Tuesday, April 17, 2012

Tika Menangis Itu Satu Pilihan

Menangis dan merasakan kesedihan bukanlah bererti kita hilang akan harapan.. Dan menidakkan satu suratan.. Jauh sekali untuk menjadikan kita putus asa dengan rahmat Tuhan..

Kerana kita punyai rasa yang tersimpan di dalam lubuk hati.. Satu perasaan yang bercampur baur dalam menghadapi liku liku perjalanan kita.. Ranjau itu mengajar kita tabah di dalam peningkatan kematangan umur kita..

Hati kita kadang merasakan amat sakit dan kecewa akibat beberapa perkara yang kadang sukar untuk digambarkan dengan kata kata mahupun dengan gaya penulisan..




Sesekali menangis, hati kita akan bangkit sedar bahawa kita hanyalah hambaNya yang lemah dan kerdil.. Dan turut menginsafi kita akan luka luka di dalam liku perjalan kita..

Sesekali menangis, jiwa kita dididik dengan indahnya sabar dan redha.. Yakin dan percaya akan ketentuanNya.. Malah melembutkan sedikit hati kita yang semakin keras dan semakin kuat akan dusta..

Kerana tangisan itu pengubat hati yang tersentuh..
Sesekali menangis, percayalah.. Bukan Allah SWT tidak tahu hancur dan luluhnya hati kita menanggung kecewa dan sedih.. Akan tetapi Dia mahu kita rapat padaNya.. Kerana akan hakikat yang telah tempuh, semakin menjarakkan kita dariNya.. Sedang itu adalah ujian dan dugaan pada kita..

Lantaran duhai jiwa jiwa yang sedang kesedihan.. Relakan sedikit keinsafan menusuk ke dalam lubuk hatimu.. Sedang sebeginilah yang lebih lunak dan lembut beribadat kepadaNya.. Menginsafi akan kesalahan kesalahan kita dan berbalik padaNya..
Maka katakanlah kepada diri, kali ini kita biarkanlah perpisahan ini, satu pengorbanan yang perlu kerana hidup ini hanya akan lebih bererti.. Mengapa terus hanyut dan biarkan hilang akan maruah diri tika amat memerlukan, walau kamu lebih tahu, tak ada yang lebih berharga selain darimu jua aku tak dapat melupakanmu..
Kita punyai rasa.. Kita punyai perasaan.. Dan kadang tangisan itu mungkin dapat memberi kelegaan pada seseorang..

Selalu dikaitkan, wanita kerap menangis berbanding dengan lelaki.. Dan secara umumnya mengetahui, air mata seorang wanita itu mudah mengalir dari lelaki, dan ini mungkin kerana sifat yang ada pada lelaki..
Belajarlah menghargai seseorang yang telah berada di sisimu.. Belajar untuk mensyukuri nikmat Allah SWT dan belajarlah menerima takdirNya.. Hidup kita bukan sahaja mencari cinta semata mata, tetapi mencari keredhaanNya
Menangislah wahai diri, agar senyumanmu terselah di kemudian hari..


Nota:
Coretan ringkas tentang tika menangis itu satu pilihan.. Menangis di sini bukan menangis teresak esak dan menyalahi takdir yang telah berlaku.. Tetapi dengan memberi ruang pada diri sendiri menginsafi dan menyesali dosa dosa yang telah kita lakukan, dan punyai keazaman untuk berubah.. 



Comments
8 Comments

8 Orang Yang Prihatin:

Sha Mohamed said...

betol tu... kadang-kadang kiat perlu menangis untuk meluahkan rasa hati... saat kehilangan, saat kita memerlukan Yang Maha Esa untuk mendengar rintihan hati kita... dengan menangis kadang-kadang kita dapat mengurangkan rasa hati yang terbeban... perempuan mudah menangis kerana hatinya mudah tersentuh dan sangat sensitif..

Unknown said...

betul,menangis itu kadangkala satu jalan melepaskan apa yang da dalam hati. tapi bukan menangis yang berlebihan, menangis sebab rasa insaf akan dosa semalam tue adalah satu perkara yang baik.

fea said...

menangislah.. jangan dipendam duka tu...

Hanum said...

menangis boleh membersihkan duka yg bertamu dalam hati, mencairkan ego yg menguasai diri dan memberi sinar baru pada yg kehilangan arah.

Anonymous said...

Jika kita menangis, siapa yang kita cari.. ibu

chocolatePink said...

menangis itu satu kepuasan..

chocolatePink said...

menangis itu satu kepuasan..

chocolatePink said...
This comment has been removed by the author.