Dan kita semakin asyik dengan keluhan hati, membiarkan luka itu terus menanah tanpa mengambil usaha untuk memulihkan hati telah parah..
Tanpa kita sedari atau kita sendiri yang tidak mahu memahami, cinta itu tidak seharusnya memiliki..
Membiarkan pergi bukan tiada lagi kesan tapi, kita akui tiada gunanya bersama dan merintih akan rayu jika hati tidak lagi merasakan bahagia walau bersama.. Kerana cinta itu bahagia bila melihat si dia tersenyum tenang bersama insan yang dicarinya
Bila banyak bicara kosong tanpa ada sesuatu, menunjukkan kebodohan diri sendiri.. Kadang diam itu bukan bererti tidak mampu membicara, tapi membiarkan situasi agar tiada balah...
Duhai hati yang luka,
Mengapa selalu terkenang akan kepedihan perpisahan yang terjalin tanpa ada langsung semangat untuk bangun di dalam menempuh kehidupan ini?
Duhai hati yang kecewa,
Mengapa di biarkan sahaja sakit sakit itu menghiasi harimu tanpa ada satu pun pegangan untuk memberi suntikan sinar di dalam perjalananmu..
Duhai hati yang telah hilang akan diri,
Bangun dan sedarilah.. Cinta itu tidak seharusnya kamu miliki dengan punyai dirinya.. Kadang membiarkan dia pergi, dan melihat dirinya punyai bahagia.. Dan kamu selalu mendoakan kebahagiaan bersama, jua punyai erti cinta yang sejati..
Bila aku tertanya dalam diri, siapakah aku hari ini.. Mahu terus ada disini, atau terus melangkah jauh dan pergi.. Menjadi pendiam dan bersendiri, sebenarnya aku tidak layak bertapak dalam rumpun ini..
Bangun dan sedarilah.. Cinta itu kadang tidak seharusnya memiliki~
Sedetik cuma merasakan bertapa kehangatan rasa itu hadir.. Amat selesa dan bagaikan tiada langsung akan kesalan yang dikeluh.. Namun, bila hilang tiada, terasa sakit dan menikam berkali kali.. Bagi tertusuk kelu lidah berbicara.. Sungguh erti kepedihan cinta itu amat menyakitkan..
Jangan terlalu mendalami erti cinta yang tiada wajah akan setia.. Terlalu asyik dengan hubungan yang tidak ketahui mana pengakhirannya pasti akan ketemu perpisahan..Cukup sudah untuk kamu menahan sakitnya luka..