Tuesday, August 7, 2012

Cinta Itu Kadang Tidak Seharusnya Memiliki


Cinta itu kadang tidak seharusnya memiliki,
Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan.. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran.. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di miliki lain.. 

Tetapi tak usahlah kecewa, walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa.. Jadi bercintalah sepenuh hati.. Namun jangan letakkan harapan terlalu tinggi.


Dan jangan pernah mempermainkan perasaan insan yang telah kita sama sama mencapai bahagia.. Setelah cinta dan seluruh rasa sayang itu di perolehi, mengapa dibiarkan saja dan melepaskan apa yang telah dimiliki.. Dan terus membiarkan pudar akan warna seolah olah tidak mencari erti nikmat kebahagiaan..
Melepaskan bukan bererti kita mengalah,
Melepaskan rasa bukan bererti melupakan akan kehangatan masa bahagia yang pernah bersemi.. Bahagia yang pernah ada adalah kenangan dan sejarah yang tidak mungkin akan berulang walau sedetik cuma..

Kerana kita menyedari,
Sekuat mana cinta kita pada seseorang namun bila kita menyedari diri kita bukanlah yang teruatama buatnya.. Dan lebih baik kita melangkah pergi, melepaskan apa yang kita sedang rasakan.. 

Dan kita semakin asyik dengan keluhan hati, membiarkan luka itu terus menanah tanpa mengambil usaha untuk memulihkan hati telah parah..
Tanpa kita sedari atau kita sendiri yang tidak mahu memahami, cinta itu tidak seharusnya memiliki.. 
Membiarkan pergi bukan tiada lagi kesan tapi, kita akui tiada gunanya bersama dan merintih akan rayu jika hati tidak lagi merasakan bahagia walau bersama.. Kerana cinta itu bahagia bila melihat si dia tersenyum tenang bersama insan yang dicarinya

Bila banyak bicara kosong tanpa ada sesuatu, menunjukkan kebodohan diri sendiri.. Kadang diam itu bukan bererti tidak mampu membicara, tapi membiarkan situasi agar tiada balah..


Itulah pengalaman bermakna buat dirimu bagi menghadapi hari mendatang di dalam mencari cinta yang seharusnya kamu miliki..
Kita sering merasakan diri hanyut keseorang bila cinta itu lagi kita milikki.. Kita merasakan tiada tangan yang sudi dihulurkan tika bangun itu rebah dan tersungkur.. Kita sakit dan pedih.. Kita terus melayani rasa kesedihan dan kehilangan.. Pada mata yang memandang sayu, meluahkan simpati, memberi kata kata semangat.. Kita menidakkan kehadiran mereka mereka.. Kerana kita telah terpengaruh kecewa itu perlu disayangi..

Duhai hati yang luka,
Mengapa selalu terkenang akan kepedihan perpisahan yang terjalin tanpa ada langsung semangat untuk bangun di dalam menempuh kehidupan ini?

Duhai hati yang kecewa,
Mengapa di biarkan sahaja sakit sakit itu menghiasi harimu tanpa ada satu pun pegangan untuk memberi suntikan sinar di dalam perjalananmu..

Duhai hati yang telah hilang akan diri,
Bangun dan sedarilah.. Cinta itu tidak seharusnya kamu miliki dengan punyai dirinya.. Kadang membiarkan dia pergi, dan melihat dirinya punyai bahagia.. Dan kamu selalu mendoakan kebahagiaan bersama, jua punyai erti cinta yang sejati..

Bila aku tertanya dalam diri, siapakah aku hari ini.. Mahu terus ada disini, atau terus melangkah jauh dan pergi.. Menjadi pendiam dan bersendiri, sebenarnya aku tidak layak bertapak dalam rumpun ini..

Bangun dan sedarilah.. Cinta itu kadang tidak seharusnya memiliki

Sedetik cuma merasakan bertapa kehangatan rasa itu hadir.. Amat selesa dan bagaikan tiada langsung akan kesalan yang dikeluh.. Namun, bila hilang tiada, terasa sakit dan menikam berkali kali.. Bagi tertusuk kelu lidah berbicara.. Sungguh erti kepedihan cinta itu amat menyakitkan..
Jangan terlalu mendalami erti cinta yang tiada wajah akan setia.. Terlalu asyik dengan hubungan yang tidak ketahui mana pengakhirannya pasti akan ketemu perpisahan..Cukup sudah untuk kamu menahan sakitnya luka..

Jika hari ini kamu tewas dan kalah.. Di dalam mengejar erti cinta mengikut kemahuanmu sendiri.. Kamu kecewa dan terluka.. Dan membiarkan sakit sakit menghiasi harimu.. Jangan kamu rasa keperitan itu ada sepanjang kehidupan kamu.. 



Comments
3 Comments

3 Orang Yang Prihatin:

reenapple said...

aku setuju ini. Hanya kerana kita tak mampu memiliki cinta yg diinginkan, buat apa mahu menyeksa diri.. hidup perlu diteruskan walau macam mana sekalipun... =)

ain musrah said...

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu....

..::..aRe-Na..::.. said...

setuju...setuju..@@@@@:-)