Friday, November 18, 2011

Telah Berpisah Satu Kisah Cinta

Satu kisah cerita cinta yang hangat dan mekar di antara dua hati.. Pasangan yang begitu akrab dan punyai cinta di hati walau pelbagai dugaan dan halangan, mereka tetap utuh bersama.. Merasakan begitu dekat dan hampir walau gelora jiwa yang di lalui, masalah perhubungan yang dihadapi, pasti di selesaikan bersama sama..

Bertemu kita antara aku dan kamu adalah hanya mengajar aku erti cinta.. Kita bersama sama, dan memberi aku nilai dalam erti kasih dan sayang.. Namun setelah sekian lama kita bersama sama.. Kita berpisah bukan kerana orang ketiga.. Kita berpisah bukan kerana tiada restu akan orang tua.. Kita berpisah bukan kerana cinta itu telah pudar.. Berpisah kita cuma mati..

Hatiku hiba, dadaku terasa sebak dan mutiara-mutiara jernih mula mengalir deras keluar dari kelopak mataku, derasnya seakan curahan air yang dilepaskan di sebuah empangan tanpa henti, sudah tak sanggup aku menanggung kerinduan ini seorang diri lagi


Kita selalu mengadu dan merintih tentang rezeki dan jodoh.. Kita memikir tentang rezeki yang dicari.. Kita celaru dan keliru tentang jodoh yang tidak kunjung tiba.. Tapi sejauh mana kita memikir dan beringat ingat tentang hal kematian?

Ada orang belum dapat rezeki tapi sudah bertemu ajal..
Ada orang dapat rezeki melimpah ruah tapi belum bertemu jodoh..
Dan ada org belum dapat rezeki, belum bertemu jodoh tapi ajal maut menjemput..
Apa pun rezeki dan jodoh kita, cepat atau lambat.. Tidak akan dapat melawan takdir..
Sesungguhnya ajal maut lebih dekat dan hampir dengan diri kita.. Tidak kenal usia dan siapa diri kita ..Subhanallah..


Ada satu cerita, kisah cinta.. Yang aku sendiri tidak dapat membayangkan bertapa luka hatinya.. Bertapa hilangnya separuh dari jiwanya.. Kita hanya mampu berkata kata.. Kita hanya mampu memberi satu bingkisan semangat.. Kita hanya mampu meluahkan kata simpati.. Tapi hanya dirinya merasakan bertapa hilangnya satu jiwa..

*****
Terbaca saya di pagi ini satu cerita tentang cinta dan kematian.. Seorang penulis, sedang melalui saat saat getir di mana kekasihnya telah pergi meninggalkan dunia di dalam satu kemalangan.. Di masa kemalangan tersebut beliau juga bersama sama dan merupakan insan terakhir semasa kekasihnya sedar..

Saya ucapkan takziah buat keluarga mangsa, sama sama kita sedekahkan al-fatihah.. 

Dan pada penulis blog berkenaan, harap kamu tabah di dalam melalui masa ini.. Sabar.. Dan yakin pada janji Allah SWT, insyaAllah.. Jangan terlalu mengikut perasaan dan nafsu.. Berbanyak banyakkan sabar.. Perjalanan kita, masih lagi panjang.. Kuatkan semangat..

Sedikit coretan dari blog tersebut..

Assalammualaikum :)
Heyyhoyy my dearest friends, stalker nd haters.
Sorry cause private blog nd sorry cause tk update.
See my blog ?
Simpleee sangat sangat kn?
Okayy, see my background?
Blue right?
Kayy cun, Warna biru adalah kegemaran arwah faiz.


Rasanyaa semua orang dh tahu pun kn yg aku excident?
Kecoh. Cepat betul trsebar. Lagi lagi kt sekolah.
Hm kayy kejadian berlaku dkt dgn padang sekolah. Luar sekolah okayy babe.
Tp, mcm mcm cerita buruk yg aku dgr dr mulut mulut puaka kt luar sane kn?
Mcm mcm kutukan yg aku terima. Babe, please stopp keep talking bout us.
Korang tk tahu cerita sebenar so pleasee jgn hentam buta mulut korang jee bercerita.
Untungg lhaa aku masih boleh bersabar.

Untuk bacaan lanjut sila ke Take ur timee fr a whilee :'( 



Comments
12 Comments

12 Orang Yang Prihatin:

Unknown said...

Al-fatihah tuk arwah...
moga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman

Nell said...

T_T

Unknown said...

aku baru lepas baca blog dia tadi pasal pakwe dia meninggal, aku dapat org share kat fb... kesian..



--mcm mana dengan masalah, masa ngorat bukan main seronok, best, bahagia, bila dah dapat awek berubah jadi skema, romantik sopan, bosan dan hilang langsung keterujaan?---


p/s header seeemart

Unknown said...

Sedihnye la
incik angh bg tsu pliz

yna said...

semoga dia tabah..

aamalinaazman said...

sedihnyeee emmm=(
begitu maut menjemput takkan penah lewat sesaat, takkan penah lebih sesaat, tepat pada masanya..

starzieti said...

Al-fatihah.

bLaCk pEarL said...

stiap aPA yang brlaku ada hkmahnya.
al-fatihah tuk arwah faiz.

Sunah Sakura said...

takziah untuk mereka...

nooghulegha said...

al-fatihah :(

Unknown said...

takziah. tapi pemilik blog tak patut la papar kan gambar yang boleh mengaib kan diri sendiri. kite seronok kat dunia, dia sangkut kat alam barzah. kene dera, berpegang bukan muhrim, berpeluk cium bagai. come on la.

Nong Andy said...

Takziah. hanya membayangkan perasaannya pun aku tak sanggup. berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. semoga dia tabah. Al fatihah..