nor'aen said...

"hadapi dengan senyuman...."
easy to say it than accomplish it, but agreed with you... perancangan Allah itu lebih baik..insyaAllah, sentiasa mengadu kepadaNya :)

great sharing & nice blog!
visit mine too :)

shesaj.blogspot.com

Unknown said...

nice entry =) .. harap akam menjadi lebih positif selepas membaca entry ini . hurmm.

QiQi NuriraQ said...

selamat menyambut bulan puasa kpda smua umat muslim ;))

Nong Andy said...

masih menanti sambungan ;D

salam ramadan :D

*sila la tolong wife panaskan makanan sahur hehe...

Qaseh Qhaleesh said...

like it so much :))

memang kene dengan situasi cik Qaseh sekarang . tak boleyh lupakan kisah lama dan terasa macam duduk dalam bayangII cinta dulu . tapi yakin pada Allah , Dia dah cipta yang terbaek untuk semua hambanya ..

# nice entry :))