Wednesday, January 18, 2012

Orang Yang Menyintai Kamu

Pernahkah kita bertanya, di mana ada nilai erti kasih yang telah bersemi? Dan hadirnya adakah sekadar mengisi ruang ruang kekosongan atau sekadar sandaran hati?

Kita punya hati dan akal untuk menilai sejauh mana sekuat nalurinya untuk menakluk hati kita..



Kita punyai jiwa yang ada rasa untuk menjarakkan perbezaan palsu dan keaslian hati.. Mungkin kita salah di dalam menilai, dan kita telah kehilanganya..

Mengaku sahaja kamu telah membiarkan seseorang yang amat menyintaimu itu telah pergi.. Setelah semakin lama semaki terhakis rasa di hati, membuatnya si dia mulai rasa pudar..
Hidup kita sering saja didatangi kenangan masa lalu.. Yang sering saja berganti dengan suka duka dengan seseorang yang pernah hadir pada hidup kita.. Kadang kita tidak pernah tahu menilai erti perasaan yang hadir.. Dan sering saja kita salah dalam menilai erti rasa itu..
Manusia kadang salah dalam menilai kejujuran dari sesorang.. Dan ada kalanya bertindak di luar perasaan apabila apa yang diimpikan tidak tercapai..
Dan kadang kita bodoh dengan mencintai orang yang meninggalkan kita tapi meninggalkan orang yang mencintai kita..
Dan kadang kita terlalu ego untuk menyatakan cinta pada orang yang mencintai kita.. Kerana kita selalu yakin si dia akan selalu berada di sisi kita.. Terlalu yakin sedangkan orang yang mencintai kita juga mempunyai perasaan dan jemu.. Takkan si dia akan selalu menunggu dalam penantian yang samar.. Dan bagi aku, rasa itu akan pudar dan hilang di mamah dengan kekecewaan dibiarkan menjadi tanda tanya..

Orang yang menyintaimu akan selalu berada bersama kamu walau bagaimana caranya.. Jika kamu di dalam kesunyian yang panjang, si dia akan segera bersamamu menemanimu.. Si dia takkan berfikir panjang untuk meluangkan masa denganmu.. Hanya sekeping sms kepadanya, cepat si dia akan return call dan berborak denganmu.. Si dia akan melayan karenahmu hanya untuk memastikan kamu tidak sunyi, sepi, boring, bosan dan sebagainya..

Apabila kamu dalam kesedihan dan terasa amat memerlukan seseorang.. Dia akan selalu ada.. Dia akan sama sama menyelami perasaanmu.. Hadirnya bukan saja membuatkan kamu terasa hilang kesedihan malah kamu akan menjadi happy.. Kadang dia jua akan menanggis bersama kamu.. Orang yang mencintaimu jua akan menyayangimu.. Itulah dia, selalu ada tika dalam kesedihan..

Kadang orang yang menyintaimu, melakukan beberapa perkara yang agak sentiasa menghubungi kamu.. Sebagai contoh, si dia akan sms berkali kali.. Akan call kamu walau kamu tidak menjawapnya.. Tanpa ada rasa jemu dan lelah, dia akan selalu mengucapkan selamat pagi, bertanya sudah lunch good night dan sebagainya.. Kadang sehari mungkin berkali kali call dan beratus ratus sms.. Kadang melalui YM, chat Fb atau sebagainya.. Semua perkara dia nak tahu.. Memang merimaskan..

Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kamu tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kamu lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.. 

Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.. Dan saat itu, matanya pasti berkaca kerana saat bersamamu itu tidak bias berulang selalu..

Dan orang menyintai kamu tidak akan mengungkit atas apa yang telah dia lakukan selama ini.. Kadang dia emosi mungkin si dia dalam merajuk atau marah pada kamu..

Walau kamu sudah mempunyai teman istimewa, orang yang menyintai kamu tidak pernah ambil peduli.. Baginya selagi kamu belum sah di akad nikah, selagi itu dia akan bersungguh sungguh merebut untuk bertahta di hati kamu.. Baginya kamu tetap bahagia dan selalu di hatinya..

Si dia akan membuat pelbagal alasan untuk bertemu denganmu.. Kadang alasannya tidak munasabah.. Sanggup si dia akan menunggu kamu di depan rumahmu.. Jika jauh dia sanggup menghabiskan masa dan wang ringgit asalkan dapat bertemu kamu.. Dan pada masa hendak pulang, kamu perasan atau tidak, hatinya sedih kerana akan berpisah.. Dan kadang si dia selalu ucapkan terima kasih sudi luangkan masa dan bertanya tarikh seterusnya untuk bersua lagi.. 
Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kamu berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu, kamu akan mengetahui dia adalah cinta yang tidak pernah kamu sedari..

Itulah kita, telah hilang mata yang sudi memandang.. Hati yang sudi dikongsi.. Suka dan duka, dan berjanji sumpah setia untuk hidup hingga tutup mata setelah menjadi halal pada hubungan



Comments
29 Comments

29 Orang Yang Prihatin:

Umie Naziera said...

bahagianya kalau ada yunk sudi mencintai setulus hati..hmm

anGah said...

@umie naziera InsyaAllah ada.. Cuma beza lambat atau cepat saja ketemu..

Unknown said...

Erm sungguh ironi
org mngejar kite

tpi kite sbok mngejar org y xpasti

hargaila org y mncintai kite

anGah said...

@Iffah Afeefah biasalah kita.. nampak org lain..

Anonymous said...

dlu cmtu skrg da xde lak..sy rndu yg dlu.. :(

♪..aq[daN]pUteraku..♪ said...

tersentuh...
klola masa ble d putar semula..uhukss :'((

ikhwaniey said...

harap2 saya takkan terlepas pandang orang yang tulus mencintai saya.....

Yoep lintor said...

knpe begini..! hidup kn tiada seri andai org yg kita cintai berlalu pergi..

Anonymous said...

saya amat mencintai dia..harap dia tahu dan faham akan ketulusan hati ini...

reenapple said...

susah nak detect orang yang cintakan kita. bila dah kehilangan baru kita sedar..=)

wanzafirah said...

like this entri very much !

Sunah Sakura said...

nice entri angah... :)

محمد رازيق said...

ironi. entri yang menarik angah. menyedarkan urat-urat yang hampir putus. salam kenal angah, jmput singgah blog

Unknown said...

sayu hati baca entri ni. :'(

Khuzrin Kamarudin said...

Segalanya terserah.. Thumbs Up.. :)

AdaM Hawa said...

beruntung insan yang sentiasa di sayangi..

Syazny said...

nak share leh... :-) nice entry..

Unknown said...

hmm....dun know wat i want to say....

Unknown said...

(xde kene mengena dengan tajuk:hehe) cantiknyer header! hohoho

anGah said...

@eeiyss memang takde kena mengena.. hehe

G said...

damn lah, time macam ni hati gua tersedak sedu membaca...

gua baru lepas dikecewakan... sadis..

rozeeta rashid said...

dia yang saya sayang nak kahwin ahad ni. sehari sebelum birthday saya pulak tu. hadiah terbaik. :'(

Izzan Sani said...

aik...admirer seseorang....hu tp xterluah so just wait n see je la...berharap suatu hr nti ada seseorang yg sm or same as him for me insyaAllah..

Nong Andy said...

Angah.. berilah tips untuk belajar membalas cinta org yg cintakan kita hee..

tapi.. mahukah cik 'hati' mendengar kata?

er.. aku bilang sila balas cintanya

cik 'hati' geleng kepala tak henti-henti.. ala.. tolonglah angah :)

*Merapu di sini pula dah..

Epal merah said...

boley tak nk copy kat blog?

Firdaus® said...

nice entry...

blogwalking here..do follow my blog ye~ =)

Anonymous said...

Tersedu sedu saya

Serunai said...

Salam kenal.. entri menarik hati.. meninggalkan org yg kita cintai adalah perkara biasa, tapi ditinggalkan oleh org yg menyintai kita adalah sgt bahaya..dan pesan pada air mata, jgan mengalir kerana kepedihan hari ini.. hidup sementara di dunia, adalah untuk hidup yg selamanya disana... Tabahlah wahai hati!

FATEN NABILAH RUSHDAN said...

hai . aten pinjam entry awak tao . aten letak kat blog aten (^^) kalao rajin follow lar sekali . aten suka entry2 awak (^^)