Hadapilah satu suratan atas sesuatu ke atas kita, dengan rasa bersyukur kerana diuji Allah SWT.. Siapalah kita menidakkan takdir buat kita.. Cuba dan mengerti akan perjalanan kita, syukuri apa yang ada kini.. Itulah letakkanya nilai murni kita sebagai Muslim sejati..
Kita di uji dan di duga dalam jarak perjalanan kehidupan kita, melihat bertapa utuhnya kekuatan iman di dalam jati diri..
Berhentilah menangisi sesuatu suratan yang berlalu.. Pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.. Usah dikenang salah lama.. Dan perkara yang lepas itu, takkan sama sekali berulang kembali.. Mustahil pada kita, hambaNya yang lemah mencari dan mengulangi, mengembalikan masa lalu untuk membetulkan kesalahan masa lampau..
Kita mencari akan satu perasaan yang sukar diterangkan.. Merasai dengan hanya kasih sayang yang ada.. Kita hilang akan diri kita sendiri.. Kita hanyut di dalam dunia ciptaan kita.. Ketenangan yang dicari, kebahagiaan yang telah hilang.. Jauh.. Dan terus alpa..
Kerana kehidupan kini lebih bermakna untuk menapak ke depan mencari bahagia..
Jika suatu masa nanti, tiada jodoh antara aku dan kamu.. Walau sedalam mana kuatnya cinta antara aku dan kamu.. Jika tidak tertulis antara aku dan kamu tidak ketemui jodoh.. Itulah perkara yang amat aku takuti.. Kerana mana mungkin dapat aku lepaskan separuh dari jiwaku..
Dan jika tiada jodoh antara aku dan kamu.. Harapanku kelak, agar aku punyai keazaman dan kekuatan untuk melepaskan kamu.. Melupakan kamu dan menerima takdirku dengan hati yang tenang dan rela.. Kerana ini tidak adil pada dia yang lebih berhak..
Dan aku jua mengharapkan kamu, dapat jua menerima kenyataan akan suratan atas kita.. Mohon agar lepaskan jua aku perlahan lahan.. Jangan cuba memulakan lagi kisah percintaan kita dulu, kerana itu hanya akan memberi ruang kehinaan pada kita..
Hingga suatu masa jua akan kecundang di balik seribu sesesalan jika tiada tindakan dan penghayatan tentang ertinya cinta..
Dan jika masih memberi ruang di hati dengan mengingati kisah cinta lalu, pasti akan ada jua kesan kesan pada hati kita.. Tanpa kita sedari kita telah menyakitkan hati dia insan lain yang lebih berhak ke atas kita..
Kerana cinta lalu, telah berlalu.. Hargailah dia yang ada kini..
Sementara aku masih punyai rasa cinta dan sayang padamu lagi, hargailah aku.. Bukalah hatimu untuk menerimaku seadaanya.. Lembutkan hatimu untuk menyayangi seperti mana aku membuka ruang hatiku untuk menerimamu jua..