Cinta itu kadang membuatkan kita lupa asal diri kita.. Tapi sebenarnya bukannya kesalahan cinta yang membiarkan diri kita hanyut tapi diri kita sendiri yang membawa perwatakan membiarkan nafsu menguasai fikiran..
Kehidupan ini kadang kita rasakan tidak adil pada kita.. Kadang kita rasakan apa yang terjadi pada perjalanan kehidupan ini amat menyesakkan dada hinggakan saban hari kita mengeluh panjang mengapa hal ini terjadi.. Merasakan amat susah di dalam membuat keputusan setiap pilihan yang ada..
Jangan tanya lagi, kerana hati ini sudah tiada jawapan.. Mengenangkan peristiwa lalu membuatkan kita terus mengelamun.. Masih di dalam kenangan lama yang membuatkan kita semakin di dalam khayal..
Dan masih lagi tersimpan setiap satu persoalan namun jawapannya bagaikan menepuk tangan sebelah.. Amat sukar untuk meramalkan sesuatu yang tempatnya didalam hati.. Dan amat sukar untuk difahami jika hatinya menyimpan rapi tentang rasa dan kisah.. Sebuah kisah yang mendamba rasa cinta yang dipendamkan..
Apakah salah yang telah dirasakan kini terus dibiarkan dengan tanpa tanya? Membiarkan persoalan dan jawapan yang tidak selari dengan rasa..
Apakah salah minda yang meneka di dalam bertapa jauhnya jarak antara kita? Mencari sesuatu dimana rasa yang telah hilang itu ada.. Sedangkan aku punya naluri yang merasakan getaran jiwamu..
Adakah rasa ini juga dari rasa cintamu? Mendengar degupan jantungku ini berdegup kencang saat aku mengingatimu.. Di antara indahnya sinar mata ini sering melihat keindahan cinta darimu..
Kita tetap manusia.. Kita ada adalah hambaNya.. Dimana kita memerlukan hidayah untuk diisikan pada jiwa jiwa agar diri kita mengenal erti takut dan tunduk.. Kerana takut itulah yang akan mengajarnya erti keberanian dan tunduk itulah yang akan mengajarnya erti ketinggian.. Agar kita kenal erti taat dan patuh.. Kerana taat itulah beza antara iman kita.. Kerana patuh itulah tuntutan rohani jiwa kita..