Monday, April 2, 2012

Kesan Cinta Pada Kita

Jika kasih sayang telah mencapai batasnya, maka ia dinamakan cinta.. Dan cinta adalah kasih sayang yang melimpah.. Dan cinta juga lebih istimewa dibanding kasih sayang, sebab setiap cinta sama dengan kasih sayang, tetapi tidak semua kasih sayang sama dengan cinta.. 

Perasaan cinta memang sukar untuk dipahami.. Cinta memberi banyak maksud tersendiri yang kadang membuatkan kita menjadi gundah tak bertempat.. Kadang cinta memberi kita satu azam semangat yang kuat.. Dan kadang juga membuatkan kita sesal tak sudah sudah..

Dan di saat dilamun cinta.. 
Di masa kita di lamun cinta, banyak reaksi yang kita lakukan.. Menjadi seorang manusia yang gelabah dan gundah gulana.. Tidak tentu arah dan hilang punca.. Dan selalu tidak tentu arah dalam membuat keputusan.. Kita sering saja punyai rasa berbelah bagi di dalam melakukan sesuatu perkara.. Rasa serba tidak kena.. Itulah kita, tidak menjadi diri kita yang sebenar, gundah dan lagak kita tidak kena pada tempatnya..

Kadang juga cinta memberi kita satu kekuatan yang luar biasa.. Jika dulu kita seorang yang penakut dan tidak berani.. Tapi dalam asyiknya cinta, kita menjadi seseorang yang bukan kita yang dulu.. Kuat dan tabah menghadapi rintangan.. Seorang yang kental semangatnya.. Berani membuat sesuatu perkara seolah menjadi seseorang yang bukan diri kita sebenarnya..

Pada kita, walau dia di mana mana.. Rasa rindu itu ada.. Kerana kita tahu.. Kerana cintalah membuat kita dalam khayal.. Kerana cintalah membuatkan kita terlalu asyik hingga lupa akan diri..

Dan bila hilang sudah satu ikatan cinta..
Dan bila terputusnya rasa cinta itu, kadang membawa kita satu azab yang berlarutan.. Menjadi satu keadaan yang tidak tenteram dan takut dalam menghadapi sesuatu kemungkinan yang ada.. Menjadi satu kekecewaan yang berlarutan dan menyebabkan sesal yang tak sudah..

Begitu dasyat dengan rasa cinta yang hadir.. Mampu membawa perwatakan yang pelbagai kepada kita, insan yang selalu dambakan cinta..


Dan jangan di tanya lagi apa rasaku kini.. Kerana aku sudah lelah untuk ku ulangi.. Kerana aku sudah penat untuk menyatakan.. Kerana rasa ini, tetap ada..



Comments
4 Comments

4 Orang Yang Prihatin:

Sunah Sakura said...

kerana cinta itu sangat menggilakan, dan cinta itu bisa membuatkan kita gila....

Eein Azryn said...

cinta menguatkan kita. ^^

PusPita said...

Cinta Trimakash cinta

QiQi NuriraQ said...

i love allah