Dan hal paling menyedihkan didalam bercinta, apabila mengetahui diri kita sebenarnya bukan bertapak di dalam hatinya meskipunya dirnya kita miliki
Kadang menyusuri hujan renyai itu dapat menyembunyikan air mata yang sedang mengalir.. Kerana di kala hujan turun itu, air mata kekecewaan jua mengalir.. Membasahi pipi ini seharung dengan air hujan..Mengapa terjadinya kecurangan itu.. Dan ingin penulis tekankan di sini, ini ada pendapat peribadi dan mungkin ada kalanya pandangan dan pendapat penulis salah dan tidak sekata dengan pendapat pembaca.. Harap diberi pendapat membina..
Sudah menjadi kebiasaan dan tabiat
Kadang kecurangan itu sendiri membawa kebahagiaan fantasi yang direka oleh seseorang itu.. Kerana mungkin sudah dari pada awalnya, telah terdidik pada dirinya.. Curang itu perlu dan menjadi kebiasaan.. Dan manusia jenis ini amat keji dan hina kerana tidak berpijak pada dunia nyata.. Menghancurkan hati orang lain tanpa ada belas..
Jika tidak melakukan kecurangan atau lebih tepat kepada membina hubungan lain selain dari pasangannya, seolah olah tidak lengkap kehidupannya seharian.. Kerana sudah menjadi kebiasaan padanya..
Tidak pernah cukup dengan apa yang ada
Dan kecurangan itu kadang adalah berpunca dari diri seseorang itu.. Apabila tidak pernah belajar menghargai apa yang dimiliki.. Apabila tidak pernah cukup apa yang ada..
Kerana masih merasakan diri itu cukup hebat dan mampu menarik perhatian seseorang.. Dan kecurangan itu berlaku apabila tidak belajar untuk bersyukur apa yang ada.. Tidak menghargai pasangan sendiri yang sanggup hidup bersama sama..
Merasakan diri sunyi dan terabai tanpa ada kasih sayang
Kadang kecurangan itu berlaku pabila diri merasakan sunyi dan sepi.. Apabila diri terabai tanpa kasih sayang yang dibelai.. Ini terjadi apabila merasakan perhatian yang diterima oleh pasangan sendiri itu tidak mencukupi.. Merasakan amat sunyi dan sepi..
Selalunya berlaku apabila pasangan itu berjauhan dan amat jarang ketemu.. Ini memberi ruang ruang kosong padanya.. Dan mula berjinak jinak dengan orang lain.. Dan hinggakan hubungan itu semakin akrab..
Hatinya amat dingin umpama embun sesejuk pagi.. Lama mana lagi dapat pertahankan gelora, hingga satu masa kan ku kenal erti letih jua..Kerana mungkin hanya suka suka
Mungkin pada mulanya hanya sekadar suka suka.. Dan hanya untuk test market mungkin? Dan lama kelamaan semakin rapat dan timbul rasa sayang..
Ada cemburu dan ingin balas dendam
Ini pada permulaan adalah kerana untuk membalas dendam pada pasangan.. Mungkin pada awalnya bersifat cemburu.. Dan ingin membalas dendam.. Ada niat di hati "kalau dia boleh curang, i pun boleh"..
Dan akhirnya makan diri sendiri.. Terperangkap dengan bisikan halus..
Masih berhubung dengan bekas kekasih
Ini yang paling ditakuti.. Kerana bila sudah berakhir hubungan lama dulu.. Dan sudah punyai kehidupan sekarang namun masih bermain cinta dengan kekasih lama.. Masih belum punyai kesedaran pada diri tentang erti kesetiaan..
Dan kerana merasakan cinta lama itu lebih baik, kerana itulah kecurangan tidak dapat dielakkan..
Mengadu masalah pada berlainan jantina
Selalunya terjadi bila pihak ketiga punyai kesempatan dengan niat meruntuhkan sesebuah perhubungan.. Ini memberi ruang kerana apabila dilanda masalah, dan watak ketiga selalu ada.. Selalu menjadi pendengar yang setia.. Selalu ada untuk memberikan kegembiraan..
Dan lama kelamaan menjadi penyakit kecurangan..
Dan yang pasti, kecurangan itu adalah pilihan..
Nota:
Entry ringkas ini adalah lebih kepada hubungan suami/isteri.. Pada penulis jika curang di dalam hubungan yang masih tidak halal, langsung tidak ditekankan.. Kerana dunia pasangan bercinta sebelum menikah tidak sama dengan hubungan di dalam rumahtangga..
Cumalah pendapat penulis, mungkin ada yang lebih tahu dan pernah mengalami sama ada di pihak curang atau sebaliknya..