Wednesday, June 13, 2012

Kita Belajar Akan Sesuatu

Sedalam kita merasakan cinta pada seseorang dan dengan rela memberi rasa pada dia namun jika masih memeluk tubuh seakan mengharap belaian kasih darinya akan kunjung tiba tanpa ada sebarang usaha itu adalah angan angan kosong yang mungkin tidak akan tercapai..

Hingga suatu masa jua akan kecundang di balik seribu sesesalan jika tiada tindakan dan penghayatan tentang ertinya cinta..


Kerana jodoh itu luas pengertiannya



Bila cinta yang dijaga dengan belaian manja bertahun lamanya terputus di tengah jalan, membuat seseorang itu hilang separuh jiwanya.. Meratap pergi kisah amat berharga di dalam dunia hidupnya berlalu sepi dan pergi meninggalkan luka yang dalam..

Namun, sekuat mana kita berusaha dan memujuk akan rayu agar cinta itu berbalas, jika tiada tertulis akan jodoh itu di atas kita antara dia.. Pasti tidak akan merujuk pada cinta.. Hanya memandang sepi, mengalir air mata kekecewa tanpa ada kekuatan di dalam diri di dalam mempersiapkan diri dari terus menanti harapan..
Dan sebesar mana pun kita mencintai seseorang juga tidak akan bermakna apa apa jika tanpa sentuhan dari cintaNya.

Jika derita akan menjadi masa lalu, mengapa harus dijalani dengan sepedih rasa, sedang ketegaran akan lebih indah untuk dikenang nanti.. Jika kesedihan akan menjadi masa lalu, mengapa tidak dinikmati saja, sedangkan ratap dan tangis tak akan merubah apapun.. Jika kesalahan akan menjadi masa lalu, mengapa harus tenggelam didalamnya, sedangkan berubah itu lebih utama.

Biarlah seluruh alam ini membantu kamu untuk mendekatkan kamu dengan dia insan yang dambakan, namun jika tiada jodoh pasti tidak akan tercapai.. Dan begitulah sebaliknya, biarlah seluruh alam menghalang jodoh itu antara kamu dan dia, namun telah tertulis jodoh itu ada.. Pasti akan ada jua.. Dengan izinNya

Sekukuh apa pun kita terus mencuba mencintai seseorang dan inginkan bersamanya, tak akan pernah bersatu tanpa restu dariNya.. Sejauh manapun perjalanan hidup kita, akan datang masanya kita akan dijemput jua..

Ya Allah.. Ya Robbi
Engkau berikan kami cinta, namun kami takut tak mampu menjaganya kerana kami insan biasa.. Maka kami kembalikan cinta ini dalam penjagaanMu..
Kami tak ingin cinta itu menjadi lemah kerana kami hanyalah hambaMu yang lemah..
Dan kami yakin dalam penjagaanMu.. Cinta itu akan terjaga kekuatannya kerana Engkaulah Maha Perkasa.
Waktu yang sedikit tak bermakna tiada Cinta.. Kurangnya perhatian bukan bermakna pudarnya Cinta.. Kadang diam membisu bukan tak Cinta.. Hati yang terluka bukan bermakna tiada pula Cinta.
Indahnya kehidupan ini bila ketenangan hati itu menjadi milik kita.. Kegelisahan dan kegusaran jiwa itu tiada, hanya yakin pada ketentuan dariNya.. Hidup kita sedetik cuma, jika hendak menyesali perjalanan kehidupan ini dengan meratap sayu pada cinta sesama manusia..

 ***
Entry ini diterang secara umum.. Tidak fokus pada soalnya..



Comments
8 Comments

8 Orang Yang Prihatin:

Umie Naziera said...

subhanallah,sy sgt merindui dya

jaY said...

Btol angah, aku dah puas berusaha.. Jelas rasa ini tidak berbalas..jadi ku pulangkan cinta ini kpd-Nya.
Semoga dia berbahagia disana & bertemu cinta sejati.
Aku da puas lalui hidup yg berliku..harapan utk merasa bahagia dgn dia mungkin tiada tertulis utk aku.

jaY said...

Btol angah, aku dah puas berusaha.. Jelas rasa ini tidak berbalas..jadi ku pulangkan cinta ini kpd-Nya.
Semoga dia berbahagia disana & bertemu cinta sejati.
Aku da puas lalui hidup yg berliku..harapan utk merasa bahagia dgn dia mungkin tiada tertulis utk aku.

Aishah Jahirah said...

ye sangat luas pengertian jodoh...kadang2 kita tak jangka...

En. Beyazid said...

Salam perkenalan. Blog saya masih baru lagi. Harap dapat support blog saya dgn jd follower saya. Saya dah follow blog ni =)


http://apelak.blogspot.com/2012/06/mari-jadi-jiran-blog-saya.html

Nong Andy said...

Sesekali terkenang jua orang yang pernah bertakha di hati suatu masa dulu.. adakah dia sudah temui bahagia. sebagaimana ku temui jodoh hidupku.. kerana aku pernah sayang dia, maka ku doakan moga dia bahagia.

[PCL] said...

pusing kut mana pong , kalu dah jodoh pasti ketemu dan bersatu jua..

lifferiesmzlife said...

Emm .. apa pun erti cinta itu .. semuanya bergantung pada corak pemikiran yang kita bentuk ,, kadangkala .. apa yang kita faham dengan erti cinta itu tidak sama dengan si dia .. mungkin agak berbeza, pelik @ unik .. persoalannya mampukah perbezaan ini memupuk rasa cinta????????