Tuesday, April 10, 2012

Mengapa Curang Itu Menjadi Pilhan

Dan cerita curang sering dikaitkan dengan kesetiaan pada sesebuah perhubungan.. Dan sifat berlawan pada kesetiaan.. Dan selalunya pasangan itu sering di uji dengan pelbagai masalah di dalam untuk menilai sesebuah keutuhan hubungan itu..

Setiap cerita cinta pasti mahukan hubungan itu tercalar dengan kecurangan.. Kerana curang itu kadang mungkin memusnahkan setiap impian dalam hubungan yang dibina.. Dan mungkin akan lebih teruk lagi akan memberi kesan yang tidak baik pada setiap mata yang memandang..

Dan hal paling menyedihkan didalam bercinta, apabila mengetahui diri kita sebenarnya bukan bertapak di dalam hatinya meskipunya dirnya kita miliki


Tiada kata kata yang dapat mencerminkan tentang rasa kecewa dan terkilan bila kita mengetahui pasangan kita punyai seseorang lain di luar sana dan bermain cinta pada seseorang yang bukan halal padanya.. Dan kadang kita merasakan kita cumalah watak sandaran pada sesuatu perhubungan 
Kadang menyusuri hujan renyai itu dapat menyembunyikan air mata yang sedang mengalir.. Kerana di kala hujan turun itu, air mata kekecewaan jua mengalir.. Membasahi pipi ini seharung dengan air hujan..
Mengapa terjadinya kecurangan itu.. Dan ingin penulis tekankan di sini, ini ada pendapat peribadi dan mungkin ada kalanya pandangan dan pendapat penulis salah dan tidak sekata dengan pendapat pembaca.. Harap diberi pendapat membina..

Sudah menjadi kebiasaan dan tabiat
Kadang kecurangan itu sendiri membawa kebahagiaan fantasi yang direka oleh seseorang itu.. Kerana mungkin sudah dari pada awalnya, telah terdidik pada dirinya.. Curang itu perlu dan menjadi kebiasaan.. Dan manusia jenis ini amat keji dan hina kerana tidak berpijak pada dunia nyata.. Menghancurkan hati orang lain tanpa ada belas..

Jika tidak melakukan kecurangan atau lebih tepat kepada membina hubungan lain selain dari pasangannya, seolah olah tidak lengkap kehidupannya seharian.. Kerana sudah menjadi kebiasaan padanya..

Tidak pernah cukup dengan apa yang ada
Dan kecurangan itu kadang adalah berpunca dari diri seseorang itu.. Apabila tidak pernah belajar menghargai apa yang dimiliki.. Apabila tidak pernah cukup apa yang ada..

Kerana masih merasakan diri itu cukup hebat dan mampu menarik perhatian seseorang.. Dan kecurangan itu berlaku apabila tidak belajar untuk bersyukur apa yang ada.. Tidak menghargai pasangan sendiri yang sanggup hidup bersama sama..

Merasakan diri sunyi dan terabai tanpa ada kasih sayang
Kadang kecurangan itu berlaku pabila diri merasakan sunyi dan sepi.. Apabila diri terabai tanpa kasih sayang yang dibelai.. Ini terjadi apabila merasakan perhatian yang diterima oleh pasangan sendiri itu tidak mencukupi.. Merasakan amat sunyi dan sepi..

Selalunya berlaku apabila pasangan itu berjauhan dan amat jarang ketemu.. Ini memberi ruang ruang kosong padanya.. Dan mula berjinak jinak dengan orang lain.. Dan hinggakan hubungan itu semakin akrab..
Hatinya amat dingin umpama embun sesejuk pagi.. Lama mana lagi dapat pertahankan gelora, hingga satu masa kan ku kenal erti letih jua..
Kerana mungkin hanya suka suka
Mungkin pada mulanya hanya sekadar suka suka.. Dan hanya untuk test market mungkin? Dan lama kelamaan semakin rapat dan timbul rasa sayang..

Ada cemburu dan ingin balas dendam
Ini pada permulaan adalah kerana untuk membalas dendam pada pasangan.. Mungkin pada awalnya bersifat cemburu.. Dan ingin membalas dendam.. Ada niat di hati "kalau dia boleh curang, i pun boleh"..

Dan akhirnya makan diri sendiri.. Terperangkap dengan bisikan halus..

Masih berhubung dengan bekas kekasih
Ini yang paling ditakuti.. Kerana bila sudah berakhir hubungan lama dulu.. Dan sudah punyai kehidupan sekarang namun masih bermain cinta dengan kekasih lama.. Masih belum punyai kesedaran pada diri tentang erti kesetiaan..

Dan kerana merasakan cinta lama itu lebih baik, kerana itulah kecurangan tidak dapat dielakkan..

Mengadu masalah pada berlainan jantina
Selalunya terjadi bila pihak ketiga punyai kesempatan dengan niat meruntuhkan sesebuah perhubungan.. Ini memberi ruang kerana apabila dilanda masalah, dan watak ketiga selalu ada.. Selalu menjadi pendengar yang setia.. Selalu ada untuk memberikan kegembiraan..

Dan lama kelamaan menjadi penyakit kecurangan..

Curang itu adalah khianat.. Dan khianat itu membawa kepada kehancuran.. Bertindak mengikut nafsu kadang membuatkan hidup kita tenggelam dan hilang maruah diri.. Kebahagiaan yang dicari di dalam mencari keredhaaNya.. Bukan cinta yang penuh dusta, melemparkan diri ke lembah hina

Tiada yang seindah sebuah hubungan itu pabila bahagia seiring mekar dengan perjalanan antara dua hati.. Bahagia yang di cari bukan derita membisu yang semakin lama semakin memberi luka..

Jika punyai pilihan antara cinta dan bahagia.. Pilihlah bahagia kerana cinta itu ada di dalamnya.. Dan cinta belum tentu ketemu bahagia

Dan yang pasti, kecurangan itu adalah pilihan..


Nota:
Entry ringkas ini adalah lebih kepada hubungan suami/isteri.. Pada penulis jika curang di dalam hubungan yang masih tidak halal, langsung tidak ditekankan.. Kerana dunia pasangan bercinta sebelum menikah tidak sama dengan hubungan di dalam rumahtangga..


Cumalah pendapat penulis, mungkin ada yang lebih tahu dan pernah mengalami sama ada di pihak curang atau  sebaliknya..



Comments
7 Comments

7 Orang Yang Prihatin:

Leeya Adila said...

huhu..mmg sedih kalo tau diri dicurangi.so..sama2 la kena jaga hubungan elakkan ianya drp berlaku.make ur love growth everyday n wat kisah cinta anda lebih bermakna..berjauhan bkn halangan utk pasangan curang..sorry kalo apa yg dikatakan ni ada yg salah..

reenapple said...

kalau tanya pendapat aku... aku rasa kisah si pencurang yang pernah muncul dalam hidup aku, adalah disebabkan dia mahu test market., heheh. Yeah.. akulah mangsa si pengcurang... tetiba rasa macam hina je jadi mangsa si pengcurang.. =(

..cik gugu.. said...

ta sggup bc cmpai abes .. sedih gle sbb parut akibat dicurangi masih berbekas (T.T)

tp alhamdulillah, sebenarnya tuhan tu maha mengetahui apa yg terbaik utk kte .

fizah said...

nice one..smua yg berlaku pasti ada sebab..salam singgah n follow.. :)

zera eira said...

curang tu mengajar kita jadi lebih kuat. salah satu kenyataan paling berat n susah na terima ialah curang. tapi kita kne sentiasa ingat, Tuhan takkan uji kalau hamba-Nya ta kuat. :)

Blossom Heart said...

Kdg2 kita baca semua ni, takut terjadi pd kita . . .tapi hakikatnya, sdh terjadi pd ku . . . hanya yg faham je leh rasakan sakit itu :(

Lily said...

hanya tuhan jer yang tahu sakit dihati bila dicurangi...... dan pasti si pencurang dan org ke3 tu akan mendapat balasannya.....