Soal jodoh itu adalah rahsia dan menjadi tanda tanya pada setiap insan yang belum lagi mendirikan rumahtangga.. Dan kadang amat merimaskan apabila soal jodoh itu tidak kunjung tiba bila usia semakin meningkat dan bertambah..
Kita begitu yakin dan pasti akan ketemu jodoh pada si dia insan yang kita sayangi.. Kita dan dia saling menyintai dan berjanji sehidup hingga akhir hayat.. Namun sejauh manakah impian itu menjadi kenyataan..
Dan bila mana satu situasi kamu bertemu jodoh si dia insan yang kamu langsung tidak cintai dan pada masa yang sama kamu masih mengingati kekasih lama, adalah menjadi satu penyakit yang amat perit..
Di setiap jarak perjalanan kehidupan kamu dihiasi dengan kepura puraan dan lakonan hanya untuk menutup dari mata menjeling pandang.. Kepura puraan itu semakin hari semakin menjadi kebiasaan dan seolah itulah yang sebenarnya yang ditonjol..
Ketemui jodoh dengan orang yang kamu cintai mungkin satu kebetulan, tapi menyintai siapa jodohmu adalah kewajipan.. Dan bercerita tentang cinta dengan bukan hak, seharusnya punyai hati untuk menilai erti cinta.. Jadilah insan yang bermaruah dan punyai harga diri, sayangilah dia yang wajib kamu cintai..
"Jika kamu tidak dapat apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu dapat"
Kita mungkin ketemu jodoh dengan insan yang kita cintai, namun menyintai insan yang menjadi jodoh kita adalah pasti.. Kerana bisikan bisikan yang memberi dorongan nafsu, kita menyimpang siapa yang seharusnya menjadi kewajipan untuk kita serahkan cinta..
Jangan pernah memberikan sebuah harapan pada seseorang sedangkan kamu tidak mampu untuk memberi kebahagiaan padanya.. Jika tiada rasa akan cinta, lepaskan perlahan lahan dan jangan mempermainkan perasaan orang lain.. Kamu tidak pernah tahu apa perbalasan terhadap kamu suatu hari nanti..
Sekejap cuma kenangan kita, namun menghiasi setiap perjalanan hidupku kini..
Kita bertemu untuk mengenal ertinya cinta.. Memberi aku pengertian kasih yang bersemi.. Walau sedetik cuma, bahagia itu aku masih terasa.. Namun, kita bertemu hanya untuk bercinta tapi bukan untuk bersama.. Mengajar aku derita merindui.. Memberi aku kesan yang berbekas dan aku dapat rasakan hingga aku mati mungkin..
Aku dan kamu pernah mengecapi bahagia dahulu.. Impian kita untuk bersama sama, namun tiada jodoh antara kita.. Aku dan kamu pernah mencapai nikmat cinta dahulu, namun kini aku dan kamu tidak mungkin lagi akan bersatu..
Ada sesuatu yang kamu tinggalkan antara kita.. Kamu tinggalkan rasa rindu.. Kamu tinggalkan rasa cinta.. Kamu tanamkan kasih dan sayang.. Hingga membuatkan aku amat payah membuang semua rasa ini, untuk menyintai dia yang lebih layak.. Kerana kamu..
Ku cuba untuk berubah menyintai dia insan yang halal padaku, tapi semakin kuat aku cuba.. Semakin kuat pula kenangan cinta kita.. Kita tidak mungkin dapat bersama, kerana aku punyai dia, dan kamu punyai dia..
Aku ingin kamu tahu.. Aku mahu kamu mengerti.. Pemergianmu meninggalkan cinta kita, sungguh memberi sakit yang amat pedih.. Aku mahu kamu tahu, bahagia itu tiada pada aku dan dia.. Pulanglah~
***
Entry yang amat berat, kisah cinta di mana satu situasi sebuah perkahwinan yang tidak bahagia.. Kerana mungkin masih menyimpan rasa cinta pada kekasih lama hingga langsung tidak memberi ruang pada pemilik cinta yang halal..
Entry cinta selepas kahwin, di mana tentang menyintai dia insan yang bukan halal pada hubungan sedangkan hak itu langsung tiada punyai rasa..
Entry ini entry pertama.. akan diceritakan lagi pada sambungannya..