Jatuh cinta pada seseorang kadang hanya mengambil masa yang sekejap sahaja.. Kadang seketika membuatkan kita sedar yang kita telah jatuh hati padanya..
Jatuh cinta pada kenalan yang rapat kadang membuatkan hati dan perasaan gundah gulana sepanjang masa.. Membuatkan kita duduk tidak senang dan ingin saja mencari alasan untuk sentiasa bersama..
Perasaan cinta yang hadir tidak mengenal siapa.. Jatuh cinta pada seseorang mungkin itu kadang tidak kita minta.. Hadir satu bentuk rasa yang membuak buak di dalam dada seolah satu bebanan yang di tanggung.. Rasa cinta itu begitu dalam dan kita sendiri tidak mampu menidakkan kehadirannya..
Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan.. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran.. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di miliki lain.. Tetapi tak usahlah kecewa, walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa.. Jadi bercintalah sepenuh hati.. Namun jangan letakkan harapan terlalu tinggi
Dan kerana ada perasaan aneh bila betentang mata.. Jantung berdegup kencang seolah baru sahaja berlari sepuas puas.. Rasa berdebar seakan jantung tidak tahu bergerak perlahan lahan..
Dan dalam meniti hari hari yang berlalu seakan pelangi senja berlabuh menghiasi bumi hijau.. Riang rasanya hati dapat berdampingi dan bersama sama.. Perbagal alasan di buat buat untuk selalu bersama.. Kadang merimaskan dia..
Adakah perlu ada satu kekuatan untuk meluahkan rasa itu? Adakah perlu untuk nyatakan perasaan cinta yang hadir.. Inilah persoalannya..
Ramai yang merasakan malu akan diri sendiri memperjuangkan rasa yang hadir untuk dinyatakan pada insan yang dirasakan cinta itu.. Mungkin kerana belum ada satu azam yang kuat dalam diri mnejelaskan apa yang dipendam..
Mengapa harus takut dan segan pada satu hakikat rasa cinta yang membara? Mengapa harus di sisihkan nilai harganya perasaan yang suci itu dan terus memendam rasa di dada..
Jangan terus menipu diri sendiri sedangkan hari harimu didalam bayangan si dia yang terus menjelma.. Beranikan diri sendiri dalam mencari cinta hidup kamu..
Memang menyakitkan hati dan memedihkan perasaan bila cinta yang di hadir di tolak oleh seseorang.. Namun lebih menyakitkan hati dan lebih memedihkan perasaan bila apa yang di rasakan cinta itu, tiada kekuatan akan diri menyatakan cinta padanya
Perjalanan hidup kita masih jauh dan panjang.. Perlukan keberanian untuk memperjuangkan cinta yang hadir itu.. Dan jika tidak dihargai dan di tolak, sekurang kurangnya kita masih ada maruah yang tinggi.. Mempunyai kekuatan bukan dayus yang ada..
Lebih baik kita berterus terang dari memendam rasa yang semakin hari kita rasakan semakin sakit di dalam dada.. Memendam rasa seakan tiada siapa yang mengerti soal hati.. Padahal diri sendiri tiada kasih pada hati, menyalahkan keadaan mengapa cinta tiada..
Nyatakan cinta itu apabila kamu pasti rasa yang hadir adalah cinta dan bukan bisikkan nafsu yang mengoda.. Dan nyatakan cinta itu jua apabila kamu yakin dan pasti kamu telah melakukan beberapa langkah dalam mengenal pasti hati budi si dia..
***
Semakin kurang up entry.. Agak sibuk bersama keluarga dan sibuk dengan kerja..