Tuesday, November 29, 2011

Jika Berani Untuk Bercinta, Berani Jua Untuk Menikahi

...Ya Allah.. Jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu...

Sebuah perkahwinan yang mengikut syariat Islam di dalam kita mencari ketetapan tuntutan batin di dalam mencari keredhaanNya adalah merupakan suatu ujian pada kita untuk menjadi hambaNya yang bertaqwa.. Kita mencari dan menanti suatu perkara yang kita sendiri tidak dapat menjelaskan hanya pada coretan dalam bentuk penulisan.. 
Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya -Prof Buya Hamka
Sudah menjadi satu lumrah kehidupan kita selaku manusia biasa, menjadi tanda tanya di dalam watak kehidupan kita seharian tentang rezeki, mengenai jodoh dan tetapan kematiaan.. Inilah rahsia Allah SWT, di mana kita tidak tahu apa yang berlaku ke depan dan hanya izinNya..

Sudah menjadi satu fenomena yang semakin menular sekitar sekeliling kita, di mana remaja remaja sudah tiada rasa malu dan seakan tiada maruah pabila matsiat dibiarkan menyelebungi diri.. Membiarkan nafsu menguasai batas batas pergaulan di mana sanggup dibiarkan mata memandang hina.. 

Sekarang di mana mana dapat kita melihat pergaulan bebas antara bukan muhrim, berpasangan sana sini hinggakan menimbulkan syak wasangka.. Membiarkan kata kata menjadi fitnah yang dasyat hinggakan seakan tiada lagi daya menghalangnya..

Menikah merupakan fitrah manusia.. Tiap diri kita sudah dijadikan memiliki kecenderungan untuk suka pada lawan jenis, yang pada akhirnya mendorong kita untuk menikah.. Itu adalah soal biasa di mana kita mempunyai daya kekuatan mencari soal siapa jodoh kita..

Perkahwinan bukan sesuatu yang boleh dijangka, dicuba-cuba dan diagak-agak.. Bila akad telah di lafazkan bersaksi dan berwali maka tiada ruang untuk berpatah balik.. Apa jua yang berlaku selepas itu redhakan, tempuhinya walau betapa sukar pun ia.. Takkan ada ruang untuk kita menyesali sesuatu yg sememangnya dahulu adalah kehendak kita..

Jika sudah persiapkan diri untuk menerima seseorang menjadi sebahagian dari kehidupan kita, mengapa pula harus mempertikaikan pabila ada seruan untuk menikah? Terdapat beberapa halangan mungkin yang di rasai oleh mereka mereka yang masih asyik dibuai cinta tapi tidak mahu menikah..

Sumber kewangan
Mungkin ini ada perkara utama yang menjadi penghalang.. Wang ringgit adalah perkara asas kehidupan kita.. Menjadi satu modal yang besar untuk mengjalani kehidupan yang lebih sempurna diantara sebelum menikah dan sesudah menjadi suami isteri..

Halangan keluarga
Ini mungkin jua antara penyebab yang menjadi satu halangan mengapa mereka mereka masih tidak lagi mendirikan rumahtangga..

Belum bersedia
Merasakan diri masih lagi muda, dan ingin berseronok sahaja.. Tidak bersungguh sungguh di dalam percintaan.. Hanya mahu bercinta tetapi tidak mahu menikahi..

Dan beberapa lagi faktor yang saya tidak kemukakan,

Akan tetapi kita harus ingat, tidak ada yang salah dengan menikah di dalam usia muda.. Malah sesuai dengan sunnah Rasul kerana Rasul menganjurkan agar pemuda dan pemudi yang sudah bersedia siap untuk segera dinikahkan.. Tetapi apakah masalah menikah itu semudah itu? 

Ternyata menikah itu tidaklah seperti berbicara.. Menikah memerlukan banyak pertimbangan, tidak sekadar cinta atau perasaan suka sama suka.. Walau harus diakui bahawa cinta juga berperanan besar di dalam mendirikan rumahtangga.. Islam sendiri menganjurkan untuk melihat wajah calon pasangan kita sebelum menikah untuk untuk menambah perasaaan cinta kita kepada calon pasangan kita..

Rasul juga menyebutkan 4 alasan kenapa seorang wanita dinikahi.. Iaitu kerana agamanya, hartanya, keturunannya dan kerana kecantikannya.. Tidak ada masalah kita mencari pasangan yang cantik, kaya, keturunan bangsawan atau ulama, asalkan agama menjadi pertimbangan utama dalam memilih pasangan.. 

Jodoh itu adalah rahsia Allah SWT terhadap kita.. Dan sesungguhnya kita tidak tahu dan dapat meramal apa yang di masa hadapan.. Siapa jodoh kita, berada di sisi kita sama ada sihat atau sakit.. Di masa susah atau senang.. Di waktu suka atau duka.. Dan siapa wajah yang akan bersama sama kita hingga ke akhir hayat? Ya.. Itulah rahsia di dalam kehidupan kita..

Menikahi itu adalah tuntutan batin dalam melengkapkan kehidupan dan bukan hanya sekadar cinta..



Comments
9 Comments

9 Orang Yang Prihatin:

Sunah Sakura said...

jodoh itu rahsia Allah...namun kita tidaklah hanya boleh menunggu dan menunggu kan? kita dituntut untuk mencari disamping mempersediakan diri untuk dinikahi...

daiaziz said...

bharap utk jodoh yang bgitu juga...;/

Unknown said...

belom sedia tu betol

erm takpela..abis study br cri jodoh hehe

azu said...

bersedia apa saja demi cinta kerana Allah..perkahwinan ke akhir hayat!

Cik Puan Kocik said...

sentiasa berharap jodoh yg mcm nie... hu hu! entah bila hanya Dia yang tahu

Umie Naziera said...

suka kata2 hamka tdi tuu

GamUHU said...

jodoh pertemuan Allah tentukan. merancang yang termampu bagi kita lakukan.

http://keleboqmaneh.blogspot.com/2011/11/future-wife.html

reenapple said...

setuju3.. =)

tapi belom bersedia... hehe

Miss Sunshine said...

setuju......

indeed...:)