Usahlah berdukacita dengan kesusahan dan penderitaan, kerana disebaliknya ada rahmat dan hikmah yang tersembunyi dalam kehidupan.. Dan janganlah juga terlalu bergembira dengan kebahagiaan dan kesenangan, kerana tidak mustahil disebaliknya sedang menanti diakhirnya penderitaan dan kesengsaraan
Andai suatu saat aku hilang daripada pandanganmu, usah kamu cari aku kerana aku tidak pernah meninggalkanmu.. Andai suatu saat aku berhenti menghubungi dirimu, usah kamu gusar kerana aku juga ingin waktu untuk diriku.. Andai suatu saat aku mengalirkan airmataku, usah kau usap kerana aku ingin membasuh kekecewaan hatiku..
Namun andai suatu saat engkau hilang daripada pandanganku, aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan dirimu.. Andai suatu saat kamuc berhenti menjawab panggilanku, ingatlah aku sentiasa ada saat saat kamu memerlukan diriku.. Andai suatu saat kamu tersenyum bahagia, aku juga akan tersenyum gembira melihat dirimu bahagia..
Cuma pesanku, andai suatu saat kamu memerlukan aku dan aku tidak bisa untuk membantumu usahlah kamu rayu aku.. Bukan kerana aku membenci dirimu tapi kerana aku takut aku akan menyakiti hatimu..
Sudah tersurat ketentuanNya pada satu perjalanan hidup kita.. Kita tidak tahu jodoh kita siapa, dan kita jua tidak menduga jodoh kita berpanjangan.. Kita hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal..

Sebuah perkahwinan itu bukanlah seperti hubungan cinta di zaman remaja..
Aku boleh mengerti dan memahami cinta itu tidak boleh di paksa dan di desak akan rasa.. Jika masih tiada lagi rasa kasih dan sayang pada hubungan kita, aku masih lagi sabar dan menunggu.. Kan ku nanti tiba saat bahagia itu ada..
Namun jika, langsung tiada akan usaha kamu menapak mencari sinar cinta pada hubungan kita.. Apalah yang ada pada sebuah penyatuan dua hati dan dua jiwa ini.. Terasing di dalam dunia khayalan sendiri yang mengundang akan sakit tidak terperi..
Jika aku mampu melepaskan semua rasa dahulu hanya kerana ada kamu dan aku kini, mengapa amat susah dan sukar buat dirimu melepaskan jua kisah lama dan memberi sepenuh hati pada kita?
Jika aku jua kuat menidakkan bisikkan rasa cinta lama yang pernah terpahat dulu, mengapa kamu harus lagi menyimpan dengan kemas seolah cinta lama kamu adalah cinta teragung..
Mengapa harus lagi ada rasa bebanan yang lalu?
Sedangkan pada kamu, siapa aku sebenarnya layak di hati?
Sedangkan kamu adalah tanggunganku, mengapa biarkan noda terus terpalit?
Sedangkan aku pada kamu sewajarnya yang terutama selepas Allah SWT dan Rasul, mengapa tepikan saja taat dan patuh itu?
Bukan aku yang menjarakkan kita.. Bukan kerana aku, kamu terus melayani cinta derita.. Itu adalah pilihan kamu, untuk terus dalam khayalan tentang cerita lama.. Yang semakin lama semakin derita akan kenangan..
Berusahalah untuk redha di dalam setiap perkara, meskipun adakalanya rebahnya jiwa, tapi bangkitlah semula..
Bersedih itu tak salah, kerana itu lumrah.. Cuma jangan sampai menyalahkan ketentuan Allah.. Bersabarlah duhai hati, kerana sabar itu indah pada yang mengerti..
Mengapa amat susah dan sukar buat hati ini berhenti menyintai seseorang yang pernah hadir.. Seolah cuba menahan kerdipan mata ini berlaku.. Semakin lama menahan kerdipan mata, semakin akan terasa sakit yang memuncak..
****
Entry ini lebih fokus pada hubungan suami isteri di mana salah seorang pasangan ini, tidak mempunyai rasa sayang dan kasih pada yang sewajarnya.. Dan salah satu pihak cuba untuk bertahan dan bersabar hingga satu masa pun tak pasti..
Kerasa sabar itu pahit, dan penghujungnya pasti ada kemanisan..
Mungkin ada sambungan~