Hingga suatu masa jua akan kecundang di balik seribu sesesalan jika tiada tindakan dan penghayatan tentang ertinya cinta..
Kerana jodoh itu luas pengertiannya
Namun, sekuat mana kita berusaha dan memujuk akan rayu agar cinta itu berbalas, jika tiada tertulis akan jodoh itu di atas kita antara dia.. Pasti tidak akan merujuk pada cinta.. Hanya memandang sepi, mengalir air mata kekecewa tanpa ada kekuatan di dalam diri di dalam mempersiapkan diri dari terus menanti harapan..
Dan sebesar mana pun kita mencintai seseorang juga tidak akan bermakna apa apa jika tanpa sentuhan dari cintaNya.
Jika derita akan menjadi masa lalu, mengapa harus dijalani dengan sepedih rasa, sedang ketegaran akan lebih indah untuk dikenang nanti.. Jika kesedihan akan menjadi masa lalu, mengapa tidak dinikmati saja, sedangkan ratap dan tangis tak akan merubah apapun.. Jika kesalahan akan menjadi masa lalu, mengapa harus tenggelam didalamnya, sedangkan berubah itu lebih utama.
Biarlah seluruh alam ini membantu kamu untuk mendekatkan kamu dengan dia insan yang dambakan, namun jika tiada jodoh pasti tidak akan tercapai.. Dan begitulah sebaliknya, biarlah seluruh alam menghalang jodoh itu antara kamu dan dia, namun telah tertulis jodoh itu ada.. Pasti akan ada jua.. Dengan izinNya
Engkau berikan kami cinta, namun kami takut tak mampu menjaganya kerana kami insan biasa.. Maka kami kembalikan cinta ini dalam penjagaanMu..
Kami tak ingin cinta itu menjadi lemah kerana kami hanyalah hambaMu yang lemah..
Dan kami yakin dalam penjagaanMu.. Cinta itu akan terjaga kekuatannya kerana Engkaulah Maha Perkasa.
Waktu yang sedikit tak bermakna tiada Cinta.. Kurangnya perhatian bukan bermakna pudarnya Cinta.. Kadang diam membisu bukan tak Cinta.. Hati yang terluka bukan bermakna tiada pula Cinta.Indahnya kehidupan ini bila ketenangan hati itu menjadi milik kita.. Kegelisahan dan kegusaran jiwa itu tiada, hanya yakin pada ketentuan dariNya.. Hidup kita sedetik cuma, jika hendak menyesali perjalanan kehidupan ini dengan meratap sayu pada cinta sesama manusia..
***
Entry ini diterang secara umum.. Tidak fokus pada soalnya..