Tuesday, May 1, 2012

Sabar Dan Tabah Tika Diri Diduga dan Diuji

Di dalam rencah kehidupan ini, pelbagai dugaan dan cabaran di dalam mewarnakan nilai nila pengertiaan kita.. Ada kalanya kita di uji dengan bermacam macam cara.. Ada tikanya dugaan itu datang bersilih ganti..

Kadang kita terasa sempitnya waktu dan hilangnya arah tuju takkala sesuatu perkara itu menghampiri dan menghempas pada diri kita.. Kita menjadi takut dan hilang arah diri.. Apalah yang ada pada kita, jika kita tidak mampu menghadapi saat saat kesusahan dan kesulitan itu?


Tika kita di duga dengan ujian yang kadang kita rasakan tidak mampu untuk hadapi, sering kita mengeluh dan menyalahkan mengapa semua ini berlaku.. Setiap perjalanan kehidupan kita tidak sama dengan orang lain.. Kesabaran dan ketabahan dalam diri kita seharusnya menjadi pegangan dan percaya yakin pada iman, kita di uji dan di duga untuk memperlihatkan sejauh mana kekuatan di dalam diri kita.. Adakah kita sabar? Sesungguhnya Allah SWT bersama dengan hambaNya yang sabar..

Kita tidak dapat ulang masa silam untuk memungkinkan bahagia masa depan, kita belajar dari kesusahan untuk menapak mencapai bahagia..

Kita sering mahukan hari yang cerah tapi Allah mengetahui, hakikatnya hujan perlu diturunkan.. Kita sering inginkan keseronokkan, jauh sekali kesusahan tetapi Allah lebih mengetahui, kesusahan itu mengajar erti kehidupan.. Kita sering inginkan ketenangan, hakikatnya diri penuh dosa dan kejahatan kerana manusia tidak dapat lari dari kesilapan.. Semuanya bukan hukuman, tapi sebagai tanda kasih sayang Tuhan agar kita lebih tabah.. Itulah ujian dan dugaan dariNya pada hambanya untuk mengenal erti kesabaran..

Cinta itu ialah bila kita memandangnya, tiada jemu hadir menyapa.. Bila kita teringat akannya, rindu itu amat kuat menggamit rasa dan bila dia sakit, luruh segala rasa kerana risau akan dirinya..Cinta kita akan tetap kekal bersama untuknya..

Namun jika jodoh itu tiada, benarkan rasa hati melepaskan perlahan lahan cinta itu..


Menyuruh orang lain bersabar dengan musibah adalah mudah, namun apabila ujian dan dugaan terpikul di bahu sendiri, hakikatnya ia sungguh payah.. Sebagai hamba Allah, kita tidak dapat lari dari ujian dan dugaan yang meremuk redamkan hati kita dengan kekecewaan dan kesedihan.. Sudah lumrah manusia untuk merasa sedih dan kecewa..

Lain orang lain cara menanganinya.. Ada yang menzahirkan kekecewaan dengan airmata yang mencurah, ada yang berlawan dengan keegoan dan ada juga yang menangis di dalam hati, meskipun bibirnya tersenyum lebar..

Menangis dan sedih bukanlah bererti kita hilang harapan.. Jauh sekali untuk menjadikan kita putus asa dengan rahmat Tuhan.. Sesekali menangis, hati kita akan bangkit sedar bahawa kita hanyalah hambaNya yang lemah dan kerdil.. Sesekali menangis, jiwa kita dididik dengan indahnya sabar dan redha... Sesekali menangis, percayalah bukan Allah tidak tahu hancur dan luluhnya hati kita menanggung kecewa dan sedih, tetapi Dia mahu kita rapat padaNya, lantaran hati hati sebeginilah yang lebih lunak dan lembut beribadat kepadaNya

Setelah kita jatuh dan terluka, bangkitlah semula melangkah.. Namun, jika kita jatuh tersungkur dan sukar untuk bangun, percayalah sinar harapan tetap ada.. KasihNya sentiasa dekat, cuma kita yang selalu alpa dan lalai..

Yakinlah, Allah tidak menciptakan sesuatu ujian atau bencana itu, hanya dengan sia-sia.. Pasti terdapat hikmah di sebalik peristiwa yang menimpa..

****
Nota
Bersabarlah duhai jiwa jiwa yang sedang diuji.. Kadang kita mampu untuk menghadapi keseorangan sesuatu permasalahan yang tiba.. Apa yang ada pada kita? Tabah dan sabar adalah pengubat jiwa jiwa yang sedang getir hadapi ujian.. Berusaha.. Berdoa dan bertawakkal pada Allah SWT..




Comments
6 Comments

6 Orang Yang Prihatin:

Sunah Sakura said...

alhamdulillah...saya percaya di hujung kesabaran ini kelak akan ada sinar yang menanti...insya'Allah...

ismi nurash said...

salam angah..sy singgah lg..setepek kena kat dahi entri ni..anything happen for reason..jom bw here www.ismiilhani.blogspot.com ..ade entri bru..

Eera Shera said...

ada hikmah ape yg berlaku..sbr la wahai hati yg diuji ;)

Mazmikh said...

Pujuk hati sentiasa bersabar dan yakin sesuatu yg berlaku pasti ada hikmahnya..

switmum said...

Sabar adalah ubat jiwa yg paling mujarab

qeubechsierra said...

cintailah DIA agar DIA hadirkan cinta buat kita...