Kadang terasa amat kasihan dan simpati pada pasangan yang hangat bercinta lamanya.. Bersumpah sehidup semati.. Bercinta hingga kadang terlupa jodoh itu adalah rahsia Allah.. Bercinta seolah olah perancangan terjadi mengikut kemahuan sendiri.. Namun bila sebuah perhubungan itu tidak menjadi mengikut apa yang dirancangkan.. Jodoh itu tiada..
Jika kita menyintai seseorang kerana Allah, pasti kita tidak teruja dan lari dari landasan yang seharusnya kita ikuti.. Jika cinta dan kasih pada pasangan kita hanya menurut hati dan nafsu, kelak pasti alan merasakan derita.. Bukan bahagia dan ketenangan jiwa yang dikecapi..
Cinta itu satu naluri pada kita sebagai hambaNya tak kira siapa siapa.. Satu perasaan yang sukar digambarkan.. Sewajibnya kita utamakan cinta kita pada Allah swt dahulu kerana perasaan cinta itu ada hanya padaNya..
Kebahagiaan tidak akan menyapa jiwa kita tanpa kita bukakan pintu hati kita untuk menerima hakikat kelemahan diri ini..
Hidup kita bukan sekadar mencari kebahagiaan untuk diri kita sahaja, kadang perlukan pengorbanan demi melihat senyuman orang yang kita sayang..
Pernahkah kamu merasakan rindu pada seseorang hingga merasakan kehilangan kerana kamu sedari kenangan bersamanya lalu tidak mungkin kan kembali lagiKerana sebenarnya, kita terlalu agungkan perasaan cinta itu hingga kadang membelakangkan agama, dan merasakan amat memerlukan cinta sesama manusia.. Sedangkan cinta itu jua punyai maksud yang meluas hingga kadang menjerumus kita pada kancah hina..
Tanpa memiliki insan yang kita sangkakan cinta pada yang tidak berhak, kita jua mampu untuk menikmati bertapa manisnya kebahagiaan..