Semua pernah merasakan kehilangan, cuma bezanya hanya sejauh mana kesakitan hilang itu ada.. Kita punyai rasa, dan kadang rasa kita itu sukar untuk dijelaskan mahupun untuk diterang terangkan..
Tiada siapa pun mahukan sebuah perhubungan yang dibina dengan kasih dan sayang itu berakhir dengan benci dan dendam.. Dan menjadi naluri kita, mencari tanpa ada jemu akan rasa cinta.. Ternanti nanti di mana hujungnya kasih itu terhenti.. Adakah berakhirnya cerita putus di tengah jalan dan pedih sepanjang masa.. Hingga kadang menghantui sejarah kehidupan hingga akhir usia..
Terkadang Allah tentukan seseorang yang begitu hampir dengan kita sebagai jodoh, dan terkadang mungkin jauh dari pandangan mata kita.. Ada juga yang bercinta, mungkin bertunang bahkan mungkin sampai berkahwin namun andai itu belum jodoh yang diberikan Allah sudah pasti akan ada ujian dan cabaran.
Mungkin andai tiada jodoh di waktu percintaan, tidak begitu menyakitnya berbanding cinta yang terputus di apabila telah sampai bertunang dan lebih-lebih lagi apabila sudah ke alam perkahwinan..
Mungkin pada nilaian mata manusia itu adalah keputusan yang tidak munasabah dan tidak memikirkan hati orang lain.. Sememangnya manusia perlu berusaha untuk membina kebahagiaan yang telah dibina atas dasar kasih sayang.. Tetapi apa yang lebih penting kebahagian diri perlu diutamakan..
Dan jika itu yang terbaik antara dua hati.. Jika berpisah itu adalah jalan yang sewajarnya antara cerita dua jiwa.. Mengapa harus takut akan kepedihan..
Jika hari ini kita berpisah di antara sebuah perhubungan, dan dengan keadaan yang tidak rela kita masih lagi tersenyum melepaskan ikatan itu.. Walau senyum kita itu tiada langsung akan rasa, namun apa lagi yang ada? Apa lagi yang mampu? Selain mengukirkan sebuah senyuman dalam keterpaksaan..
Memang menyakitkan dan amat terasa pedih apabila sebuah hubungan itu tidak menjadi seperti apa yang kita ingin.. Tidak menjadi seperti bahagia yang di dambakan.. Amat sakit dan pedih hingga kadang tiada lagi tangisan yang hendak diesakkan.. Tiada lagi air mata yang mengalir..
Dan jika hingga kini,
Masih lagi menangisi dan meratapi akan perpisahan itu.. Rugilah kita akan masa masa yang telah berlalu.. Membazir akan waktu, seharusnya kita lepaskan tanpa ada lagi jaminan untuk kecewa, tapi kita masih lagi merasakan kesakitannya..
Kita masih ternanti nanti dan menunggu akan datang cinta lama itu, seolah kononnya atas nama cinta setia dan tidak berpaling pada orang lain.. Itu adalah tindakan yang tidak bijak.. Kerana si dia telah pergi sedang bahagia dengan orang lain.. Mengapa harus lagi ditunggu tunggu dan membiarkan cinta lain datang tanpa melihat?
Perpisahan itu sudah nyata dan tersurat.. Cukup sudah meratapi akan kehilangan sebuah perhubungan ini.. Bangun dan bersemangat hadapi hari hari yang semakin mencabar.. Jangan dibiarkan rasa kesedihan dan kekecewaan menguasai dirimu hingga membuatkan kamu telah hilang akan dirimu sendiri..
*****
Entry ringkas tentang perpisahan, tidak diterangkan secara fokus..