Telah berlalu sedetik waktu di mana masa yang telah pergi itu tak mungkin akan berulang kembali.. telah pergi jua akan sesuatu, akan perkara yang telah di lalui mana mungkin akan sama kembali lagi.. Dan pada masa kini, pada saat ini diri kita masih lagi memeluk tubuh seolah yakin dan pasti masa yang telah pergi itu.. Masa yang telah berlalu itu akan kembali lagi..
Belajarlah menghargai seseorang yang telah berada di sisimu.. Belajar untuk mensyukuri nikmat Allah SWT dan belajarlah menerima takdirNya.. Hidup kita bukan sahaja mencari cinta semata mata, tetapi mencari keredhaanNya
Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati, mampu melumatkan seluruh
jiwa raga.. Manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya
Kita memujuk diri kita.. Dalam kepayahan mencari sesuatu yang telah pergi itu agar datang kembali.. Kita terus membohongi diri kita, sesuatu perpisahan yang berlaku hanyalah sementara.. Akan tetapi atas satu hakikat, jodoh itu telah tiada..
Berlalu telah waktu.. Kenangan lalu yang tidak mungkin akan berulang lagi.. Telah jua kita tempuhi.. Telah kita lalui.. Di saat kisah kisah itu.. Dan hari ini pada saat ini..Diri kita masih dipeluk kasih yang penuh berahi.. Di setiap wajah insan, alunan langkah.. Di setiap hela nafas yang terpancar cahaya.. Kita tetap berjalan walaupun kita masih sendirian.. Terus sendirian.. Dan sunyi..
Akan tetapi.. Kerana hakikatnya, kita tidak pernah sendiri.. Kita tidak bersendirian.. Kita tidak keseorangan.. Lautan kasih sentiasa terbentamg luas.. Indahnya alam begitu setia menemani.. Walau terlihat begitu dekat.. Langit tetap cerah.. Walau mendung tiba, hujan gerimis kadang menyimbah bumi..
Selagi ada nafas
Menangislah wahai diri,agar senyumanmu banyak di kemudian hari..
Nota
Setelah beberapa seketika tidak ada entry mengenai jiwa jiwa.. Dalam proses ubahsuai blog lagi.. Salam hati.. ewwww