Jarak itu ada antara kita, aku dan dia yang semakin jauh.. Jauh dan semakin hilang akan jasa pada hakikat diri yang sebenarnya kisah kisah itu telah pun hanyut.. Kita semakin kelam dan gelap di dalam samar kehidupan..
Rindu pada kenangan lalu terus membuatkan derita di dalam jiwa hanyut di alam sendiri.. Rindu pada kisah lalu membuatkan kita tenggelam di khayalan yang kita inginkan.. Membiarkan perasaan itu ada dan terus menyiksa batin demi sedikit dan amat perlahan sekali.. Dan terasa kesakitan yang amat susah hilang walau telah tiada lukannya.. Kerana parut itu tetap kekal di dalamnya..
Rindu pada kisah lalu hinggakan terlupa kita punyai tanggungjawab yang mesti kita laksanakan.. Di dalam membawa diri, semakin jauh akan kekuatan diri yang sepatutnya mewarnai kehidupan kita.. Kita lupa dan terus hilang akan keyakinan diri.. Kita asyik dengan cinta yang pergi..
Rindu yang amat terasa hingga terlupa pada realiti, dia bukan lagi milik kita. Rindu yabg selalu bermain dijiwa hingga kita asyik dalam dunia kita sendiri.. Hingga kita sudah kehilangan diri.kita yang dulu.. Diri kita yang tika dulu punyai harga diri.. Kini sudah hilang akan maruah diri..
Jiwa ini selalu sahaja ada rasa kasih dan rindu yang mekar.. Walau di usir jauh, namun rindu ini tetap ada.. Walau ku cuba hilangkan bayangan wajahmu.. Kamu tetap ada.. Ingin sahaja aku pergi mencarimu.. Datang dan ketemu.. Dan ku nyatakan aku rindu aku masih kuat..
Namun, apa yang aku takut.. Adakah dikau mengerti perasaan rindu ini..
Bila merindui seseorang tidaklah bererti itu kata cinta.. Namun jika telah ada cinta.. Rindu itu pasti ada..Biar tenang jiwaku.. Biar sejuk hati sedingin angin lalu.. Biar aku begini.. Aku bukan siapa siapa bagi kamu.. Merindui kamu satu kemestian tapi biarlah ku simpan.. Menyayangi dirimu telah terlanjur namun biarlah menjadi satu rahsia.. Kerana kamu dan aku tak mungkin lagi bersatu.. Biarlah aku begini menanti berubahnya wahai detik hati
Rindu itu kemanisan jiwa yang kadang kala merasakan pahitnya berbekas di dalam hati.. Walau sekuat mana cuba melarikan rasa yang hadir, pasti akan menjelma dan datang tika keseorangan..
Pernahkah merasakan sunyi dan sepi tika malam berlabuh dalam mengorak mimpi seolah merasakan diri amat hilang akan dunia.. Merasakan ada himpitan kuat di dalam dakap dada hingga membuatkan kadang air mata berkaca.. Seolah menyesali sesebuah hubungan yang telah berakhir..
Merindui seseorang yang bukan menjadi milik kita lagi dan kenangan yang terukir amat mengusik jiwa..
****
Saya merasakan rindu itu adalah satu lumrah bila berjauh dan ada jarak yang memisahkan.. Namun bila berdekatan, tidak pula merasakan rindu yang kuat seperti sebelumnya.. Ada kadang kadang kita merasakan rindu pada kenangan yang mana tidak mungkin akan berputar kembali.. Dan selalunya kita merindui seseorang yang amat kita kasih dan telah pergi..
Merindui Qistina.. Amat rindu~