Tuesday, April 3, 2012

Di saat tika dambakan cinta semalam

Dan kerana masih lagi di dalam igauan kisah semalam, janganlah kamu menutup pintu hati kamu pada insan yang lain yang masih lagi sudi menghulurkan belaian kasih.. Kerana ini tidak adil pada diri kamu sendiri.. Kerana ini tidak adil pada soal hati kamu sendiri.. Sedangkan berpisah itu telah nyata, cubalah untuk terima cinta baru..

Mereka melihatnya baik baik saja.. Sedangkan gelora jauh hingga ke dasar.. Mereka memandangnya seolah tiada akan duka tapi pada hal sebenarnya penuh dengan derita

Hati ini selalu sepi, kerana tiada siapa yang seakan mengerti apa rasa yang amat di dambakan.. Hati ini semakin layu seolah tiada lagi kiasan yang sudi untuk merawatnya.. Dan semakin lama semakin hati ini rasakan amat pedih dengan luka semalam.. 
Dan hal yang paling menyedihkan di dalam sebuah perhubungan apabila seseorang yang kamu cintai, sebenarnya tidak bahagia bila bersama kamu..
Kerana cinta itu bukan segala galanya.. 
Seharusnya kita tidak sepatutnya menjadi hamba kepada cinta.. Menjadi begitu taksub dan dambakan kepada rohaninya cinta sesama insan.. Kerana hadir rasa cinta itu bersebab.. Datangnya rasa cinta itu dengan izinNya.. Dan kadang kita akan terus menyalahkan keadaan mengapa dan kenapa terjadi sedemikian pada kita.. Sedangkan matlamat dalam percintaan bukannya berakhir dengan kekecewaan namun Allah lebih mengetahui apa yang terbaik pada hambaNya..

Dan janganlah kita menjadi insan yang kolot dan tidak mempunyai akal yang panjang.. Kebahagiaan kita bukannya terletak pada si dia, insan yang menghancurkan kita.. Atau pada si dia, insan yang tidak menerima cinta kita.. Kerana cinta itu tidak buta.. Tapi yang butanya mata kita dan hati yang selalu inginkan satu impian dan angan angan yang tak sudah sudah..

Mengapa kita perlukan cinta? Kerana itulah naluri kita ingin kasih dan sayang sesama insan lain.. Bagaimana akan terjadi jika cinta tidak lagi bermakna pada kita? Kerana sering kita salah dalam menilai sesuatu hubungan yang kita kadang rasakan jika si dia kita miliki maka kita akan bahagia.. Siapa si dia sedangkan jodoh itu tiada pada kamu?

Di saat tika dambakan cinta semalam..
Seharusnya kita paham, jika si dia tidak bersama kita, tidak semestinya kita tidak layak memiliki bahagia.. Kerana bahagia kita bukan hanya terletak pada cinta yang kita dambakan.. Kadang bahagia kita pabila kita masih lagi mengukir senyuman yang ikhlas dan berkata bahagia walaupun si dia bukan milik kita.. Kerana bahagia kita tidak semestinya bersama si dia..

Jauh lagi kita masih terkenang pada satu raut wajah yang dulu pernah mengetarkan jiwa, yang satu masa dulu pernah membuatkan hati kita lemah dan menangis pada rindu yang dalam.. Dan kita masih lagi mengharap semua yang berlalu cuma sepotong mimpi ngeri.. Sedangkan pada hakikatnya masih kita tidak dapat menerima satu kenyataan yang telah tersirat.. Dan tersuratnya, bahagianya dalam bercinta itu melepaskan cinta yang berlalu pergi dengan kerelaan dan berdoa kebahagiaan masing masing..

Aku mencari bukan yang terbaik padaku, tapi cukuplah kamu yang menerima diriku seadanya..
Jika benar dia adalah yang terbaik untukku, satukan aku dan dia hingga ke akhir hayat kami.. Jika dia tercipta untukku, kekalkan rasa sayang kami hingga akhir nafas kami.. Dan dekatkan hatiku dengn hatinya.. Andai telah ditakdirkan dia jodohku, maka aku terima dia seadanya.. 



Comments
3 Comments

3 Orang Yang Prihatin:

widyawatie said...

Mohon nak share..

brownsugar said...

nak share jugak...;)..thankz

QiQi NuriraQ said...

ayat macho beb,hee