Sunday, July 31, 2011

Rahsia Wanita Part 3

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada difikirannya tetapi LELAKI YANG DICINTAINYA sekarang akan berada di tempat istimewa iaitu dihatinya!! Jadi, jangan cemburu kalau sesekali dia tersebut fasal "ex"nya..

22. Teman baiknya sahaja yang tahu segala yang sedang dia rasa dan lalui.. Jalinkan hubungan baik bersama teman rapatnya.. Jangan OVER sudaa ler~~

23. Wanita PALING BENCI lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata mahu menambat hatikawan mereka yang paling cantik.. Kalau kamu pernah lakukan, kamu betul-betul TAK GENTELMAN!!!!!!

24. Apabila sorang wanita mengatakan dia sedang sedih, tetapi dia tidak menitiskan air mata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya..

25. Satu ucapan "hai" sahaja SUDAH CUKUP menceriakan harinya.. Cuba laa kamu telefon dan ucap "selamat pagi" dan di akhiri dengan "sweet dream" sebelum tidur..

26. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka SEPENUH HATI.. Tolonglah lelaki, jangan mensia-siakan kami~~

27. Senjata wanita adalah air mata!! Tetapi jangan terperangkap dengan air mata palsu..

28. Wanita suka sesekali orang yang disayanginya mengadakan suprise buatnya, sekadar hadiah, bunga atau mugkin kad ucapan yang romantis.. Mereka akan terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.. Percayalah,dia tidak akan cari yang lain..

29. Wanita MUDAH jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.. Apatah lagi jika kamu membawanya ke klinik ketika dia sedang sakit.. Sumpah!! Kamulah lelaki yangpaling dikehendaki di abad ini..

30. Tidak susah menjaga hati wanita.. Dia cuma mahu kamu menyayanginya SEPENUH HATI.. Kalau benar kamu mencintainya, lihatlah bagaimana dia membalas segala kecintaan kamu itu..



* Entry ini bukan dari aku.. Share dari note note facebook.. Tak tahu sumber yang asli.. Rasanya banyak org dh share.. Menarik mengenai wanita.. Sekadar berkongsi



Saturday, July 30, 2011

Rahsia Wanita Part 2

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.. Adakalanya wanita mahu bersama kamu dalam ruang santai dan penuh senda gurau..

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan RESPON POSITIF misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tidak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai 10 minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.. Perempuan suka jual mahal!!

13. Sekuntum SENYUMAN memberi seribu erti bagi wanita.. Jadi jangan senyum sebarangan.. Biasalah, perempuan adakalanya cepat perasan dan hatinya cepat terbuai..

14. Jika kamu menyukai wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.. Kemudian biarkan diamengenalimu dengan lebih mendalam.. Jangan gelojoh kerana perempuan tidak suka lelaki gopoh..

15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tidak berminat dengan kamu..

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia terus menghubungi kamu dan menunggu panggilan dari kamu, teruskan usaha untuk memikatnya sehingga dapat..

17. Jangan sesekali MENEKA apa yang dirasakan.. TANYA dia sendiri kerana hati perempuan sukar diramal tetapi jangan salahkan perempuan sebab mereka ada pusingan hormon yang tidak menentu..

18. Selepas seorang gadis jatuh cinta, dia sering tertanya-tanya kenapalah aku tidak jumpa lelaki ini terlebih awal.. Dia lebih baik dari kekasih aku!

19. Kamu masih tercari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, cubalah rajin-rajinkan diri menyelak buku-buku cinta..

20. Dalamnya cinta, perempuan apabila menyelak album yang telah siap,gambar yang pertama dilihat adalan teman lelakinya.. Begitulah juga kala membaca zodiak.. Dirinya adalah yang kedua selepas mengetahui hal kamu, TAHU?!



* Entry ini bukan dari aku.. Share dari note note facebook.. Tak tahu sumber yang asli.. Rasanya banyak org dh share.. Menarik mengenai wanita.. Sekadar berkongsi



Friday, July 29, 2011

Hati Kita, Kita Punyai Rasa

Kesunyian ini terlalu indah.. Terlalu asyik untuk dihayati.. Walaupun pedih dan terluka.. Sunyi ini pasti kan menemani.. Walaupun pahit dan sengsara, sanggup ku tempuh.. Kerana aku keseorangan.. Kerana aku kesepian.. Kerana tiada siapa yang memahami diri kita selain kita sendiri


Kehilangan cinta yang disemai bertahun lamanya memang membuatkan seseorang itu seolah perginya separuh jiwa.. Hanyut di dalam dunianya sendiri tanpa ada belas dari sesiapa.. Lemas di dalam kesakitan yang amat sukar dibayangkan..

Menangislah kuat kuat dalam mencari kekuatan diri yang lemah.. Luahkan saja sendu kecewa itu puas puas seolah tiada lagi akan peritnya.. Kamu punya rasa.. Kamu punya sakit yang dalam.. Kamu sendirian yang tahu.. Dan kamu jua yang menanggungnya..

Jika di tanya akan aku satu soalan, adakah sesalan atas percintaan yang musnah itu perlu ditangisi.. Ya.. Kerana kita adalah manusia yang lemah.. Kerana kita insan biasa.. Tidak.. Jika hanya berpanjangan dan rapuh tiada usaha untuk bangun..

Kadang siapa yang tahu dan dapat memahami diri kita? Kadang hati kita terlalu sunyi dan keseorangan di dalam menempuh saat getir.. Saat yang merasakan betapa peritnya, betapa sakitnya, hanya kita sendiri yang rasa.. Dan teman kita cumalah diri kita dan semangat untuk bangun semula..

Hanya sekadar memandang sepi melihat kepayahan diri, hanya membiarkan sekeping hati semakin lara terbang melayang.. Tertawan dalam esakan penuh sendu.. Yang semakin menghiris hati seolah menanti belahnya jiwa..

Kita punyai rasa.. Kita punya jiwa yang kuat.. Kita bukan anak kecil yang masih mentah.. Kuatkan hatimu, cekalkan jiwamu.. Bangun dan langkah saja kaki itu.. Jangan di pandang lagi erti kekecewa jika hanya merubah menjadi lemah..

Siapalah yang dapat kasihan hati kita sendiri jika bukan kita.. Jagalah.. Pupuklah dengan nilai yang masih ada.. Percaya dan yakin, cahaya masih ada walau bertapa gelapnya dunia tika musnahnya satu kisah percintaan..

Kita masih lagi tersepit di dalam diri yang kini bagai satu mimpi yang hilang.. Mencari kekuatan yang dirasakan ada tapi sebenarnya telah hilang.. Kita lemah dan tersungkur jauh meratap sayu.. Kita mencari dan terus ternanti.. Dimana adanya senyum itu..

Pandang dalam jauh ke mataku.. Pandanglah dengan lirikan kasih yang ada.. Tenung dalam diam diam.. Katakan di antara kita tiada lagi cinta yang hadir

Hati kita, kita punyai rasa.. Jagalah dan sayangilah.. Pupuklah dengan mesra dan selamilah apa kata hati.. Kerana kita sendiri yang terluka, kita jua merasakan kepedihannya..

Sebelum membenarkan orang lain menyayangi diri kita.. Sayangilah diri kita sendiri terlebih dulu..



Dan Bila Jodoh Itu Tiada Lagi



Jodoh itu adalah rahsia dari Allah SWT.. Rahsia yang mana selalu bermain di fikiran kira berbanding dengan perkara perkara yang lain.. Dan kita selalu asyik dan lupa, kadang jodoh itu jua tidak panjang.. Tidak selalunya bersama kita..



Kisah percintaan yang kita perjuangankan pasti kita impikan berakhirnya satu ikatan yang sah dan halal iaitu akad nikah dan majlis perkahwinan.. Sedangakan berkahwin kita bukanlah berakhirnya episod percintaan di antara dua insan.. Di antara dua jiwa yang sama sama berjanji sumpah setia.. 

Sedang kita merasakan begitu manisnya sesuatu ikatan itu, pasti akan menjadi racun jika tidak dijaga dilaksanakan tanggungjawab dengan sempurna.. Perkahwinan adalah permulaan bagi ujian dan dugaan pada kita untuk melihat sejauh mana kita mampu di uji.. 

Kita sering merancang akan satu kehidupan yang bahagia bersama si dia insan yang kita sayangi.. Satu kisah percintaan yang panjang di dalam sejarah hidup.. Dan kita terus di alam mimpi kerana impian mendirikan rumah tangga dengan orang yang kita sangkakan itulah permata hati kita.. Sedangkan kita manusia, merancang cumalah watak kita.. Sesungguhnya sebaik baik perancangan adalah dari Allah SWT..

Sebenarnya bukan tujuan percintaan di antara sepasang kekasih berakhir dengan perkahwinan.. Kerana di alam rumah tangga, lebih onar dan duri akan bersama di tempuh.. Di saat itu, kita di uji di mana adanya rasa kasih dan sayang yang bersemi.. Masih kukuh atau semakin pudar warna cinta yang pernah di ucap janji?

Kita tidak dapat menjangka dan meramal masa depan kita.. Walau sekuat mana kita.. Walau sehebat mana kita.. Kita jua hambaNya yang lemah.. 

Jangan kita terlalu yakin dan amat pasti jodoh kita itu selalu ada.. Berdoalah.. Berusahalah.. Dan bertawakal kepada Allah SWT

Pada sekeping hati, yang baru sahaja melewati saat getir akan perpisahan di antara satu ikatan.. Pesanku, bersabarlah.. Tabah di dalam mengharungi kehidupan yang baru.. Kehidupan yang mencabar di dalam menjadi ibu tunggal.. Masih ada lagi pandangan dan ratapan yang sudi.. Masih ada lagi sayang dan kasih yang tidak pernah hilang..

Kamu masih ada lagi harga diri.. Kamu kuat dan tabah.. Aku tahu kamu.. Aku kenal kamu.. Dan kamu lebih yang amat kenal dirimu.. Dan jangan tunjukkan wanita itu lemah dan tiada akan pegangan bila di tinggalkan oleh lelaki.. Kamu masih ada yang sayang..

Dan janganlah terus menyerah.. Allah SWT sayang akan kamu, kerana itulah dugaan dan ujian ada pada kamu.. Jangan ada rasa kesal dan sesal.. Bersabarlah.. Berdoalah.. Kita hanya mampu merancang..

Tersentap dan sayu.. Aku doakan kamu tabah dalam menghadapi dugaan.. Melepaskanmu dulu, kerana aku yakin kamu telah ketemu bahagia.. Namun jodoh tidak panjang, agar kamu sabar dan menerima takdirNya.. Dari jauh hanya mampu memandang dan kirimkan doa.. Tabah dan sabarlah duhai kamu, seseorang yang bermakna di dalam hidupku..


*Moga tabah dan berbanyak bersabar duhai seorang sahabat, temanku.. meratap sayu akan kehilangan itu adalah kebiasaan bila terjadinya perpisahan.. Tapi bila sudah reda, bangun dan teruskanlah langkahmu di dalam perjalanan yang semakin sesak.. 



Thursday, July 28, 2011

Rahsia Wanita Part 1

1. Bila dah DECLARE, bermaksud kamu sanggup berkorban demi perhubungan ini.. Jadi janganlah cakap "Sorry, I'm not perfect for you..".. Sekurang2nya cuba laa lakukan yang terbaik~

2. Apabila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masauntuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf..

3. Wanita sukar untuk mencari benda dibenci tentang orang yang dia sayang.. Sebab itu laa,ramai wanita yang patah hati apabila hubungan cinta putus ditengah jalan..

4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada difikirannyawalaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain..

5. Takkala lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair sepertiCOKLAT dan sering kali dia akan cuba lari dari bertatapan mata denganmu!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu pula tidak tahu bagaimana mahu menerima pujian itu..

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar kerana ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia sudah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja..

8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri daripada kamu selepas kamu tolak cintanya, biarkandia untuk seketika, sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan..

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka..

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ini langsung tak berguna.. Sesiapa pun akanterasa jika itu keluar dari mulut kamu, terutama orang yang kamu sayang..



* Entry ini bukan dari aku.. Share dari note note facebook.. Tak tahu sumber yang asli.. Rasanya banyak org dh share.. Menarik mengenai wanita.. Sekadar berkongsi



Bertemu Kita Hanya Sementara


Jika dengar akan aku, jangan menoleh mencari wajahku.. Cuma hayati alunan suaraku.. Jika baca akan aku, jangan mencari siapa aku cuma lihat dan dalami apa maksudku.. Aku bukan siapa siapa bagimu.. Cuma sebaris kata buat menghiasi duhai dukanya hati.. Kamu bukan siapa siapa bagiku.. Cuma tatapan tinta bisu dalam ku kenal apa ertinya rasa..


Ada rasa yang ingin di kongsi.. Menjadi kisah dalam sebutan di alam mimpi.. Menjadi ikutan pada hati yang sudi.. Agar menjadi satu kebaikkan, mencorakkan perjalanan suatu hari nanti..

Baca akan aku, mendengar akan luahanku.. Sedang aku masih begini, mengharap mekarnya cinta yang baru bersemi..

Bisikkan kadang mencemarkan niat di kala rasa itu semakin lama semakin pudar akan warnanya.. Menjadi satu tompok hitam.. Dan kelamaan, semakin hitam.. Dan cukup susah dalam mencari mana ubatnya.. Mencari mana zahirnya tersembunyi batin yang menjadi pegangan..

Kadang kita rasakan kita dah cukup sempurna hingga bila seseorang menegur kita, dengan angkuh kita dalam diam menafikan kenyataan.. Kerana kita masih ada lagi sifat sombong akan diri dan bangga akan sesuatu.. Bila ego semakin memuncak, kita terus berlagak.. 

Kerana hati kita di duga dan di uji.. Dalam mencari hiasan dunia, kita terus lemas dalam pandangan sinis..

Berpesan pada hati, agar tetap dan kukuh akan diri.. Jiwa cuma satu.. Kadang besar dan kadang kecil.. Tapi jangan hilang dan lupa asal diri..

Aku mencari, aku punyai rasa.. Aku hilang, masih ada rasa.. Jangan di sanjung tinggi.. Jangan di angkat pergi.. Kerana aku jua manusia.. Ada salah dan pernah jua kalah.. 

Dengar akan aku, baca kiasan dalam suram agar tenang selalu.. Bercerita akan coretan aku, berkongsi luahan namun pintaku, agar dinilai dan pahami apa maksudku.. Bukan nama ku minta, tapi ilmu yang baik disebar bersama agar yang derita, semakin ceria.. Agar bahagia itu terus ada.. Walau kadang sakit itu ada lukanya.. 

Kadang inilah caraku dalam mengenal erti kehidupan.. Menulis ini bukan kerana nama tapi punyai rasa.. Aku dengan duniaku.. Jika sayang akan aku, jangan di lihat wajahku tapi dengarlah alunan nukilan.. Jika sayang akan aku, jangan di angkat akan aku, aku takut akan penyakit hati kadang aku tak mampu untuk di tempis.. 

Di dalam alam maya, apa yang kita cari sebenarnya? di dalam angan yang panjang mimpi kan selalu indah.. Kita di dalam dunia kita sendiri tanpa kita sedari hati kita semakin menjauh pada satu realiti..



Wednesday, July 27, 2011

Jenaka : Menanti kelahiran

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital.
Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama,
“Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”
“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,”
kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua,
“Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”
“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga,
“Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.
“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini,
saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya,
“Apakah yang merunsingkan awak?”
Dengan perasaan gelisah dia menjawab
“Saya bekerja di Seven Eleven.”



Tuesday, July 26, 2011

Apa kata hati wanita



 Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

Senjata wanita adalah airmata!!

Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

*Note ini bukan dari aku.. aku share dari note note facebook.. banyak sangat sampai tak tahu sumbernya yang asli.. suka nak share di sini.. nanti kalau ada masa, aku buat edisi aku lak ye.. huhu



Jenaka - Selamat Pagi Cikgu

Selamat Pagi Cikgu -
Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)



Monday, July 25, 2011

Jika Dengar Akan Luahku



Jauh itu satu jarak tempat yang tidak tercapai akal kita untuk menghitung.. Kadang terasa amat rindukan satu perasaan yang sukar dinyatakan.. Jauh itu membuatkan kita selalu terasa satu kehilangan yang kadang kita langsung tidak menghargainya tika berdekatan..

Assalamualaikum

Aku tertarik untuk menulis satu entry pada pendapat dan luahan aku sendiri pada kali ini.. Selalu aku fikirkan untuk memberi pendapat tentang asalnya ada blog jiwa jiwa.. Dan sekarang aku rasa masa yang sesuai untuk aku luahakan..

1- Aku cuba elak untuk tidak menceritakan soal luahan hati aku di dalam blog ini.. Dan selalu aku postkan entry entry yang berkisar tentang perasaan.. Memang apa yang ku tulis cuba aku tunjukkan di dalam blog ini.. Tapi tidak semestinya aku di dalam alam sendiri.. Sebagai contoh ada beberapa entry berkisar tentang soal rindu, sepi dan dan sayu.. Sebenarnya aku cuma mendalami beberapa watak teman atau kenalan sekeliling aku.. Dan aku cuba tonjolkan di dalam bentuk penulisan.. Bukan aku bercakap aku tiada soal rasa perasaan sepi sunyi rindu atau sayu.. Cuma aku cuba untuk menjadi seseorang itu jika rasa itu hadir.. Aku cuba memberi gambaran secara kasar atau mendalam sesuatu bentuk rasa..

2- Blog ini bukan blog peribadi yang mengisahkan kehidupan aku.. Dan kadang aku risau serta takut jika ada kenalan kenalan aku, saudara saudara aku merasakan aku begitu.. Sungguh di dalam blog ini sudah ada saudara saudaraku yang membaca dan menjadi follower.. Ada juga kenalan rapatku di sini.. Itulah sebab kena identiti aku terpaksa dirahsiakan.. Aku takut niat aku untuk menulis dan menghasilkan satu satu entry ini terbatas dan di salah tafsir.. Di dunia luar sana, kita punyai kehidupan yang berbeza dengan kehidupan di dalam alam maya ini..

3- Kadang pendapat aku dan pandangan aku salah.. Kerana mungkin aku menulis mengikut hawa nafsu aku tanpa dikaji semasak masaknya sebelum di post.. Dan itulah aku perlukan teguran membina untuk menghasilkan yang lebih bermutu di masa depan.. Dan kadang aku juga rasakan gaya penulisan aku teruk.. Selalu mengunakan ayat yang berulang ulang atau frasa yang salah di dalam bahasa melayu.. Maaf~

4- Kadang ada juga hasil nukilan yang tak seberapa ini di share atau copy paste.. Memang di dalam dunia internet ini, kita tak dapat menghalang untuk di copy paste atau di share.. aku rasa tiada masalah kalau untuk copy paste.. Sila.. Aku benarkan.. Cuma aku pohon agar minta izin dulu dan letakkan balik link/credit.. Rasa sejuk dan tersenyum aku sendirian melihatnya..

5- Aku akui dalam blog ini juga aku ada copy paste mana mana sumber.. Dan aku dah tahu mcm mana nak letakkan link.. Dan sila rujuk link atau sumber..


6- Soalnya utama ingin aku nyatakan sebenarnya kisah kisah di dalam entry ini tidak semestinya berkisahkan kehidupan aku sendiri.. Aku suka menceritakan sesuatu ke dalam bentuk penulisan..


7- Pesan aku, sila nilai semula hasil nukilan aku ini.. Sila rujuk dahulu sebelum diguna pakai pendapat dan pandangan aku di dalam blog ini.. Kerana aku jua manusia biasa.. Aku takut, bila pendapat aku salah.. Sila nilai dulu..


8- Dan aku jua bukan Dr Love or Pakar Hati atau apa apa aja pasai rawatan jiwa ini.. Aku cuma sekadar suka menulis dan meluahkan rasa.. Dan bukan semua betul, sila kaji dan buat rujukan.. Takut di salah erti.. Terima kasih..

Untuk menghasilkan sesuatu entry berkisah tentang perasaan ini aku rasa susah.. Dan kadang mengambil masa.. Kerana bukan semua benda aku tahu.. Sedangkan aku juga manusia biasa.. Kadang aku menulis mengikut perasaan aku sendiri.. Dan kerana itulah masih lagi di tahap yang mengecewakan.. Aku bukanlah pandai..

Repost and Edit - Buat tatapan yang baru mengenal blog jiwa jiwa



Ratapan Kasih Yang Hilang




Pernah dulu, aku punyai satu cinta yang amat ku kenang.. Kisah antara aku dan kamu selalu sahaja bermain di jiwa selalu.. Meninggalkan satu kesan yang amat dalam pada kehidupan..



Hatiku kamu lukai, musnahlah segala harapan.. Kini kamu pergi tiada kata tinggal ku keseorangan.. Membawa diri dalam memandang pekat kelamnya tanpa ada cahaya.. Melangkah di dalam esakan yang berpanjangan tiada tahu arah jalanku.. Mencari di mana tangan yang hendak ku capai, namun masih aku hilang..

Tiada langsung ada belas akanku.. Hanya membiarkan aku begini dan terus begini.. Tanpa meninggalkan pesan, dan kamu hilang entah kemana.. 

Mengapa tak pernah kamu katakan dulu, dirimu sudah berteman.. Membiarkan diriku dalam kenangan.. Memberi aku satu keyakinan yang kadang amat aku perlukan.. Dan aku, menjadi satu wajah yang muram.. Hilang di balik cahaya.. Dan hilang dalam terang..

Mengapa kamu sanggup mempermainkan hati dan perasan.. Diriku yang setia.. Hatiku penuh dengan senyumanmu.. Namun apa yang ada.. Aku cuma si pungguk yang merindu.. Tiada baris kasih dan sayang yang dapat ku cari lagi dari raut wajahmu.. Cuma yang ada kata kata manis yang menghiris kalbu..

Kalau ku tahu betapa kejam.. Andai aku menyedari betapa tersiksanya batin.. Tak mungkin aku tergoda.. Menjadi hiasan di dalam taman hati.. Yang ku sangka dulu.. Tapi kini apa yang telah terjadi.. Meninggalkan parut yang dalam. Ad luka ada sakit yang terasa.. Kamu musnahkan segalanya..

Hatiku kamu lukai.. Musnah segala harapan.. Dan kini kamu pergi tiada kata.. Tinggal aku keseorangan.. Dan masih kesunyian.. Walau kadang ada cinta yang menghimpit.. Namun luka yang ditinggalkan masih ada sakitnya..

Pernahkah kamu merasakan, walau dikhianati beberapa kali.. Walau membenci akan satu wajah sekuat hati.. Namun sebenarnya, masih ada lagi cinta yang bersemi.. Namun ada kalanya, rindu itu kuat di dalam jiwa.. Dan amat meronta ronta membisikkan rasa rindu yang berpanjangan.. Walau di khianati dan penuh dengan luka..

Semoga akan berbahagia walau dengan siapa saja yang kamu pergi.. Semoga akan ketemu cinta walau dengan siapa yang kamu cari.. Semoga senyumanmu akan ada di samping orang yang kamu puja.. Biar aku menanggung derita.. Biarlah aku begini.. Merawat lukaku sendiri..

Akan ku kenang kenangan kita dulu.. Kerana kita pernah sama rasa erti bahagia.. Jangan sampai rasa benci itu memakan hati.. Kerana kamu dan aku tak mungkin lagi bersatu.. Dan cinta akan kamu, membuatkan aku semakin tabah.. Mengenal erti kesetiaan yang dulu sering dipersoalkan

Mengapa kita masih sayangkan dia walau dia telah curang dan mengkhianati cinta kita dulu dan membiarkan kita hanyut dalam perasaan sendiri yang selalu akan derita berpanjangan?


*Entry ini - cuma gambaran bila sepasang kekasih yang telah putus dan ditinggalkan tanpa pesan.. Di tipu dan dikhianati janji janji manis.. Aku cuma menghayati.. Entry yang akan datang, pasti akan ada pesan buat hati yang luka..



Thanks - REVIEW - ini blog jiwa jiwa anGah


Assalamualaikum..

Sejak 3 4 hari ini agak sibuk berulang alik.. Dan hari ada kesempatan nak update entry pasai REVIEW - ini blog jiwa jiwa anGah..

Pada yang sudi review ni,  amat aku hargai atas keprihatin dan sudi membuat entry khas untuk blog aku yang tidak sebeberapa ini.. Terima kasih yang tak terhingga diucapkan..

Di sini ada senarai yang telah sudi.. Mungkin kalau kalau ada lagi yang masih sudi review, silakan.. Amat memerlukan pandangan dan pendapat atas hala tuju blog ini.. Kerana kadang aku jua punyai perasaan, tertanya apa pendapat tentang blog ini..

Pada yang ingin review boleh klik di sini -> REVIEW - ini blog jiwa jiwa anGah ,, review anytime..


Senarai yang sudi, dan amat aku hargai.. Terima kasih..



Kita Meratap Akan Luka Kuat di Dalam Dada

...Kita menyalahkan butanya cinta itu kerana pandangan kita hilang dalam samar gelapnya.. Kita lupa bahawa pada sisi kehidupan yang lebih tenang dan abadi cinta yang berlalu itu tidak pernah buta, jahat dan kotor.. Ianya mengajar kita untuk mengenal akan kehidupan, akan sabar, akan setia manusia dalam diri kita..


Dalam mengejar erti cinta sejati, sering kita salah menilai.. Kadang kita katakan itulah cinta kita yang sejati.. Kadang kita salahkan bila tiada cinta bersemi.. Siapa yang salah? Cintakah yang salah? Atau kekurang diri kita sendiri yang salah meletakkan erti sebuah nilai cinta itu..

Cinta yang hadir kadang menyedihkan seseorang bila nilai kemanisan sesebuah cinta yang di dambakan itu tidak tercapai selari dengan mimpinya.. Kadang kita akan selalu saja menyalahkan suratan atas kehilangan sesebuah cinta yang gagal.. Sehinggakan tiada langsung suara indah menyatakan cinta itu bahagia.. Dan terus mendendami erti kekosangan jiwa yang tidak tenang..

Bila kita putus cinta, kita akan menjadi terlalu benci pada manusia yang pernah mendampingi dan pernah hadir dalam hidup kita.. Kerana bagi kita, dia telah pudarkan yakin kita pada warna cinta itu sendiri.. Kita merasakan bahawa kita telah pun di butakan oleh cinta yang tiada penghujungnya dan kita meratap akan luka kuat di dalam dada.

Amat beruntunglah pada pasangan yang saling menyintai dan bersama selamanya hingga akhir hayat.. Bukan semua dapat merasakan.. Kadang bercinta bertahun lamanya.. Bermula episod perkahwinan namun, hancur di tengah jalan..

Dan rindulah aku pada seseorang yang benar benar menghargai aku.. Kerana tidak mahu aku bazirkan rasa hatiku merindui pada yang mengkhianati aku.. Sungguh aku rindukan kamu.. Tapi kamu yang dulu..



Sunday, July 24, 2011

Bertambah umurku 18 tahun kala ini

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari ini genap umurku 28 tahun.. Terasa pantas masa berlalu hingga kita sendiri tidak menyedari banyak perkara berubah..

Jika 3 tahun lepas, aku masih bersendirian.. Bujang dan tidak siapa jodohku.. Dan tidak menyangka dalam 3 tahun ini banyak yang telah berlaku.. Dan di masa 26 tahun, bertunang.. 27 tahun melangkah ke alam perkahwinan.. Menjadi seoarang suami..

Sekarang, aku seorang suami dan seorang ayah.. Dan bertambah tanggungjawap aku di dunia ini.. Tidak banyak dapat aku coretkan pada entry kali ini.. Update guna hpone..

Syukur, bertambah umurku.. Aku punyai seorang isteri yang memahami fan menyayangi aku.. Punyai seorang anak perempuan.. Punyai keluarga.. Punyai sahabat.. Punyai kerjaya.. Alhamdulillah..

*umurku bukan 18 tahun ye.. Muahaha.. Senfaja kata 18 tahun muda sepuluh tahun
Assalamualaikum..



Saturday, July 23, 2011

Masih Ada Sinar Walau Salah Itu Ada

Dalam kehidupan kita ini sering kita di beri pelbagal pilihan untuk memilih sesuatu perjalanan kehidupan.. Sering saja kita terasa ada kesilapan dalam mencari sesuatu yang di inginkan.. Kadang kita salah membuat perhitungan sehingga kita terasa akan derita atas sesuatu pilihan..

Mana mungkin kita dapat undur kembali masa itu dan membuat kembali pilihan yang terbaik seolah kita mampu mengubahnya.. Mampu untuk mencoraknya sesuai dengan kemahuan kita.. Tidak percayakan kita pada Rukun Iman, Percaya pada Qada Qadar..

Semua orang pernah melakukan kesilapan masa lalu.. Kadang kesilapannya dalam memilih satu keputusan yang berat yang telah mengubah masa hidupnya.. Kadang hanya kesilapan kecil saja telah merubah segala kehidupannya.. Tak perlu aku bicarakan apa kesalahan atau kesilapan seseorang itu..

Yang mana kini, berdiri kita sekarang adalah dalam realiti.. Bukan dalam bayang bayang sendiri.. Manusia yang takutkan realiti yang kini tempat berdiri umpama seorang yang tiada pegangan diri dalam mengejar impian..

Berhentilah menangisi sesuatu suratan yang berlalu.. Pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.. Usah dikenang salah lama, dan terus menghantui dalam masa depan..

*Tangan terasa gatal nak juga update entry, walau gna hpone.. Walau cadang cadang tu selepas balik shah alam baru nak update.. Walau dah kata nak abes review baru nak update.. Tapi rindu nak buat entry.. Adehh.. Sorry kalau ayat tak memberi makna..



Wednesday, July 20, 2011

REVIEW: Ini blog jiwa jiwa -anGah




Assalamualaikum..

Tergerak hati aku nak review blog jiwa jiwa nie.. Macam mana eh..

Isi kandungan review mesti ada point berikut..

1- ceritakan dari mana anda dapat tahu kewujudan blog ini..
2- cerita serba ringkas tentang apa yang anda paham tentang isi kandungan blog ini..
3- ceritakan apa yang anda suka dan anda tak suka tentang blog ini..
4- berikan cadangan anda untuk membantu mempertingkatkan mutu blog ini..

Kemudian, copy header then letak tajuk REVIEW Ini blog jiwa jiwa -anGah
Kemudian letak link entry tersebut di bahagian komen.. 
Tarikh tutup sehingga, aku rasa nak tutup.. hehe

Mungkin tiada entry terbaru sehingga tutup Review ini blog jiwa jiwa.. Boleh rehat beb.. muahaha.. thanks :)



Luahan Jiwa



Semakin lama dan semakin asyik selalu membuatkan semakin menjauh.. Dan dalam melakarkan satu keluhan, semakin aku hilang dalam arah.. Kata hati, kadang aku lupa dan terus alpa..

Jika pada tika itu, terlintas cuma satu luahan.. Yang beban kadang aku rasa amat perit untuk didiamkan.. Dan amat aku yakin dan pasti, tiada sesiapa yang memahami akan satu suara.. Semakin serak dan tenggelam..

Ada aku umpama angin lalu.. Yang rasanya seketika.. Ada aku seakan rintik embun malam.. Hilang sebelum mentari subuh.. Ada aku kadang sebuah cerita.. 

Aku cuma coretan bisu tiada ada satu kerdipan.. Aku ada bukan kerana kamu.. Kerana aku bukanlah siapa siapa bagimu.. Kerana aku bukan jua kamu.. Kerana aku cuma watak kerdil.. Kerana aku jua ada salahnya..

Semakin lama, semakin asyik.. Antara sebuah maya yang semakin mekar.. Takut aku akan satu rasa.. Hilangnya arah yang dulunya aku junjung tiba.. 

Jangan ditanya apa mahuku.. Jangan di angkat sebujur tubuh.. Cuma lihat akan rasaku.. Agar menjadi pendoman sayu.. 




Tuesday, July 19, 2011

Cinta Bukan Segalanya



...Pesan pada hati, usah terlalu membenci akan satu wajah, kerana rindu pasti bertandang.. Pesan pada hati, jangan merindu pada kenangan, kerana pasti akan mengalir air mata kesedihan.. Pesan pada hati, jangan di kenang kenang akan cinta lalu, kerana akan ada kecewa yang hadir..

Cinta itu kekuatan dalam diri memberi satu perasaan yang sukar dinyatakan.. Dan selalunya kita tidak menduga bila datangnya satu perasaan yang digelar cinta itu hadir.. Dan ada satu tika cinta itu datang, kita langsung tidak menyedari hinggakan pada satu saat bila kita lepaskan seseorang.. Di saat itulah baru kita tahu dan sesal tiada gunanya lagi.. 

Cinta hanya sebuah keindahan perasaan.. Memang perit menghadapi kenyataan bila apa yang di cita tidak selari dengan rasa yang mencengkam.. Dan seolah olah dunia tidak adil pada kita.. Memberi kita satu tekanan yang kita rasakan kita tidak mampu untuk ditanggung.. 

Pintaku cuma hapuskan saja kesedihan yang lara.. Usaplah air mata yang mengalir itu.. Hadapilah dengan senyuman akan hari harimu.. Tak ingin lagi melihat kamu melayang dalam duka.. Kerana jauh mana kamu menjauhi, tetap kamu dalam kehormatanku.. 

Mana rasamu yang dulu, masih tetap segar masa kiniku.. Kerana bagiku kamu selalu ada denganku.. Ada dalam hatiku.. Kerana luka dalam sakit merindui itu amat letih dan sayu menyelami hari mendatang. Dan semakin lama jiwa kan lebih sayu..

Dan kadang kita selalu terleka dengan buaian nafsu yang menggoda.. Mencari suatu rasa yang kita rasakan itulah cinta.. Dan sering kita tertipu dengan bisikkan manja yang datang.. Seolah kita punya rasa.. Seolah itulah cinta.. Tapi kita silap dalam menilai.. Itulah bahana.. Kerana mencintai suatu yang bukan milik kita.. Mencari bukan hak kita.. 

Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNYA akan lebih menjamin dunia dan akhirat



Biarkan Saja Kecewa Itu Berlalu



Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah.. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai, itulah yang sukar diperolehi

Selalu kita bertanya pada hati kita, mengapa masih ada air mata ini mengalir walau tika kita melepaskan cinta itu berlali pergi dengan hati yang rela.. Dan kita memandang sayu pada bayang yang berlalu, dengan hati yang berat.. Menangisi keseorangan dalam dalam menjejak perginya wajah yang pernah membuatkan kita bahagia.. Sedangkan kita ikhlas melepaskan cinta itu berlalu namun mengapa mesti ada lagi air mata yang mengalir tanpa ada belas?

Dan kadang kita merintih sayu.. Mengenang kembali wajah bahagia yang pernah bertemu.. Mengapa masih ada rindu tika tiada lagi kembali waktu itu.. Dan masih lagi merasakan dalam yang amat pada kenangan yang mengusik jiwa.. Walau kita tahu, masa yang dulu takkan waktu berputar.. Mengapa masih ada bayang semalam tika wajah dia sudah tiada lagi di sisi?

Kita kadang selalu saja asyik dengan melayani perasaan saban hari.. Seolah itu saja yang di minda tanpa memikirkan hal lebih penting dari soal hati.. Lemah kita dalam menghadapi hari mendatang dan berkejaran mencari cinta yang seolah difikirkan sudah hilang..

Kita selalu terlupa bahawa cinta sesama manusia kadang boleh merosakkan jiwa kita.. Membuatkan kita tiada semangat akan diri sepatutnya kita kuat dan tabah meniti perjalanan hidup ini.. Mana perginya satu azam yang kuat dulu.. Mana perginya anak keluarga ini yang dulunya berjanji mahu berjaya dalam hidup..

Dan kenangan itu selalu datang dan sering mengusik jiwa, pada masa kesunyian atau di kala sepi yang panjang.. Kenangan sering dikaitkan pengalaman yang manis atau kenangan yang tidak dapat dilupakan.. Kenangan akan terus mekar untuk diingati dan amat susah untuk di lupa..

Buat seseorang yang kamu masih mencintai dan menaruh harapan, kamu pasti akan selalu mengingat setiap kejadian yang kamu lalui bersama dia, dan saat itu, mata kamu pasti berkaca. kerana saat bersama dia itu tidak biasa berulang selalu.. Dan kerana setiap saat berlalu bersama si dia adalah saat yang amat berharga..

Dan jika telah ditakdirkan menjadi hak kita, sudah tentunya kita akan perolehi.. Apa yang kita paham tentang takdir dan ketentuanNya.. Siapalah kita untuk terus mengeluh dan menidakkan kebenaran yang telah ditentukanNya.. Kita cumalah hamba Allah yang mana wajib mempercayai dan menerima Rukun Iman..

Kadang kita selalu dengan khayalan diri kita dan masih mengharap cinta itu milik kita.. Sedangkan suratan telah nyata dan masih lagi kita tidak dapat menerima kenyataan itu.. Hakikatnya kita telah berpisah atau mungkin cinta itu sudah pudar.. Tapi kerana sombong akan diri atau tidak dapat menerima kenyataan, dan kita selalu saja menceriakan diri kita satu perbohongan yang nyata.. Menanti dan menunggu cinta yang tidak pasti..

Itulah kita, selalu tertewas dengan bisikkan halus menyedapkan hati kita.. Membuatkan kita terus di dalam asyik yang panjang..

Sedarlah dan kembalilah ke alam nyata.. Cinta itu bukan milik kita lagi.. Cukup sudah merindu dan meratapi perginya rasa itu yang kita rasakan cinta.. Sebenarnya itu bukan lagi cinta sejati.. Tidak melepaskan apa yang bukan lagi milik kita.. Sedangkan masa yang berlalu tidak akan menunggu kita.. Sesungguhnya kita dalam rugi yang nyata, membazirkan perasaan dan masa hanya kerana masih lagi tidak menerima hakikat..

Jangan di harapkan satu mimpi indah menjadi nyata jika masih lagi di dalam lena yang panjang.. 



Monday, July 18, 2011

Menangis Sendirian Bila Terkenang Kasih Berlalu



Yang dipeluk itu rindu teramat rindu.. Menjadi kempunan semakin erat.. Yang didakap itu sepi teramat sepi.. Tak siapa pun menyelaminya erti sebuah kebahagiaan, yang telah terlaksana segunung pengorbanan dalam laut.. Yang kepayahan dikutip karang karang cinta yang amat panjang..

Tapi kini adanya seperti tiada tiadanya seperti ada tak boleh dirasai sedikit kebahagiaan di hujung usia ini.

Tak berani mata memandang jauh erat ke dalam dalam.. Hanya senyuman dari kejauhan yang mampu aku berikan.. Merentas apa yang melalui benak fikiranmu.. Sungguh aku tertanya.. Ada rahsia di dalam hati yang tersembunyi..

Pada riak wajahmu.. Dapatku teka apa fikiranmu.. Ku tahu kamu menyenangiku.. Begitu juga perasaanku terhadap dirimu.. Biar tak usah kita ucapkan ketulusan bukan pada ucapan.. Kerana kadang kata bukan luahan segalanya.. Kerana kita tahu apa kata hati.. Walau tidak terucap dengan zahir..

Ku menyatakan hasrat hatiku.. Ingin ku sunting sekuntum melati.. Sebagai penyeri di hati dan akuku hilang satu kata, tiada lagi akan kisah antara kita..

Walau kadang hatiku luka.. Terguris dalam yang pedih.. Meratap sayu diam diam walau kadang lagakku di salah erti.. Namun untuk mengalah bukan caraku.. Akan ku cuba dan terus menduga rasamu.. Agar kita tetap ada cerita.. Agar kita akan terus ada.. Mencari berakhirnya penantian dunia.. Dan kerana aku amat menyayangimu..

Aku tak mahu berjalan mencari cahaya seorang diri.. Dan membiarkan kau tergapai-gapai dalam kegelapan.. Andai aku jumpa jalan.. Tak akan kubiar kamu sesat mencari jalan pulang.. Kerana selalu ada rasa sayang pada kamu..

Aku melangkah sunyi.. Berat langkahku.. Aku rindukan kamu..Aku rindukan kita.. Namun apa dayaku.. Cuma memandang sepi dari jauh.. Agar kamu punyai kekuatan diri..

Walau kita tidak bersama, namun rinduku masih berteman akan sunyi dan sepi.. Mencari haluan seolah ada kamu.. Namun masih lagi kosong..

Ku menangis dalam diam bila terkenang kasih yang berlalu.. Tiada siapa peduli.. Aku sendiri.. Sendirian dalam sepi.. Sunyi yang panjang memaksa aku terus lemah



Aku dan Blog Jiwa Jiwa

Aku cuma sebaris kata di dalam duniaku sendiri.. Mencari akan kekuatan yang dulu pernah ada.. Mencari satu rasa yang dulu pernah miliki.. Kadang beginilah caraku mengenal erti kehidupan

Assalamualaikum..

Sedar tidak sedar, 16hb Julai yang lalu, genap 4 bulan blog jiwa jiwa ini beroperasi.. Menyingkap rahsia, setiap luahan di nilai dalam erti yang berbeza..

Ingin sangat aku berpesan pada pembaca pembaca blog jiwa jiwa.. Dalam kita merasakan kita telah jauh, dan hilang akan satu kata.. Masih ada lagi ungkapan yang tertinggal.. Masih ada lagi satu harapan.. Jangan kita lupa akan satu kekuatan yang seharusnya kita perjuangkan.. Kita masih ada rasa.. Kita masih ada satu semangat.. Jangan kita biarkan diri kita tersungkur jauh..

Harapanku,

1- Di harap sangat sangat, setiap hasil nukilan di dalam blog ini di nilai dengan hati dalam teliti.. Aku jua manusia biasa.. Aku takut akan kelemahan diri aku.. Mungkin nukilan nukilan yang ada di coretkan, tidak betul dan melanggar syariat.. Kadang mungkin terlalu mengikut perasaan.. Mungkin salah di contohi.. Mohon agar setiap entry atau nukilan di dalam blog ini di kaji sepenuhnya dahulu sebelum di guna pakai.. 

2- Gaya penulisan aku di dalam blog jiwa jiwa ini sering mengunakan kata ganti nama AKU atau KITA dan KAMU.. Bukan maksudku, AKU itu merujuk pada diri aku atau KITA itu merujuk aku dan kamu.. Tapi mungkin itu caraku untuk senang menulis.. Seolah AKU itu adalah aku.. Paham ke? Di ringkaskan, seolah olah aku mengambarkan luahan itu adalah aku..

3- Luahan rasa dan hasil nukilan di dalam blog jiwa jiwa ini bukanlah dari luahan hati aku sendiri.. Aku cuma mengambarkan dan menghayati seolah olah aku berada di dalam situasi yang di luahkan.. Itulah kadang seolah aku seorang wanita, kadang lelaki kadang si isteri dan kadang juga orang ketiga.. Maaf jika ada kekeliruan..

4- Sengaja aku tidak menunjukkan siapa aku, latar belakang aku.. Ada sebab tersendiri.. Kerana isteriku sendiri sehingga tarikh hari ini, dia belum tahu aku ada blog.. Ada alasan tersendiri mengapa aku rahsiakan siapa aku.. Tapi yang sebenarnya.. Siapa aku janganlah di ambil berat.. Tidaklah penting.. Asalkan ada suka dan sayang akan cerita di dalam blog jiwa jiwa ini amat aku hargai..

5- Sering aku ulang, aku mohon maaf kemaafaan berbanyak banyak pada yang selalu komen tapi amat jarang aku berbalas.. Bukan sombong akan diri tapi sebenarnya aku sendiri tak tahu reply bagaimana, kerana asyik soalan berbentuk luahan..

6- Dan tidak lupa pada follower yang sudi follow.. Sungguh aku terharu.. dan amat aku berbesar hati kerana sudi menjadi follower.. Dan mohon kemaafaan juga, kerana mungkin aku tidak follow kembali.. Aku mohon maaf berkali kali.. Aku jarang blogwalking, tinggalkan komen, tinggalkn shoutbox.. sorry..

7- Pada yang selalu membaca, dan kunjung tiba.. Terima kasih :)

Ketika entry ini di tulis.. Follower 3268 orang.. Pageviews 412190.. dan tika ini blog jiwa jiwa berusia 4 bulan.. terima kasih..

Selalu aku berpesan pada hatiku sendiri.. Agar hasil nukilan aku membawa kepada kebaikan.. Dan amat aku takut pada bisikkan yang kadang ada rasa hairan pada diri sendiri.. Yang kadang ada rasa sombong akan hati.. Yang kadang jua selalu ada rasa bangga.. Moga aku di jauhkan dari penyakit hati yang boleh merosakkan jiwa.. 

Dan aku takut jika satu hari nanti aku dah meninggal, dan blog jiwa jiwa ini masih ada.. aku takut bertambah dosa aku.. 

Jika aku menulis kerana duit dan popular.. agar tetapkan niatku di awal berblogging dulu.. sama sama la kita memperingati dan menasihati.. Mohon tunjuk ajar..
 



Jika Cinta Hanya Untuk Kecewa, Lebih Baik Tak Pernah Ada

...Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta kedalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan.. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan...



Putus cinta itu sebenarnya amat pahit sekali.. Kita marah, kecil hati dan rasa seolah ditolak ketepi.. Tapi ingatlah, ingat bahawa ada yang lebih baik sedang memandang kita.. Ada yang lebih baik yang Tuhan hadiahkan pada kita.. Andai telah di takdirkan dia jodoh kita, maka akan hadir cinta agung itu sebesarnya..

Hilangnya cinta yang selalu di anggap jodoh memang meninggalkan kesan yang mendalam.. Sakit yang dirasa tidak mampu di ungkap dengan kata kata.. Hanya yang merasaikan, tahu betapa peritnya derita putusnya cinta.. 

Hari demi hari seolah hilang satu jiwa.. Seolah hilang satu semangat untuk melangkah kedepan.. Masih mencari cari mana gantinya impian yang dulu ingin bersama sama.. Namun tiada.. Masih lagi teringat dan rindu yang amat kuat.. Masih lagi ampuh dan kering satu hati.. Yang dirasakan hati itu telah mati.. Yang di rasakan hati itu tiada lagi rasa..


Janganlah kamu tangisi perpisahan dan kegagalan bercinta, kerana pada hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia.. Atas kasih sayang Tuhan kamu dan dia bertemu, dan atas limpahan kasihNya jua kamu dan dia dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi.. Pernahkan kamu berfikir kebesaranNya itu?

Kita sering menyalahkan takdir yang telah ditentukan oleh Allah SWT kepada kita.. Dan kita lupa dan selalu saja alpa di dalam menerima ketentuanNya.. Kita menjadi seakan menidakkan kebenaran sedangkan yang telah tersurat itu telah nyata.. Tiada jodoh antara kita dan dia.. Namun kita masih lagi di dalam khayal yang panjang, merasakan itu hanya mimpi dan sementara..

Ku selam lautan Cinta.. Aku lemas dalam gelombangnya.. Lautan semakin menghukum perasaan.. Ombak memukul jiwa.. Aku terdampar di tepian muara ombak.. Buih mu beralun indah.. Desiran pantai berlagu merdu.. Kini Ku kenal erti CINTA

Usah di simpan jauh erat kesedihan itu, kelak hanya membuatkan makin menyakitkan di dalam jiwa.. Jangan di telan rasa sayu itu ianya nanti hanya memakan diri sendiri dalam diam tanpa kita tahu kesannya.. Langsung tiada celanya membiarkan kesedihan itu pergi dan percaya dengan yakin, maruah kita masih ada walau kecewa itu dihanyutkan perlahan lahan.. Percaya dan yakin masih ada jauh cahaya menanti walau cinta yang disangka cita cita pergi..

Setiap perjalanan kehidupan yang dilalui adalah ketentuan dan takdir pada kita.. Dan itulah pengalaman yang mengajar kita untuk terus lebih gagah dalam memberi kekuatan menghadapi dunia kita yang semakin jauh kita tertinggal.. Kerana merasakan telah tewas dan hanyut, kita memendam rasa sakit itu diam diam.. Menanah dalam hati membuatkan hati semakin takut menerima cinta baru yang datang.. Kerana kita takut itu melepaskan kekecewaan itu.. Dan terlalu bersikap bersahaja sedangkan hati merana dalam kesedihan menahan kesedihan cinta pergi..

Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat.. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.. Itulah Cinta ...

........
*Entry ringkas, setelah 2 hari mungkin tiada update dari aku.. Balik kg.. tiap tiap minggu pulang ke kampung.. Letih, penat.. Entry cuma fokus pada 2 point sj.. Nak detailkan takut terlewat ke tempat keja.. kalau aku rajen aku buat sambungan.. muahaha.. jgn sedeh sedeh tauuu...