Hati kita kadang merasakan amat sakit dan kecewa akibat beberapa perkara yang kadang sukar untuk digambarkan dengan kata kata mahupun dengan gaya penulisan..
Sesekali menangis, hati kita akan bangkit sedar bahawa kita hanyalah hambaNya yang lemah dan kerdil.. Dan turut menginsafi kita akan luka luka di dalam liku perjalan kita..
Sesekali menangis, jiwa kita dididik dengan indahnya sabar dan redha.. Yakin dan percaya akan ketentuanNya.. Malah melembutkan sedikit hati kita yang semakin keras dan semakin kuat akan dusta..
Lantaran duhai jiwa jiwa yang sedang kesedihan.. Relakan sedikit keinsafan menusuk ke dalam lubuk hatimu.. Sedang sebeginilah yang lebih lunak dan lembut beribadat kepadaNya.. Menginsafi akan kesalahan kesalahan kita dan berbalik padaNya..
Maka katakanlah kepada diri, kali ini kita biarkanlah perpisahan ini, satu pengorbanan yang perlu kerana hidup ini hanya akan lebih bererti.. Mengapa terus hanyut dan biarkan hilang akan maruah diri tika amat memerlukan, walau kamu lebih tahu, tak ada yang lebih berharga selain darimu jua aku tak dapat melupakanmu..Kita punyai rasa.. Kita punyai perasaan.. Dan kadang tangisan itu mungkin dapat memberi kelegaan pada seseorang..
Belajarlah menghargai seseorang yang telah berada di sisimu.. Belajar untuk mensyukuri nikmat Allah SWT dan belajarlah menerima takdirNya.. Hidup kita bukan sahaja mencari cinta semata mata, tetapi mencari keredhaanNyaMenangislah wahai diri, agar senyumanmu terselah di kemudian hari..
Nota: