Monday, April 30, 2012

Cinta Itu Bukan Mengikut Hawa Nafsu

Kita hanya mungkin menyintai seseorang dan bertemu jodoh dengan orang yang kita cintai.. Dan hanya mungkin itu adalah perancangan, impian di setiap pasangan pasangan yang bercinta.. Namun kita hanya merancang dan mencari jalan untuk mencapai.. Dan sebaik baik perancangan itu adalah dariNya..

Kadang percintaan itu tidak melalui perjalanan yang seindah yang diingini.. Ada cerita duka dan derita.. Dan amat beruntunglah pada mereka mereka yang punyai kisah cinta hingga ke akhir hayat.. Setiap halangan dan dugaan hadapi bersama sama..

Kita yang masih tidak menerima sebuah hakikat
Dan bila terjadinya takdir dan ketentuan dan keinginan yang tidak selari dengan apa yang diimpikan, kita asyik menyalahi takdir dan menyesali setiap apa yang berlaku.. 

Dan bila terjadinya sebuah perkahwinan itu bukan atas dasar cinta dan dibina tanpa ada asas kasih dan sayang.. Mereka diuji dengan nilai nilai tanggungjawap dan igauan masa lampau dan kadang membuatkan bergoyangnya pendirian yang seharusnya kuat dan benar..
Dan bila satu tika nanti aku sudah tiada, tercari cari kamu entah masih punyai rasa.. Dan mungkin bila sampai satu masa, aku sudah letih, hilang akan diri..
Semalam adalah cerita antara aku dan kamu.. 
Hari ini, telah tamat kisah cerita aku dan kamu.. Kerana telah terpisahnya antara kita.. Dan amat perit terasa ertinya cinta bila kita tidak lagi bersama.. Kita bersama sama dahulu menikmati bahagianya erti cinta.. 

Kamu jua mengajar aku erti rindu.. Erti rasanya rindu yang teramat sangat.. Hingga kadang menyesakkan dalam dakap dada, satu rasa hanya ingi ketemu.. Dan melihat senyuman dari raut wajahmu.. Dan memandang lirikan sinar matamu..
Kita bersama sama dahulu, hanya untuk mengenal erti bahagianya bercinta.. Dan kita melewati hari hari dengan penuh kasih dan sayang.. Mana ada kamu, disitu jua aku ada..

Dan bila ada rajukku, hanya mahu manjamu.. Kamu datang dengan seribu pujukan.. Walau kadang aku merasakan amat beban pada kamu.. Tapi tanpa jemu, kamu selalu ada melayani karenahku..

Namun kini, cerita aku dan kamu sudah berakhir..
Dan hari ini juga, kisah kita telah tamat akan bahagianya.. Kita hanya bertemu dan bersama sama untuk seketika.. Dan jodoh kita tiada.. Kita berpisah dengan nyata.. Sakit dan pedih.. Seolah tiada lagi akan cahaya.. Gelapnya jalan itu, membuatkan aku semakin longlai untuk terus melangkan.. Sungguh aku rindukan kamu..

Berpisah kita bukan kerana kita tidak lagi merasakan cinta.. Berpisah kita, kerana jodoh antara aku dan kamu tiada.. Berpisah kita, kerana aku dan kamu ditakdirkan tidak ketemui jodoh..

Seolah olah tiada adil pada kita, kerana bukankah sewajarnya bila saling menyintaim akan saling memiliki.. Itulah yang selalu berada di fikiranku kini..

Kini, aku punyai dia, dan kamu punyai dia..
Walau kita tidak lagi bersama sama.. Namun di dalam hatiku, masih ada kamu.. Masih ada lagi kamu.. Dan aku amat rindukan kita.. Kita satu ketika dulu.. Aku seolah tidak percaya perpisahan kita..

Dan aku tahu, kamu jua masih merasakan apa yang ku rasa.. Kita masih lagi berhubung secara rahsia walau kadang merasakan tidak wajar.. 

Walau aku sudah punyai dia.. Dan kamu jua punyai dia.. Namun cinta itu ada pada kita

Aku dan kamu semakin jauh dari realiti dan mendekati pada yang salah.. Cinta Itu Bukan Mengikut Hawa Nafsu..

Bercinta dengan orang lain, tapi ketemui jodoh dengan orang lain.. Walau siapapun jodoh kamu, wajib atas kamu bersyukur dan menghargai siapa jodoh kamu.. Tanamkan rasa sayang dan kasih itu agar cinta itu hadir.. Bukannya menyesali atas takdir Allah di atas siapa jodoh kamu dan masih menyintai orang lain yang bukan halal dan berhak atas kamu.. 

Nota
Penulis cuba mengambarkan suasana kisah terlarang di mana yang halal pada pasangan itu tidak langsung punyai rasa.. Masih dambakan cinta lama dan mengikut hawa nafsu.. 

Pada penulis, cinta ini hanya merugikan dan merumus kepada kehancuran.. Kerana amatlah tidak wajar bila cinta itu diagungkan dan diabadikan sedangkan jodoh itu telah nyata tiada pada pasangan itu.. Tapi masih tidak berpijak pada dunia nyata..

Akan ada sambungan.. 
Dan kini, doakan saja untuk cerita antara kamu dan dia, dan doakan saja kebahagiaan bersama..



Comments
2 Comments

2 Orang Yang Prihatin:

Umie Naziera said...

like this entry..

k!m-@r@ said...

cinta dengan manusia tidak seindah cinta dengan pencipta kita..