Friday, June 1, 2012

Tanpa Keberanian Cinta Takkan Menjadi Kenyataan

Jatuh cinta pada seseorang kadang hanya mengambil masa yang sekejap sahaja.. Kadang seketika membuatkan kita sedar yang kita telah jatuh hati padanya..

Jatuh cinta pada kenalan yang rapat kadang membuatkan hati dan perasaan gundah gulana sepanjang masa.. Membuatkan kita duduk tidak senang dan ingin saja mencari alasan untuk sentiasa bersama..




Perasaan cinta yang hadir tidak mengenal siapa.. Jatuh cinta pada seseorang mungkin itu kadang tidak kita minta.. Hadir satu bentuk rasa yang membuak buak di dalam dada seolah satu bebanan yang di tanggung.. Rasa cinta itu begitu dalam dan kita sendiri tidak mampu menidakkan kehadirannya..

Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan.. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran.. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di miliki lain.. Tetapi tak usahlah kecewa, walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa.. Jadi bercintalah sepenuh hati.. Namun jangan letakkan harapan terlalu tinggi 

Dan kerana ada perasaan aneh bila betentang mata.. Jantung berdegup kencang seolah baru sahaja berlari sepuas puas.. Rasa berdebar seakan jantung tidak tahu bergerak perlahan lahan..


Dan dalam meniti hari hari yang berlalu seakan pelangi senja berlabuh menghiasi bumi hijau.. Riang rasanya hati dapat berdampingi dan bersama sama.. Perbagal alasan di buat buat untuk selalu bersama.. Kadang merimaskan dia..

Adakah perlu ada satu kekuatan untuk meluahkan rasa itu? Adakah perlu untuk nyatakan perasaan cinta yang hadir.. Inilah persoalannya..

Ramai yang merasakan malu akan diri sendiri memperjuangkan rasa yang hadir untuk dinyatakan pada insan yang dirasakan cinta itu.. Mungkin kerana belum ada satu azam yang kuat dalam diri mnejelaskan apa yang dipendam..

Mengapa harus takut dan segan pada satu hakikat rasa cinta yang membara? Mengapa harus di sisihkan nilai harganya perasaan yang suci itu dan terus memendam rasa di dada..

Jangan terus menipu diri sendiri sedangkan hari harimu didalam bayangan si dia yang terus menjelma.. Beranikan diri sendiri dalam mencari cinta hidup kamu..

Memang menyakitkan hati dan memedihkan perasaan bila cinta yang di hadir di tolak oleh seseorang.. Namun lebih menyakitkan hati dan lebih memedihkan perasaan bila apa yang di rasakan cinta itu, tiada kekuatan akan diri menyatakan cinta padanya

Perjalanan hidup kita masih jauh dan panjang.. Perlukan keberanian untuk memperjuangkan cinta yang hadir itu.. Dan jika tidak dihargai dan di tolak, sekurang kurangnya kita masih ada maruah yang tinggi.. Mempunyai kekuatan bukan dayus yang ada..

Lebih baik kita berterus terang dari memendam rasa yang semakin hari kita rasakan semakin sakit di dalam dada.. Memendam rasa seakan tiada siapa yang mengerti soal hati.. Padahal diri sendiri tiada kasih pada hati, menyalahkan keadaan mengapa cinta tiada..

Nyatakan cinta itu apabila kamu pasti rasa yang hadir adalah cinta dan bukan bisikkan nafsu yang mengoda.. Dan nyatakan cinta itu jua apabila kamu yakin dan pasti kamu telah melakukan beberapa langkah dalam mengenal pasti hati budi si dia..


***

Semakin kurang up entry.. Agak sibuk bersama keluarga dan sibuk dengan kerja..



Comments
8 Comments

8 Orang Yang Prihatin:

reenapple said...

Ah... ini dekat dengan aku. Terlalu. Aku suka dia, namun dia sudah punya seseorang yg buat dia gembira dan aku tak sanggup hancurkan kegembiraan dia, bagi aku, lagi baik aku yg kecewa dari melihat hubungan bahagia hancur.

Yaa... ia perit sebenarnya memendam rasa, tapi satu hari nanti, aku jamin aku akan dapat lupakan dirinya waalau terlampau banyak masa yang diperlukan sebab aku yakin dia seperti yang kau kata, hanyalah satu pengalaman utuk aku.. =)

Iffah Afeefah said...

kadang berani itu tertanam di dalam

lagi2 buat si perempuan

mungkin terlalu introvert utk luahkan

azri johan said...

agree with this :3

Nong Andy said...

"mengapa harus takut dan segan pada satu hakikat rasa cinta yg membara"

bestnya ayat ni encik Angah. mohon pinjam lain kali.

" jatuh cinta pada seseorang kadangkala memerlukan masa yg sekejap sahaja" so true..

*wah.. follower En. Angah dah smpai 8K++ :D

Orang Bukan Hantu said...

Sangat betul!

Ramai memendam rasa kerana takut kecewa tapi belum cuba belum tahu.

ismi nurash said...

kadang,menjadi tak berani itu kerana sudah tahu akan ditolak...

leocico's villa said...

Slme brthun xsdari kwn sndri mmndam prasaan pd dri ni.. Slme brthun dia cba smbnyikn n ak sndri xpnh thu n xpnh dpt mmbca ape y dia rasa..shggalh suatu msa dia mluahkn sglnya..p sglnya trlmbt sbb dia sdh punya kksih ati..iaitu kwn ak sndri..tpi bginya ak ttp y tratas..perlukh ak mnerima dia sdngkan dia sndri trpksa mnjga ati n prasaan kksihnya? Di lema...;(

azrean said...

Like.bkn senang nk mencari keberanian tu.kne selak dlm2 keberanian tu dlm diri kita sendiri.