Kita akui dan kita mengerti akan situasi.. Kadang kita terleka kerana masih ada sisa sisa pautan kisah dulu yang tak kesempatan.. Kerana kadang kita terlepas pandang akan sesuatu yang telah digengam dan cuba ingin mencapai yang telah lama terlepas.. Dan selalu kita katakan, aku sudah melupai namun pada satu hakikat kita hina dalam kiasan dunia menidakkan hakikat yang sudah berlalu itu sudah pasti..
Kita ingin capai pelangi indah berwarna di depan, namun tangan kita amat jauh dan hanya mampu melambai.. Kita dambakan setenang air laut dalam tapi pada zahirnya gelora jiwa amat terusik.. Kita merasa bertapa indahnya ciptaanNya tanpa kita sedari melunaskan bisikan bisikan yang ada..
Kisah yang mendamba rasa, rasa cinta yang dipendamkan.. Apakah salah yang telah dirasakan ini? Apakah salah minda yang meneka, sedangkan aku punya naluri yang merasakan getaran jiwamu.. Adakah rasa ini juga dari rasa cintamu? Degupan jantungku ini berdegup kencang saat aku mengingatimu.. Mataku ini sering melihat keindahan cinta darimu..Kerana kita punyai jiwa.. Jiwa kita adalah sandaran pada pendirian kita.. Dan bila sesuatu keputusan pilihan itu telah di buat.. Tetapkanlah pilihan itu.. Yakin dan pasti.. Ketentuan jodoh itu adalah dari Allah SWT..
Aku mencari bukan yang sempurna di mataku.. Aku mencari yang serasi dengan jiwaku.. Dan aku akui, aku jua bukan orang yang sempurna di hatimu.. Dan bersama sama kita mencari kesempurnaan di antara kita di dalam menuju ke syurgaNya