Kesunyian ini terlalu indah.. Terlalu asyik untuk dihayati.. Walaupun pedih dan terluka.. Sunyi ini pasti kan menemani.. Walaupun pahit dan sengsara, sanggup ku tempuh.. Kerana aku keseorangan.. Kerana aku kesepian.. Kerana tiada siapa yang memahami diri kita selain kita sendiri..
Kehilangan cinta yang disemai bertahun lamanya memang membuatkan seseorang itu seolah perginya separuh jiwa..
Tiada lagi merasakan satu rasa kini..
Aku menoleh memandang di mana letaknya mentari.. Di dalam mencari sinarnya hati.. Bila senyuman tidak semanis dulu lagi.. Bila apa yang ada kini cuma khayalan dinihari.. Menghitung dan mengira hingga suatu hari nanti.. Yang tampak jelas cumalah suramnya hati.. Hingga sampai suatu masa aku jua akan mati..
Hanyut di dalam dunia sendiri tanpa ada belas dari sesiapa.. Lemas di dalam kesakitan yang amat sukar dibayangkan..
Tiada lagi merasakan satu rasa kini..
Aku menoleh memandang di mana letaknya mentari.. Di dalam mencari sinarnya hati.. Bila senyuman tidak semanis dulu lagi.. Bila apa yang ada kini cuma khayalan dinihari.. Menghitung dan mengira hingga suatu hari nanti.. Yang tampak jelas cumalah suramnya hati.. Hingga sampai suatu masa aku jua akan mati..
Hanyut di dalam dunia sendiri tanpa ada belas dari sesiapa.. Lemas di dalam kesakitan yang amat sukar dibayangkan..
Menangislah kuat kuat dalam mencari kekuatan diri yang lemah.. Luahkan saja sendu kecewa itu puas puas seolah tiada lagi akan peritnya.. Kamu punya rasa.. Kamu punya sakit yang dalam.. Kamu sendirian yang tahu.. Dan kamu jua yang menanggungnya..
Tersenyumlah kini tika rindu masih membara, kerana bila pudar akan rasa tercari cari dimana aku nanti.. Tiada lagi berpaling akan satu wajah..
Hargailah aku kini tika masih aku punyai akan cinta, kerana bila tiba satu masa.. Pasti aku kenal erti lelah.. Dan tika itu, tercari cari kamu akan diriku, tiada lagi punyai makna..
Jika di tanya akan aku satu soalan, adakah sesalan atas percintaan yang musnah itu perlu ditangisi.. Ya.. Kerana kita adalah manusia yang lemah.. Kerana kita insan biasa.. Tidak.. Jika hanya berpanjangan dan rapuh tiada usaha untuk bangun..
Kadang siapa yang tahu dan dapat memahami diri kita? Kadang hati kita terlalu sunyi dan keseorangan di dalam menempuh saat getir.. Saat yang merasakan betapa peritnya, betapa sakitnya, hanya kita sendiri yang rasa.. Dan teman kita cumalah diri kita dan semangat untuk bangun semula..
Hanya sekadar memandang sepi melihat kepayahan diri, hanya membiarkan sekeping hati semakin lara terbang melayang.. Tertawan dalam esakan penuh sendu.. Yang semakin menghiris hati seolah menanti belahnya jiwa..
Kita punyai rasa.. Kita punya jiwa yang kuat.. Kita bukan anak kecil yang masih mentah.. Kuatkan hatimu, cekalkan jiwamu.. Bangun dan langkah saja kaki itu.. Jangan di pandang lagi erti kekecewa jika hanya merubah menjadi lemah..
Siapalah yang dapat kasihan hati kita sendiri jika bukan kita.. Jagalah.. Pupuklah dengan nilai yang masih ada.. Percaya dan yakin, cahaya masih ada walau bertapa gelapnya dunia tika musnahnya satu kisah percintaan..
Kita masih lagi tersepit di dalam diri yang kini bagai satu mimpi yang hilang.. Mencari kekuatan yang dirasakan ada tapi sebenarnya telah hilang.. Kita lemah dan tersungkur jauh meratap sayu.. Kita mencari dan terus ternanti.. Dimana adanya senyum itu..
Pandang dalam jauh ke mataku.. Pandanglah dengan lirikan kasih yang ada.. Tenung dalam diam diam.. Katakan di antara kita tiada lagi cinta yang hadir
Hati kita, kita punyai rasa.. Jagalah dan sayangilah.. Pupuklah dengan mesra dan selamilah apa kata hati.. Kerana kita sendiri yang terluka, kita jua merasakan kepedihannya..
Sebelum membenarkan orang lain menyayangi diri kita.. Sayangilah diri kita sendiri terlebih dulu..